Gastroparesis

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Definisi

Apakah itu gastroparesis?

Gastroparesis adalah penyakit yang menjejaskan otot perut atau saraf yang mengawal otot menyebabkan otot tersebut berhenti berfungsi dengan baik.

Bagi orang yang sihat, otot  akan mengecut dan menolak makanan melalui saluran pemakanan . Apabila seseorang mengalami kondisi ini, ia mencegah perut daripada mengosongkan makanan dengan baik, lalu menimbulkan rasa loya, munta , masalah gula dalam darah dan masalah nutrisi.

Apakah kebarangkalian gastroparesis?

Wanita muda dan pertengahan lebih cenderung untuk mengalami kondisi ini .Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom gastroparesis?

Tanda dan simptom yang lazim bagi gastroparesis ialah

  • Kembung perut dan ketidakselesaan pada perut seperti perut penuh,  terasa berat dan tekanan.
  • Sakit pada bahagian abdomen yang berkekalan terutamanya selepas makan
  • Loya, muntah apabila makan terlalu banyak
  • Sembelit
  • Kekurangan selera
  • Simptom neuropsikiatrik seperti insomnia, sakit kepala , pening , lembap dan kemurungan
  • Tekanan darah rendah, palpitasi jantung/jantung berdebar-debar, pengsan dan simptom-simptom lain
  • Kehilangan berat dan malnutris, badan yang kurus kering, nyeri pada bahagian atas abdomen

Kadangkala, anda boleh mendengar bunyi air berkocak di bawah pusat apablla bahagian atas abdomen ditekan perlahan, selalunya ditemani dengan hati dan ginjal jatuh dan kolon untuk tanda-tanda melendut.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Ketahui puncanya

Apakah yang mengakibatkan gastroparesis?

Beberapa punca yang biasa bagi keadaan ini:

  • Diet yang teruk
  • Kehilangan lemak
  • Otot lemah
  • Apa-apa masalah fizikal
  • Kecederaan pada bahagian dalam dinding adomen

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko gastroparesis?

Terdapat banyak faktor risiko untuk kondisi ini tetapi yang di senaraikan di bawah adalah faktor paling lazim seperti:

  • Orang yang kurus
  • Apabila anda kekurangan lemak dan otot pada perut, ia mula melendut ke bawah
  • Faktor kelemahan semula jadi
  • Kekurangan fizikal perolehan seperti kecelaruan gaya pemakanan, penyakit kronik , bersalin berulang kali dan lain-lain

Memahami diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah gastroparesis didiagnosis?

Untuk mendiagnosis gastroparesis, doktor anda akan memeriksa simptom-simptom dan sejarah perubatan anda. Dia akan menjalankan pemeriksaan  fizikal dan ujian darah tertentu termasuklah ujian gula dalam darah. Ujian lain yang digunakan untuk mendiagnos dan menilai gastroparesis termasuk:

  • Endoskopi saluran gastorusus atas. Prosedur ini menggunakan kamera yang disambung pada tiub panjang untuk mendapatkan imej dalam saluran gastrousus dan membolehkan doktor memeriksanya. Tiub akan dimasukkan ke dalam mulut untuk memeriksa sistem perut bahagian atas (esofagus, perut dan bahagian pertama usus kecil.)
  • Imbasan CT enterografi dan enterografi resonans magnetik. Ujian-ujian ini boleh memberikan diagnosis yang tepat dalam mengesan keradangan dan sekatandi dalam usus. Enterografi resonans magnetik adalah alternatif bebas radiasi
  • Siri saluran gastrousus atas . Ini adalah siri X-ray yang mana anda akan minum cecair berwarna puith (barium) yang akan menyelaputi sistempenghadaman untuk menunjukkan sebarang perkara luar biasa.
  • Ujian pengosongan perut. Ujian ini membabitkan pengambilan makanan dalam jumlah yang kecil, seperti telur dan roti bakar yang mengandungi sekecil jumlah bahan radioaktif.  Alat pengimbas yang boleh mengesan pergerakan bahan radioaktif tersebut diletakkan pada tubuh badan anda untuk memantau kadar masa makanan bergerak meninggalkan perut. Ini adalah ujian paling penting untuk mengesahkan gastroparesis.
  • Ujian nafas; pesakit akan meminum sejumlah kecil air gula dan kemudian, doktor akan mengukur jumlah gas yang diproses oleh badan dalam  nafas anda.

Bagaimanakah ia dirawat?

