backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Tortikolis

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Apple Suet Leng Cheah · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Tortikolis?

Tortikolis adalah keadaan di mana pesakit mengalami kontraksi otot terutama pada leher. Kontraksi mengakibatkan pergerakan abnormal pada leher dan kepala dan menyebabkannya salah satu bahagian bahu/leher kelihatan lebih tinggi. Tortikolis juga menyebabkan kekejangan otot.

Punca penyakit mungkin sukar diketahui atau mungkin juga berlaku selepas kecederaan kepala. Tortikolis tidak berbahaya kepada kehidupan dan kemungkinan besar tidak akan menyebabkan kematian. Walau bagaimanapun, komplikasi boleh berlaku, seperti sakit kronik dan kelengkungan tulang belakang serviks.

Apakah kebarangkalian Tortikolis?

Penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, walaupun pada bayi yang baru lahir. Tortikolis sering berlaku pada mereka yang berada di dalam kumpulan umur pertengahan dan di kalangan wanita berbanding lelaki.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Tortikolis?

Simptom awal termasuklah kekejangan dan kehilangan kawalan pergerakan otot dan boleh menyebabkan postur leher dan kepala kurang normal.

Seserangan kekejangan ini mungkin menyebabkan otot kepala dan leher ditarik. Anterokolis memberi makna postur leher yang senget manakala retrokolis  bermaksud kepala seakan-akan senget ke belakang dan laterocollis bermaksud arah kepala condong pada salah satu bahu.

Kondisi ini menyebabkan serangan kekejangan otot yang menyakitkan dan anda terasa seakan-akan otot leher anda amat tegang. Anda mungkin mengalami masalah kesukaran menelan. Anda juga mungking mengalami sakit kepala akibat daripada ketegangan otot leher.

Walaupun penyakit ini tidak menjejaskan jangka hayat anda, tetapi ia mungkin menyebabkan kemurungan akibat stigma sosial yang berdasarkan sawan dan postur leher yang kaku.

Mungkin ada gejala dan tanda-tanda lain yang tidak disebutkan. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang tanda-tanda ini, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Kondisi ini mungkin menyebabkan sakit kronik dan kelengkokan tulang belakang. Jumpa doktor anda segera jika anda mempunyai simptom tortikolis seperti sakit atau ketegangan pada leher, kepala, bahu atau apabila otot digerakkan.

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila tanya doktor anda. Tubuh setiap individu adalah berbeza. Dapatkan rawatan dan nasihat terbaik daripada doktor anda.

Punca

Apakah Punca Tortikolis?

Punca utama tortikolis masih belum diketahui, tetapi sesetengah orang percaya bahawa tortikolis disebabkan oleh kecacatan dalam keupayaan untuk mencipta neurotransmiter di otak. Otak dalam hemisfera serebrum terjejas. Sebahagian daripada otak bertugas memproses isyarat yang terhasil daripada otot.

Sesetengah orang berpendapat bahawa torticollis mempunyai punca kongenital. Kondisi ini juga mungkin melanda akibat daripada kecederaan pada kepala dan leher. Simptom mungkin juga muncul beberapa bulan selepas kemalangan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Tortikolis?

Terdapat banyak faktor yang boleh meningkatkan risiko tortikolis, termasuklah:

  • Anda mempunyai ahli keluarga yang mengalami kondisi ini;
  • Anda menggunakan ubat-ubatan yang menjejaskan badan;
  • Pernah mengalami kecederaan, terutama lehernya.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Tortikolis didiagnosis?

Doktor akan menganalisa sejarah perubatan dan peperiksaan fizikal anda. X-ray dan kajian pergerakan badan juga boleh dilakukan. Di samping itu, doktor anda mungkin mencadangkan anda berjumpa seorang pakar neurologi dan pakar ortopedik.

Bagaimana pesakit Tortikolis dirawat?

Pelbagai terapi digunakan untuk mengurangkan atau menghapuskan kekejangan otot dan kesakitan. Terapi fizikal, pendakap leher, kawalan tekanan kehidupan dan biomaklumbalas dapat membantu. Ubat juga boleh membantu meredakan kekejangan otot dan mengawal neurotransmitter.

Cara terbaik adalah menyuntik sedikit toksin botulinum ke dalam otot yang terjejas. Toksin ini mencegah kekejangan otot dengan menyekat pembentukan neurotransmitter asetilholin. Kesan dadah berlangsung selama beberapa bulan, kemudian pengambilan ubat mungkin perlu ditingkatkan.

Anda boleh mempertimbangkan pembedahan jika rawatan lain tidak berkesan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Tortikolis?

Apakah perubahan gaya hidup atau remedi rumah yang dapat membantu saya mengatasi tortikolis?

Langkah-langkah tersebut mungkin dapat membantu:

  • Ambil ubat anda mengikut arahan. Jangan berhenti mengambil ubat walaupun anda berasa lebih baik tanpa berunding dengan doktor terlebih dahulu.
  • Hubungi doktor anda jika sakit atau kekejangan leher lebih kerap.
  • Hubungi doktor anda jika anda mengalami kemurungan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Apple Suet Leng Cheah · Disemak pada 13/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan