Sila beritahu kami apa yang salah.
Sila beritahu kami apa yang salah.
Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.
Jurang Anion (JA) adalah perbezaan antara kation dan anion dalam bahagian luar sel. Jurang Anion selalunya diukur di makmal. (Sebagai contoh, JA = [Na + + K +] – [Cl- + HCO3-])
Pengiraan ini membolehkan doktor mengenal pasti punca jangkitan anda seperti metabolic acidosis yang disebabkan oleh pengumpulan asid laktik (komplikasi kejutan akibat kehilangan darah yang berlebihan atau kesukaran bernafas) atau oleh pengumpulan keton dalam darah (komplikasi diabetes). Ujian jugamenunjukkan jumlah bikarbonat untuk meneutralkan dan mengekalkan pH dalam darah.
Pengiraan jurang anion adalah untuk menilai pesakit dengan gangguan yang berkaitan dengan alkali atau asidosis dalam darah. Ujian ini digunakan untuk menentukan punca gangguan, dan juga untuk memantau rawatan penyakit berasaskan asid. Doktor menggunakan ujian ini untuk mengetahui beberapa penyakit berikut:
Faktor-faktor ini boleh menjejaskan keputusan ujian, seperti:
Adalah penting anda memahami amaran dan langkah berjaga-jaga sebelum menjalani ujian ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat dan arahan lanjut.
Doktor anda akan menerangkan prosedur-prosedur ujian untuk anda. Sebenarnya anion gap adalah ujian darah. Anda tidak perlu membuat persiapan untuk ujian. Anda juga tidak perlu berpuasa sebelum ujian.
Anda harus memakai baju lengan pendek agar jururawat dapat mengambil darah dengan mudah dari lengan anda.
Untuk melaksanakan ujian, doktor akan:
Doktor atau jururawat akan mengambil darah untuk diuji. Tahap kesakitan anda bergantung kepada kemahiran jururawat, keadaan urat anda dan kepekaan anda terhadap kesakitan.
Selepas pengambilan darah, anda perlu mengenakan pembalut dan menekan ringan pada lubang suntikan untuk menghentikan pendarahan. Anda boleh kembali ke aktiviti normal selepas ujian.
Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai ujian jurang Anion, sila berunding dengan doktor anda untuk memahami arahan dengan lebih baik.
Keputusan biasa:
Keputusan peningkatan luar biasa:
Keputusan penurunan luar biasa:
Bergantung kepada makmal dan hospital, julat normal untuk ujian jurang Anion mungkin berbeza-beza.
Sila berbincang dengan doktor anda mengenai apa-apa soalan yang anda ada mengenai keputusan ujian anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Ferri, Fred. Ferri’s Netter Patient Advisor. Philadelphia, PA: Saunders / Elsevier, 2012. Print edition. Page 869
Porter, R. S., Kaplan, J. L., Homeier, B. P., & Albert, R. K. (2009). The Merck manual home health handbook. Whitehouse Station, NJ, Merck Research Laboratories. Print edition. Page 876
Anorexia Nervosa: MedlinePlus Medical Encyclopedia. National Library of Medicine – National Institutes of Complementary, alternative, or integrative health: What’s in a name? National Center for Complementary and Alternative Medicine. http://nccam.nih.gov/health/whatiscam. Accessed July 15, 2016.
Eating Disorders: About More Than Food. NIMH. http://www.nimh.nih.gov/health/publications/eating-disorders-new-trifold/index.shtml. Accessed July 15, 2016.
Health. https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000362.htm. Accessed July 15, 2016.