Gastroparesis adalah keadaan yang kronik. In bermaksud rawatan selalunya tidak menyembuhkan kondisi ini tetapi masih ada langkah-langkah yang boleh dibuat untuk mengawal dan menguruskannya

  • Ubat: Sebahagian pesakit boleh mengambil manfaat dari ubat-ubatan, seperti
    • Reglan (metoclopromide); Ambil ubat ini sebelum makan dan ia akan membuatkan otot perut mengecut dan menolak makanan ke bawah. Reglan juga mengurangkan loya dan muntah. Kesan sampingan ubat ini termasuklah cirit birit, mengantuk, keresahan  dan jarang-jarang sekali masalah neurologi yang serius.
    • Erythromycin: Ini adalah ubat antibiotik yang juga menyebabkan perut mengecut  dan menolak makanan ke bawah. Kesan sampingannya ialah cirit birit dan perkembangan bakteria rintang kesan daripada pendedahan kepada antibiotik terlalu lama.
  • Mengubah tabiat pemakanan. Senaman meningkatkan tekanan otot , mengambil makanan secara kerap , membetulkan postur badan. Selain itu,  meningkatkan nutrisi dan bantuan penghadaman dengan penghasilan proten dan penyediaan insulin untuk meningkatkan lemak dalam abdomen, sekiranya perlu, menguatkan tekanan otot abdomen.
  • Menggunakan rawatan tambahan. Rawatan perubatan Cina seperti ubat tradisional cina dan akupuntur
  • Rawatan pembedahan. Sebahagian orang yang mengalami kondisi ini tidak mampu untuk mengambil apa-apa makanan dan minuman. Di dalam situasi ini, doktor akan menyarankan untuk memasang tiub makanan pada usus. Atau doktor mungkin menyarankan tiub pelepas gastrik untuk membantu melegakan tekanan daripada kandungan perut.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas gastroparesis ?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi gastroparesis :

  • Makan dalam jumlah yang kecil , tetapi kerap
  • Kurangkan mengambil makanan yang berlemak
  • Elakkan serat
  • Elakkan makanan yang tidak boleh dikunyah dengan baik
  • Makanan yang digalakkn pengambilannya termasuklah:
    • Roti, bijirin, biskut, daging kisar
    • Sayur-sayuran – dimasak dan jika perlu, dikisarkan/dihancurkan
    • Buah-buahan – dimasak dan jika perlu, dikisarkan/dihancurkan
    • Jus, minuman sejuk , produk susu sekiranya mampu

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    7 Makanan Ini Kunci Utama Untuk Sembuh Cepat Lepas Bersalin Czer, Ibu Kena CUBA!

    Menjalani pembedahan caesarean? Anda mungkin mahu mengetahui senarai menu berpantang bersalin czer yang boleh diambil pakai, teruskan membaca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 06/01/2020 . 3 minit bacaan

    Jangkitan Usus Pencetus Penyakit Parkinson, Kajian

    Tahukah anda bahawa penyakit parkinson boleh berlaku disebabkan jangkitan pada usus? Sila ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 25/07/2019 . 4 minit bacaan

    Tip Menjaga Sistem Pencernaan Semasa Puasa

    Sistem pencernaan akan memecahkan makanan kepada nutrien yang diperlukan oleh tubuh dan jika mengabaikannya, tubuh anda mungkin menghadapi masalah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 10/05/2019 . 2 minit bacaan

    Mahukan Sistem Penghadaman Yang Bagus? Ambil Serat! – Ini 5 Manfaatnya

    Tidak kira usia dan jantina, sistem penghadaman yang bagus perlu dimiliki oleh setiap manusia. Disebabkan itu, kita sangat memerlukan manfaat serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 01/03/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah kulit

    Usus Kotor? Petandanya Ada Pada Kulit Wajah Anda! Ini Cara Atasi Kulit Berjerawat Akibat Usus Kotor

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/10/2020 . 3 minit bacaan
    buang angin

    Malu Terkentut Di Tempat Awam? Ini Sebab Tidak Boleh Tahan Kentut, Ada Kesannya Kepada Tubuh!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan
    ibd

    Penyakit Radang Usus (IBD) Sebabkan Wanita Tidak Subur, Fakta Atau Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 16/07/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat-meditasi-berjalan

    Nak Elak Pergi Gim Sepanjang PKPP Ini? Apa Kata Lakukan Meditasi Berjalan, Mudah & Banyak Manfaat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan