AWAS, Ini 5 Penyakit Kronik Berisiko Tinggi Terjadi Akibat Psoriasis Yang Tidak Dirawat!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 15/04/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Berbeza dengan pelbagai penyakit kulit yang lain, psoriasis adalah sejenis gangguan pada sistem imun tubuh badan. Ia disebabkan oleh sel darah putih (T cells atau T lymphocytes) di dalam sistem imun menjadi aktif secara tiba-tiba.

Psoriasis akan mengakibatkan sebahagian kulit pada tubuh badan menjadi kemerahan, menggerutu dan bersisik. Kesannya, bahagian kulit yang terjejas ini akan mengalami kegatalan dan kesakitan yang agak teruk.

Malangnya, masih tiada penawar berjaya ditemukan untuk merawat penyakit ini sehingga kini. Apa yang boleh dilakukan hanyalah mengurangkan dan menghilangkan simptom sahaja.

Apa yang lebih membimbangkan, psoriasis yang langsung tidak dirawat boleh menjadi pencetus penyakit kronik. Jom ikuti artikel untuk mengetahui mengenai kesan penyakit psoriasis dengan lebih lanjut!

Penyakit kronik yang dikaitkan dengan psoriasis

psoriasis

Kesan penyakit psoriasis bukan sahaja pada kulit, ia juga boleh jadi pencetus penyakit seperti berikut:

#1. Penyakit kardiovaskular

Menurut kajian, psoriasis boleh jadi pencetus kepada penyakit kardiovaskular, terutamanya bagi individu yang mengalaminya sejak usia muda. Kajian turut menunjukkan sebanyak 58 peratus dari individu dengan penyakit ini lebih berisiko menghidapi serangan jantung manakala 43 peratus lagi berisiko terkena strok.

Dalam pada itu, penyakit kardiovaskular ini akan menjadi lebih teruk sekiranya individu itu mempunyai faktor risiko yang lain seperti merokok, obesiti atau kerap stres. Jika dibiarkan tanpa dirawat, mereka ini juga berisiko menghidapi kondisi degupan jantung tidak menentu, kolesterol tinggi, aterosklerosis dan arteri perifer.

#2. Penyakit Crohn

Selain itu, psoriasis turut dikaitkan dengan masalah keradangan usus, termasuklah penyakit Crohn. Ini kerana kedua-dua penyakit ini mempunyai mutasi genetik yang hampir sama. Sama seperti psoriasis, penyakit Crohn akan menyebabkan tubuh badan tersalah dalam mengenal tisu tubuh badan yang sihat lalu membunuhnya.

Ia akan menyebabkan keradangan pada usus yang seterusnya akan mengakibatkan individu yang mengalaminya sakit perut, ciri-birit, kehilangan berat badan, malnutrisi serta keletihan tubuh badan.

Sebagai tambahan, penyakit Crohn dan psoriasis turut mempunyai kaitan dengan obesiti. Ini kerana tisu lemak akan menghasilkan sejenis bahan kimia yang menjejaskan fungsi tubuh badan termasuklah sistem imun. Oleh itu, psoriasis yang tidak dirawat akan membuat kalian lebih berisiko menghidapi penyakit Crohn.

#3. Psoriatic arthritis

Psoriasis dan psoriatic arthritis adalah sangat berkaitan namun akan memberikan kesan yang berbeza kepada tubuh badan. Selain itu, kedua-dua penyakit ini berkemungkinan untuk tidak dihadapi secara serentak oleh individu. Ada individu psoriasis yang tidak mempunyai penyakit ini dan begitulah sebaliknya.

Pun begitu, psoriatic arthritis ini boleh terjadi sekiranya individu itu tidak merawat psoriasis yang dialaminya. Kesannya, ia akan mengakibatkan sendi dan tulang belakang terjejas. Tidak merawat penyakit ini pula akan mengakibatkan anda kehilangan fungsi sendi pada tubuh badan.

#4. Diabetes jenis 2

Luka Lambat Sembuh kerana Diabetes

Kedua-dua penyakit ini boleh mengakibatkan keradangan yang kronik pada tubuh badan. Selain psoriasis yang tidak dirawat, penyakit ini juga boleh terjadi sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, meminum alkohol secara berlebihan dan diet tidak seimbang.

Dengan bantuan teknologi perubatan yang terkini, kedua-dua penyakit ini boleh dikawal dengan baik. Ubatan yang dipreskripsi doktor berupaya membuat sistem imun tubuh badan menjadi lebih kuat sekali gus mengurangkan keradangan pada tubuh badan.

Pun begitu, ada ubatan untuk merawat psoriasis yang akan membuat kandungan gula dalam tubuh badan menjadi lebih tinggi. Ini seterusnya akan mengakibatkan penyakit kencing manis menjadi lebih teruk. Ubatan ini termasuklah steroid dan cyclosporine, yang biasa diguna untuk mengurangkan keradangan.

#5. Kanser

masalah kanser

Tidak merawat psoriasis dengan efektif juga boleh menjadi pencetus kanser walaupun sebabnya masih belum diketahui. Namun, ia mungkin mempunyai kaitan dengan keradangan yang dialami pada tubuh badan.

Menurut penelitian terhadap 37 kajian dan artikel, didapati psoriasis mungkin akan meningkatkan risiko kanser pada saluran penghadaman, saluran pernafasan, hati, pankreas dan saluran kencing.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa individu yang ada psoriasis lebih berisiko menghidapi kanser kulit melanoma, limfoma, mulut, larings, farings, kolon, paru-paru serta buah pinggang.

Inilah 5 penyakit kronik kesan penyakit psoriasis yang tidak dirawat.

Jadi, psoriasis perlu dirawat untuk mengelakkan risiko penyakit di atas ini.

Selain itu, sila buang segala tabiat buruk anda yang hanya akan menggandakan faktor risiko keradangan tubuh badan. Segera dapatkan rawatan dari doktor sekiranya anda menghidapi simptom psoriasis ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Ada sebab mengapa menopaus disebut sebagai 'perubahan hidup,' ia boleh mempengaruhi hampir semua bahagian badan, termasuk berasa sakit pada payudara.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Alat Sulit Sahaja, Mulut Pun Boleh Dijangkiti HPV? Tolong Waspada 9 Tanda Ini!

    Tahukah anda bahawa HPV adalah punca kanser mulut? Jadi jom kita perhatikan tanda-tanda ia berlaku untuk mencegah lebih awal. Jom klik untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 24/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

    Umum sudah tahu bahawa kanser prostat adalah bahaya. Namun tahukah kalian bahawa kerap buat seks mungkin boleh cegah ia daripada berlaku. Jom baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kanser Prostat, Kanser 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kanser testis adalah

    Jika Menghidap Kanser Testis, Ini Perkara Yang Akan Berlaku Kepada Alat Sulit Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
    radiasi matahari

    AWAS! Penggemar Cahaya Matahari Berisiko Dapat Kanser Kulit, Ada Kaitan Juga Dengan Genetik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah pernafasan

    Jangan Ingat Perokok Saja Yang Kena Masalah Pernafasan COPD, Yang Tak Merokok Juga Berisiko!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu kayap

    Pesakit Kanser Berisiko Dapat Kayap, Ini Yang Perlu Anda Lakukan Jika Nak Elak!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan