backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Ruam Panas

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 22/11/2022

Definisi

Apa itu Ruam Panas?

Ruam panas atau miliaria adalah keadaan biasa, yang berlaku dalam cuaca panas dan lembap. Ia tidak selalunya menyakitkan, tetapi ia boleh menjadi sangat gatal. Rasa mencucuk atau menyengat yang agak kuat mungkin akan membuatkan anda tertekan. Sesetengah jerawat yang timbul juga mungkin sakit apabila disentuh.

Ruam panas biasanya sembuh tanpa rawatan. Walau bagaimanapun, bentuk jangkitan yang teruk akibat ruam panas mungkin memerlukan rawatan perubatan, jadi cara terbaik untuk melegakan simptom adalah untuk menyejukkan kulit anda dan mencegah daripada berpeluh.

Apakah kebarangkalian Ruam Panas?

Masalah kesihatan adalah ini sangat biasa. Ia biasanya memberi kesan kepada bayi. Ia boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut..

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Ruam Panas?

Tanda-tanda biasa bagi ruam panas adalah bintik jerawat kecil yang pedih di kepala, leher, dan bahu. Kawasan ruam boleh menjadi rengsa disebabkan oleh pakaian atau tindakan menggaru, dan dalam kes yang jarang berlaku, jangkitan kulit sekunder boleh terbentuk.

Jenis ruam panas (miliaria) diklasifikasikan mengikut sejauh mana salur peluh tersekat. Terdapat beberapa tanda dan simptom untuk setiap jenis.

  • Miliaria kristal. Jenis yang paling ringan antara ruam panas yang mempengaruhi saluran peluh di lapisan atas kulit. Bentuk ini berupa sebagai gelembung-gelembung kecil yang mengandungi cecair jernih, dan ketulan (papul) yang mudah pecah.
  • Miliaria rubra juga dikenali untuk berlaku dalam bentuk kepanasan yang mencucuk. Ia berlaku lebih dalam di bahagian lapisan kulit. Tanda-tanda dan simptom termasuk lebam merah dan gatal-gatal atau rasa mencucuk di kawasan yang terjejas.
  • Miliaria pustulosa. Bentuk ini adalah keradangan bergelembung kecil berisi cecair (vesicles).
  • Miliaria profunda. Bentuk ruam panas yang kurang biasa ini menjejaskan dermis, lapisan kulit yang lebih dalam. Peluh di dalam kelenjar yang tersekat terkumpul di dalam lapisan kulit tersebut dan membentuk benjolan yang keras dan berwarna kemerahan, kelihatan seperti kulit yang meremang.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor anda jika mempunyai yang berikut:

  • Pertambahan rasa sakit, bengkak, kemerahan atau kehangatan di sekitar kawasan yang terjejas.
  • Jalur merah yang merebak dari kawasan yang terjejas.
  • Lelehan nanah dari kawasan itu.
  • Kelenjar limfa bengkak di bahagian ketiak, leher atau pangkal paha.
  • Demam 38°C atau lebih tinggi, atau menggigil tanpa sebab yang diketahui.

Punca

Apakah punca Ruam Panas?

Ruam panas terbentuk apabila beberapa saluran peluh anda tersumbat. Sebab mengapa saluran peluh menjadi tersumbat tidak selalunya jelas, tetapi faktor-faktor tertentu seolah-olah memainkan peranan, termasuklah:

  • Saluran peluh yang belum matang. Ruam panas boleh berkembang pada minggu pertama kehidupan, terutama jika bayi dihangatkan dalam inkubator, berpakaian terlalu tebal atau demam.
  • Panas, cuaca lembap.
  • Aktiviti yang menyebabkan berpeluh.
  • Memanaskan diri yang keterlaluan.
  • Rehat di atas katil yang berpanjangan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Ruam Panas?

Terdapat banyak faktor risiko untuk ruam panas, seperti:

  • Bayi yang baru lahir paling mudah terkesan.
  • Iklim tropika. Orang yang tinggal di kawasan tropika jauh lebih cenderung mengalami ruam panas daripada orang-orang di iklim yang sederhana.
  • Aktiviti fizikal. Apa-apa pun yang membuat anda berpeluh dengan banyak, terutamanya jika anda tidak memakai pakaian yang membolehkan peluh tersejat, boleh mencetuskan ruam panas.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Ruam Panas didiagnosis?

Doktor anda akan mendiagnosisnya dengan meneliti rupa bentuknya, ia biasanya tidak memerlukan perhatian perubatan yang mendalam.

Bagaimana pesakit Ruam Panas dirawat?

Dalam kebanyakan kes, ruam panas akan sembuh sendiri dalam masa beberapa hari. Bentuk ruam panas yang teruk mungkin memerlukan salap yang sesuai digunakan untuk kulit anda bagi melegakan ketidakselesaan dan mencegah komplikasi. Rawatan topikal sedemikian mungkin termasuklah losyen calamine, lanolin anhydrous dan steroid topikal.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Ruam Panas?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda mengatasi ruam panas:

  • Pakai pakaian kapas yang longgar, pakaian nipis yang membenarkan peluh tersejat keluar dari kulit anda.
  • Luangkan banyak masa di bangunan-bangunan yang berhawa dingin.
  • Biarkan kulit kering sendiri dan bukan menggunakan tuala.
  • Mandi dalam air sejuk dengan sabun yang melembapkan kulit, kemudian biarkan kulit anda kering sendiri dan bukannya dengan tuala.
  • Gunakan losyen calamine atau jaram sejuk untuk menenangkan kegatalan kulit.
  • Elakkan menggunakan krim dan salap yang mengandungi petroleum atau minyak mineral, yang boleh menyumbat lebih banyak liang saluran peluh lagi.
  • Menggunakan sabun antibakteria atau basuhan antiseptik yang dapat membantu mengurangkan jumlah bakteria pada kulit anda.
  • Krim steroid boleh melegakan kerengsaan semasa anda sedang menunggu keadaannya sembuh. Krim steroid yang ringan seperti hydrocortisone1% boleh dibeli di kaunter. Anda tidak boleh menggunakannya di muka anda. Patuhi arahan, dan gunakannya dengan berhati-hati.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 22/11/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan