backup og meta

COPD: Apakah Puncanya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 23/11/2021

    COPD: Apakah Puncanya?

    COPD adalah singkatan kepada Chronic Obstructive Pulmonary Disease atau Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik. Ia adalah penyakit paru-paru progresif yang membuatkan penghidapnya mengalami kesukaran untuk bernafas.

    Penyakit ini secara jelas diketahui bahawa ia disebabkan oleh merokok. Namun, anda masih boleh mendapat penyakit ini meskipun bukan seorang perokok.

    Punca utama COPD

    Merokok

    Ini tentunya merupakan sebab utama. Selain perokok, asap secondhand juga boleh menjejaskan mereka yang tidak merokok. Produk tembakau lain seperti cerut dan rokok daun juga boleh memberikan kesan yang sama.

    Pecemaran, wap dan asap

    Hidup di tempat di mana udaranya tercemar dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan penyakit ini. Antara sumber pencemaran termasuk asap daripada kereta, kilang dan pembakaran terbuka. Selain itu, menghidu wap daripada bahan kimia atau bahan toksik tertentu di tempat kerja juga mendedahkan anda kepada COPD.

    Genetik

    Dalam kes yang jarang berlaku, COPD mungkin disebabkan oleh kelainan pada genetik tertentu. Kelainan tersebut disebut sebagai alpha-1 antitrypsin deficiency atau AAT deficiency. Kelainan ini menyebabkan paru-paru tidak mempunyai protein yang mencukupi untuk melindunginya daripada kecederaan.

    Keadaan ini boleh diwariskan kepada anak-anak. Sekiranya terdapat ahli keluarga yang menghidapnya, ujian saringan akan dibuat bagi ahli keluarga lain.

    Asma

    Bukanlah sesuatu yang kerap berlaku, tetapi asma boleh membawa kepada COPD jika ia tidak dikawal dan dirawat dengan baik.

    Bagaimana COPD menjejaskan paru-paru?

    Terdapat kantung udara di dalam paru-paru anda yang disebut sebagai alveoli. Setiap kali anda menarik nafas, alveoli akan kembang seperti belon, kemudian akan kempis kembali semasa menghembus nafas. Oksigen dari udara di dalam alveoli akan diserap masuk ke dalam darah.

    Bagi penghidap COPD, paru-paru mereka tidak berfungsi dengan baik. Dinding alveoli menjadi rosak dan saluran pernafasan menjadi bengkak serta tersumbat dengan mukus di dalamnya. Keadaan ini membuatkan pesakit susah untuk bernafas sehingga oksigen dalam darah menjadi berkurang.

    Proses ini berlaku dengan perlahan selama berpuluh-puluh tahun. Malangnya, kerosakan yang berlaku pada paru-paru ini tidak dapat disembuhkan semula.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 23/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan