backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Lelas Kornea

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Lelas Kornea?

Lelas Kornea adalah luka pada mata anda. Ia boleh berlaku dengan cepat. Anda tercucuk mata anda atau sesuatu benda terperangkap di bawah kelopak mata anda, seperti kotoran atau pasir. Mata anda sakit, dan tidak bertambah baik apabila anda menutup mata – jika anda boleh menutup mata dengan rapat. Cahaya akan membuatkan ia berasa menyengat dan terbakar.

Semua ini berlaku pada kornea anda. Kornea merupakan lapisan jernih yang menyelaputi iris, bahagian yang berwarna pada mata anda. Ia juga melindungi pupil – lingkaran hitam pada bahagian tengah mata anda.

Apakah kebarangkalian Lelas Kornea?

Lelas Kornia sangat biasa berlaku. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Lelas Kornea?

Jika anda pernah mencalarkan mata anda sebelum ini, anda pasti masih ingat bagaimana rasanya. Sekiranya tidak, anda akan mengalami:

  • Berasa seperti anda mempunyai pasir atau kersik di dalam mata anda.
  • Mengalami kesakitan, terutamanya apabila anda membuka atau menutup mata anda.
  • Menyedari mata anda berair atau kemerahan.
  • Menjadi sensitif terhadap cahaya.
  • Penglihatan kabur.
  • Tidak dapat melihat.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Lelas Kornea?

Anda mungkin akan mendapat calar jika anda:

  • Mencucuk mata anda dengan kuku jari, pen, atau berus alat solek.
  • Terdapat kotoran, pasir, habuk kayu, abu atau bahan bendasing yang lain di dalam mata anda.
  • Terdapat bahan kimia di dalam mata anda.
  • Menggosok mata terlalu kuat.
  • Memakai kanta lekap yang kotor atau tidak melekat dengan baik.
  • Mengalami jenis jangkitan mata tertentu.
  • Menjalani pembedahan tanpa perlindungan mata yang baik.

Anda mungkin tidak akan terus merasai simptom-simptom ini. Oleh itu sukar untuk anda mengenal pasti punca yang menyebabkan simptom tersebut.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Lelas Kornea?

Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Lelas Kornea didiagnosis?

Jika anda mempunyai mana-mana simptom Lelas Kornea, anda harus berjumpa dengan ahli optalmologi. Ahli optalmologi akan melakukan pemeriksaan mata. Semasa pemeriksaan dijalankan, ahli optalmologi anda akan meletakkan titik ubat kebas dalam mata anda supaya mata anda akan kekal terbuka untuk pemeriksaan.

Bagi mendiagnosis Lelas Kornea dengan tepat, ahli optalmologi anda akan melakukan stain mata flouresen. Ujian ini menggunakan pewarna jingga (fluoresen) dan cahaya biru bagi mengesan kerosakan pada kornea.

Bagaimana pesakit Lelas Kornea dirawat?

Doktor mungkin akan mempreskripsi antibiotik dalam bentuk ubat titik mata atau minyak bagi menghalang mata anda daripada mendapat jangkitan. Doktor juga akan memberikan ubat titik mata berubat bagi mengurangkan kesakitan dan kemerahan, berserta ubat tahan sakit. Doktor mungkin akan meletakkan balutan bagi menutup mata anda dan anda perlu memakai tampalan pada mata anda bagi mengelakkan daripada gangguan cahaya.

Kesan calar yang kecil akan sembuh dengan sendirinya dalam masa satu (1) hingga tiga (3) hari. Lelas Kornea yang teruk akan memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh.

Apabila mata anda sedang sembuh, anda harus ingat supaya:

  • Jangan gosok mata anda.
  • Jangan pakai kanta lekap sehingga doktor mengatakan bahawa ianya selamat untuk digunakan.
  • Pakai cermin mata hitam bagi mengurangkan ketakselesaan disebabkan oleh cahaya matahari.

Anda akan sembuh sepenuhnya daripada calar kecil tanpa kerosakan kekal pada mata. Tetapi calar yang dalam boleh menyebabkan jangkitan, parut, dan masalah yang lain. Jika anda tidak menjaganya dengan baik, ia akan mengakibatkan masalah penglihatan jangka panjang. Laporkan kepada doktor mata anda mengenai sebarang simptom yang luar biasa, termasuk kembali berasa sakit selepas rawatan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Lelas Kornea?

Jika anda berasa seperti ada sesuatu di dalam mata dan anda ingin menggosoknya. Jangan – kerana ini merupakan cara untuk mata anda calar. Sebaliknya, cuba lakukan perkara ini:

  • Kelip mata anda beberapa kali.
  • Tarik bahagian atas kelopak mata ke atas kelopak mata bawah.
  • Bilas mata anda dengan air yang bersih atau larutan saline yang steril.
  • Jangan cuba untuk buang sebarang benda yang terperangkap di atas kornea anda. Hanya doktor sahaja yang boleh melakukannya.

Jika anda masih berasa ada sesuatu di dalam mata anda, jumpa doktor mata anda secepat yang boleh atau terus ke pusat kecemasan. Doktor akan memeriksa mata anda dan menggunakan produk yang dipanggil stain mata bagi melihat permukaan kornea anda. Jika terdapat sesuatu benda di dalam atau di atas kornea, doktor akan dapat membuang benda tersebut dengan selamat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 13/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan