backup og meta

Penyakit Jantung: Pernahkah Anak Anda Mengadu Sakit Dada?

Penyakit Jantung: Pernahkah Anak Anda Mengadu Sakit Dada?

Sakit dada pada kanak-kanak adalah simptom yang sangat biasa. Malah, ia adalah salah satu sebab yang paling kerap kenapa seorang kanak-kanak boleh dirujuk kepada ahli kardiologi. Ia memberi kesan kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan sama.

Kebanyakan kanak-kanak akan mengadu simptom ini pada usia antara 7 tahun dan remaja, tetapi sakit dada yang disebabkan oleh keadaan jantung adalah kurang daripada 1 peratus. Lebih kerap ia berkaitan dengan penyakit virus, tekanan, atau yang paling biasa, kesakitan muskuloskeletal.

Punca umum sakit dada pada kanak-kanak

Pada kanak-kanak dan remaja, sakit dada biasanya tidak disebabkan oleh jantung atau paru-paru. Ia biasanya disebabkan oleh:

  • Tekanan otot atau sendi

Kanak-kanak mungkin mengalami kesakitan dada daripada melakukan aktiviti berbeza atau lebih berat daripada biasa. Biasanya, ia boleh mencetuskan rasa sakit dengan pergerakan tertentu atau dengan menekan kawasan tertentu.

  • Keradangan

Jika rusuk lembut bersebelahan dengan tulang dada, ia mungkin kosokondokritis, sejenis keradangan bersama.

Keadaan ini akan hilang dalam beberapa hari. Rawatan yang terbaik adalah mengambil penghidap kesakitan dan menjauhkan diri dari aktiviti yang memburukkan lagi kesakitan.

Penjelasan Ahli Kardiologi Pediatrik

Menurut myheart.net, sakit dada pada kanak-kanak adalah aduan yang sering didengar daripada kanak-kanak hingga remaja. Selalunya ia bukan simptom penyakit jantung pada kanak-kanak. Malah, lebih daripada 95% kanak-kanak yang dirujuk ahli kardiologi pediatrik untuk kesakitan dada, tidak mempunyai punca jantung yang boleh dikenalpasti.

Bagaimanapun, sudah pasti ibu bapa persoalkan punca yang menyebabkan simptom ini. Oleh kerana terdapat banyak struktur di dalam dada, terdapat banyak sebab yang menyebabkan kesakitan dada. Antara sebab yang berbeza daripada kesakitan dada seperti berikut.

Punca muskuloskeletal

Mungkin sakit dada yang biasa berlaku pada kanak-kanak adalah berkait dengan kerengsaan di dinding dada atau sistem muskuloskeletal. Kebanyakan orang akan menggunakan istilah sakit dada yang semakin meningkat dan biasanya mewakili costochondritis atau keradangan sendi antara tulang rusuk dan tulang dada. Bagi kesakitan ini, biasanya pengambilan ubat-ubatan anti-radang boleh membantu.

Punca lain yang biasa adalah sindrom penangkapan terdahulunya (precordial catch syndrome). Kesakitan ini digambarkan sebagai kesakitan mendadak tang teruk di dada kiri. Ia juga kadang-kadang menyebabkan kesakitan apabila bernafas dan akan hilang dalam masa beberapa minit.

Kadang-kadang dinding dada kanak-kanak juga akan bergegar atau tercedera semasa sukan atau bersenam. Seperti jenis kesakitan yang lain, ia boleh diredakan dalan tempoh tertentu atau pengambilan ubat tertentu.

Punca paru-paru

Terdapat pelbagai punca kesakitan dada. Asma boleh menyebabkan sesak dada dan kesukaran bernafas. Ini adalah penyebab utama simptom ini terhadap kanak-kanak. Ia boleh dirawat dan meningkatkan kualiti hidup.

Penyebab paru-paru yang lebih ketara terhadap sakit dada terhadap kanak-kanak juga boleh berlaku. Demam dan sakit dada boleh mewakili jangkitan paru-paru. Kesakitan dada yang teruk dan berterusan boleh menjadi simptom pneumotoraks atau udara di sekitar paru-paru. Bagaimanapun, tahap sakit dada yang berkait dengan demam perlu dirawat oleh doktor.

Punca perut

Sesetengah kanak-kanak akan mengalami simptom ini pada waktu malam semasa berbaring untuk tidur atau bangun pada waktu malam. Bagi orang dewasa, kita akan berasa jantung terbakar selepas makan tertentu, kanak-kanak juga boleh mengalami simptom ini. Selain itu, seperti tekanan dan kebimbangan boleh membuatkan orang berasa simptom yang tidak selesa, kadang-kadang kanak-kanak dapat merasakannyai ke dalam dada mereka.

Punca jantung

Seperti yang dinyatakan, lebih daripada 95% rujukan sakit dada kepada ahli kardiologi kanak-kanak adalah bukan berkait dengan jantung dan kebanyakannya tidak mengancam nyawa. Walau bagaimanapun, terdapat sebab utama kesakitan ini pada kanak-kanak. kesakitan dada yang berterusan dan parah, yang dikaitkan dengan demam boleh berpunca perikarditis atau keradangan dalam kawasan jantung. Sakit dada yang berlaku berulang-ulang dengan senaman dan simptomnya bersama senaman adalah sangat penting.

Sebab lain mungkin keabnormalan injap yang teruk atau kardiomiopati hipertropik. Secara umum, sakit dada berpunca daripada jantung boleh diselesaikan dengan penilaian sejarah, pemeriksaan fizikal dan ujian mudah seperti elektrokardiogram dan ekokardiogram.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

6 Questions to Ask When Your Child Complains of Chest Pain https://blog.cincinnatichildrens.org/healthy-living/6-questions-to-ask-when-your-child-complains-of-chest-pain/ Accessed on Sept 06, 2018.

Should You Worry About Your Child’s Chest Pain? https://health.clevelandclinic.org/worry-childs-chest-pain/ Accessed on Sept 06, 2018.

Chest Pain in Children http://www.secondscount.org/pediatric-center/pediatric-detail-2/chest-pain-in-children-2#.W5CKbugzbIU Accessed on Sept 06, 2018.

Chest Pain in Kids: Explained by a Pediatric Cardiologist https://myheart.net/articles/chest-pain-in-kids-explained-by-a-pediatric-cardiologist/ Accessed on Sept 06, 2018.

 

Versi Terbaru

04/07/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Model SUV Terbaik Tahun 2024 Jika Anda Ada Keluarga Besar, Luas & Selesa!

Nakal BUKAN Ciri Khusus Anak Autisme! Ini Pandangan Pakar Pediatrik


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 04/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan