Adakah Ubat Bius Menjejaskan Keupayaan Pembelajaran Anak Saya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Apabila anak anda memerlukan pembedahan, anda mungkin bimbang tentang kesan sampingan anestesia atau ubat bius. Ketahui kemungkinan yang mungkin berlaku disebabkan prosedur ini pada anak anda.

Bolehkah ubat bius menjejaskan keupayaan pembelajaran anak saya?

Semakin ramai kanak-kanak hari ini memerlukan anestesia untuk pembedahan. Persoalannya ialah ‘Bolehkah ia menjejaskan keupayaan pembelajaran kanak-kanak?’

Beberapa kajian pada monyet muda menunjukkan bahawa penggunaan anestesia secara jangka masa panjang boleh merosakkan otak. Tetapi, keputusan ini mungkin tidak sama kepada manusia kerana perbezaan antara kedua spesies ini.

Terdapat beberapa kajian mengenai hubungan antara prosedur anestetik dan keupayaan pembelajaran pada kanak-kanak. Kajian kohort Wilder (2009) terhadap kanak-kanak di bawah umur 4 tahun menunjukkan beberapa bukti. Mereka yang menerima ubat bius berganda mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah pembelajaran berbanding mereka yang menerima bius sekali.

Terdapat juga satu lagi kajian mengenai kesan pendedahan kepada anestesia am sewaktu dalam kandungan seperti sewaktu pembedahan caesaran dan sewaktu ibu hamil menggunakannya. Anestesia am ialah ubat bius yang menyebabkan hilang kesedaran, berbeza dengan anestesia lokal yang hanya menyebabkan kekebasan setempat.

Kanak-kanak yang terdedah kepada anestesia am sewaktu dalam kandungan lebih cenderung untuk mengalami masalah pembelajaran berbanding yang lain. Menurut Bakri (2015), berbahaya bagi kanak-kanak terdedah kepada anestesia am berulang kali. Mereka berisiko mengalami masalah tingkah laku dan emosi.

Pakar sedang melakukan kajian lanjut untuk mengenal pasti hubungan antara prosedur bius dan keupayaan pembelajaran pada kanak-kanak.

Tip untuk ibu bapa menghadapi ubat bius kanak-kanak

Penggunaan ubat bius sepertimana prosedur perubatan lain, mempunyai kesan sampingan, komplikasi, atau risiko. Oleh itu, anda harus berbincang dengan doktor dan pakar anestesia anak anda.

  • Maklumkan doktor atau pakar anestesia mengenai sejarah perubatan anak anda.
  • Bantu anak anda mengurangkan ketakutan pada jarum. Hampir semua kanak-kanak mempunyai ketakutan serius terhadap jarum dan ubat. Doktor boleh memberikan mereka topeng perubatan untuk membuat mereka tertidur.
  • Tenangkan anak anda tentang rasa sakit. Mereka juga patut dibenarkan bertanya apa sahaja tentang pembedahan mereka. Ibu bapa dan doktor harus menjelaskan mereka tentang prosedur pembedahan. Mereka juga perlu tahu apa yang sedang berlaku dan bagaimana untuk berkomunikasi dengan pasukan sokongan.

Disebabkan tiada bukti yang meyakinkan mengenai kesan anestesia terhadap kanak-kanak, anda perlu mempersiapkan anak-anak anda untuk mengurangkan risiko.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bagaimana Mempersiapkan Anak Anda untuk Pembiusan

    Apabila anak anda perlu menjalani pembedahan yang melibatkan pembiusan, pasti terdapat banyak tanda tanya yang bermain dalam fikiran anda. Salah satu persoalan yang paling biasa ialah penggunaan ubat bius sama ada ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Pusat Kesihatan, Keibubapaan, Tips Keibubapaan 20/03/2019 . 2 minit bacaan

    Obesiti dan Risiko Pembedahan

    Obesiti adalah keadaan di mana terdapat kandungan lemak badan berlebihan yang membahayakan kesihatan. Ramai orang yang gemuk atau berlebihan berat badan berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan seperti penyakit ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan, Pembedahan A-Z 19/03/2019 . 2 minit bacaan

    Kesan Pembedahan terhadap Perubahan Hormon

    Pembedahan dan prosedur anestesia boleh membawa kepada beberapa perubahan hormon. Hipovolemi (penurunan isi padu darah) dan kesakitan adalah kesan langsung tindak balas hormon terhadap trauma termasuklah pembedahan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan, Pembedahan A-Z 19/03/2019 . 2 minit bacaan

    Anestesia: Jenis-jenis Ubat Bius yang Patut Anda Ketahui

    Pelbagai prosedur perubatan memerlukan penggunaan ubat bius atau anestesia. Ubat bius memang sangat diperlukan untuk melegakan kesakitan pesakit dalam proses tersebut. Tetapi dengan prosedur yang berbeza, ubat bius ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan, Pembedahan A-Z 19/03/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    anestesia

    Berapa Lamakah Anestesia Kekal dalam Tubuh Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 29/03/2019 . 2 minit bacaan
    orang tua, ubat bius, pembiusan, warga emas

    Anestesia bagi Warga Emas: Bahaya atau Selamat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 22/03/2019 . 3 minit bacaan
    suntikan epidural

    Walaupun Cara Ini Selamat, Namun Ada Kesan Sampingan Suntikan Epidural Ini, Anda Wajib Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 22/03/2019 . 2 minit bacaan
    anestesia, kesan sampingan, pembiusan

    Kesan Sampingan Anestesia: Apa yang Patut Anda Jangkakan Selepas Pembedahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 22/03/2019 . 3 minit bacaan