Palsi Serebrum

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Palsi Serebrum?

Palsi serebrum atau nama inggerisnya adalah cerebral palsy (CP) merupakan nama sekumpulan keadaan yang menjejaskan otot dan saraf. Ia tidak diwarisi tetapi ia bermula pada awal kehidupan. Terdapat tiga jenis CP iaitu spastik (paling biasa), athetoid, dan ataxik.

Apakah kebarangkalian Palsi Serebrum?

CP merupakan keadaan seumur hidup yang tidak begitu teruk, dan kebanyakkan kanak-kanak yang menghidap CP mempunyai jangka hidup yang normal. Sebahagian pesakit yang  terjejas masih boleh hidup dengan biasa. Manakala yang lain, mengalami kecacatan teruk. namun begitu, ada di antara yang lain pula memiliki kecerdasan normal meskipun dengan kecacatan yang agak teruk.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Palsi Serebrum?

Tanda-tanda biasa dan gejala palsi serebrum adalah pergerakan tidak normal pada lengan dan kaki, bayi sukar disuap makan, nada otot yang lemah pada awal kehidupan, perkembangan yang perlahan dari segi berjalan dan bercakap, postur badan yang tidak normal, kejang otot, badan kaku, penyelarasan yang lemah, dan mata silang. CP boleh jadi ringan, sederhana, atau teruk.

Kanak-kanak dengan CP spastik mempunyai ketegangan otot, dengan pergerakan yang kaku, terutamanya di kaki, lengan, dan bahagian tubuh belakang.

CP athetoid menjejaskan seluruh badan, maka akan kanak-kanak mempunyai masalah dengan keseimbangan dan penyelarasan. Mereka mempunyai pergerakan yang perlahan, tidak terkawal dan nada otot yang rendah yang membuatkan mereka susah untuk duduk tegak dan berjalan.

Gejala-gejala CP campuran adalah gabungan kedua-dua jenis ini.

Kadang-kadang kanak-kanak mengalami masalah belajar, pendengaran, atau penglihatan, atau terencat akal.

Mungkin ada gejala-gejala yang tidak disenaraikan seperti di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa gejala, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Diagnosis yang awal boleh membantu mengelakkan banyak gejala dan mengawal penyakit. Jika anda menyedari mana-mana tanda atau gejala seperti yang disenarai di atas atau mempunyai masalah dengan penyelarasan dan fungsi otot anak anda, sila berunding dengan doktor anda.

Punca

Apakah Punca Palsi Serebrum?

Puncanya adalah kecederaan di beberapa bahagian otak yang mengawal kebolehan menggerakkan otot-otot. Serebrum bermaksud yang berkaitan dengan otak. Palsi bermaksud kelemahan atau masalah menggunakan otot. Punca-punca CP termasuklah:

  • Kecederaan ketika mengandung, ketika melahirkan, atau awal zaman kanak-kanak;
  • Tidak mempunyai oksigen yang cukup ketika atau selepas melahirkan;
  • Jangkitan (e.g., German measles/campak) yang merebak daripada ibu ke anak;
  • Jangkitan yang serius pada awal kehidupan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Palsi Serebrum?

Terdapat banyak faktor yang berisiko untuk palsi serebrum, seperti:

  • Mengalami kecederaan atau jangkitan ketika mengandung.
  • Kanak-kanak itu tidak mendapat oksigen yang cukup ketika berada dalam perut si ibu.
  • Kecederaan atau jangkitan pada awal zaman kanak-kanak.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Palsi Serebrum didiagnosis?

Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan memeriksa pergerakan anak anda dengan teliti. Doktor akan melakukan ujian-ujian tertentu untuk menentukan CP, termasuk CT dan MRI pada otak, ultrasound, dan ujian pengaliran saraf.

Bagaimana pesakit Palsi Serebrum dirawat?

CP tidak boleh dirawat, namun gejala-gejala dan kecacatan boleh dibantu dengan terapi fizikal (PT), terapi pekerjaan (OT), kaunseling psikologi, dan pembedahan. PT membantu kanak-kanak menguatkan otot-otot dan fokus kepada kemahiran seperti berjalan, duduk, dan keseimbangan. Alat-alat yang istimewa seperti pendakap dan tuap juga berfaedah kepada sebahagian kanak-kanak. Manakala dengan OT pula, kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran motor yang asas, seperti memakai baju, menyuap, dan menulis. Terapi ucapan dan bahasa juga akan dilakukan untuk membantu kanak-kanak  dengan kemahiran bercakap. Kanak-kanak dan ahli keluarga diberi bantuan dengan sokongan, pendidikan istimewa, dan khidmat-khidmat yang berkaitan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Palsi Serebrum?

Berikutnya adalah gaya hidup dan rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi palsi serebrum:

  • Elakkan risiko-risiko seperti German measles/campak ketika mengandung.
  • Hubungi doktor anda mengenai rawatan yang boleh membantu gejala-gejala CP.
  • Pastikan pendidikan istimewa dan khidmat-khidmat yang berkaitan disediakan untuk kanak-kanak yang bersekolah dan prasekolah melalui sistem sekolah.
  • Miliki sikap yang positif terhadap mereka yang mengidap CP.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Terapi Haiwan Bagi Kanak-kanak Cerebral Palsy

    Terdapat banyak ikatan antara manusia dan haiwan yang tidak dapat dinafikan. Ia satu pengalaman rehabilitasi tidak dapat ditandingi oleh bentuk terapi lain bagi individu yang mempunyai keperluan khas atau ketidakupayaan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 20/08/2018 . 3 minit bacaan

    Terapi Kuda Tingkatkan Perkembangan Kanak-kanak Autistik

    Kuda telah digunakan dalam terapi bagi membina keyakinan dah peribadi diri dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa. Malahan, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad juga menunggang kuda sebagai salah satu ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Berita, Berita Tempatan 17/08/2018 . 2 minit bacaan

    Disleksia: Keunikan Pada Cara Otak Berfungsi

    Disleksia bukan sejenis penyakit mental. Ia adalah kesukaran yang berlaku dalam proses pembelajaran. Mereka yang mengalami disleksia mengambil masa lebih lama untuk bercakap, membaca dan menulis. Walau bagaimanapun ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 15/08/2018 . 2 minit bacaan

    Isu Kesihatan Berkaitan Sindrom Down

    Di samping aspek fizikal dan intelektual yang ada pada penghidap sindrom Down, mereka juga mempunyai beberapa risiko kesihatan yang lain. Namun, risikonya adalah berbeza bagi setiap orang. 1. Masalah jantung Hampir ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Pusat Kesihatan 02/08/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cerebral-palsy

    Kanak-Kanak Istimewa Cerebral Palsy: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Mereka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 03/10/2019 . 2 minit bacaan
    nora

    Nora Anne Quoirin: Kehilangan yang Membuka Mata Ramai Pihak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/08/2019 . 3 minit bacaan

    Adakah Gangguan Autisme Boleh Sembuh Jika Tanda-Tanda Dikesan Lebih Awal Pada Anak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/04/2019 . 3 minit bacaan

    Ibu, Perhatikan 4 Tanda Awal Autisme Ini Pada Anak Untuk Bertindak Lebih Cepat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/11/2018 . 3 minit bacaan