Beguk Bukan Tiroid: Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kedua-duanya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/02/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Anda tentu pernah terkeliru antara beguk dan tiroid (atau thyroid). Mana satukah berkaitan dengan iodin? Mana satu perlu disapu dengan nila?

Artikel ini akan merungkai kekeliruan tersebut.

Memahami anatomi

Beguk dan tiroid adalah 2 penyakit yang berbeza sama sekali. Kedua-duanya juga melibatkan 2 organ berbeza. Beguk menjejaskan kelenjar parotid, manakala thyroid pula melibatkan kelenjar tiroid.

Untuk memahami perbezaan antara kedua penyakit dan organ ini (beguk dan tiroid), anda perlu tahu di manakah kedudukan sebenarnya.

Pertamanya adalah kelenjar parotid. Organ ini terletak di bahagian pipi, di bawah dan hadapan kedua-dua belah telinga. Ia adalah sejenis kelenjar yang berfungsi menghasilkan air liur di dalam mulut. Selain parotid, terdapat juga beberapa kelenjar lain yang menghasilkan air liur seperti submandibular dan sublingual.

Kedudukan kelenjar parotid

Thyroid pula terletak di bahagian hadapan leher. Kedudukannya lebih bawah daripada biji halkum. Ia juga adalah sejenis kelenjar dan merupakan sebuah organ yang sangat penting. Ia merembeskan hormon tiroid yang berfungsi mengawal metabolisme badan. Jika fungsinya terganggu, banyak sistem di dalam badan akan turut terjejas.

Kedudukan kelenjar tiroid

Bagaimana ingin membezakan kedua-duanya?

Paling mudah adalah melalui kedudukan atau posisi bengkak. Berdasarkan kepada anatomi yang telah dijelaskan di atas, beguk adalah bengkak di bahagian pipi, manakala thyroid pula adalah bengkak pada bahagian hadapan leher.

Walau bagaimanapun, terdapat juga punca-punca lain yang menyebabkan bengkak di bahagian muka dan leher. Contohnya, bengkak nodus limfa, lipoma (ketumbuhan sel lemak) dan osteoma (ketumbuhan tulang).

Apakah punca beguk dan tiroid?

Beguk adalah sejenis jangkitan disebabkan oleh virus beguk atau mumps virus. Jangkitan ini menyebabkan radang pada kelenjar parotid (parotitis) sehingga menjadi bengkak dan sakit. Kelenjar parotid juga boleh bengkak disebabkan oleh tumor dan batu karang.

Thyroid (atau lebih tepat goitre) pula mempunyai banyak punca. Paling biasa adalah kekurangan iodin di dalam badan. Sebab lain adalah atoimun dan tumor.

Adakah rawatan beguk dan tiroid berbeza?

Memandangkan puncanya adalah berbeza, maka rawatan juga sudah pasti berbeza.

Bagi penyakit beguk, tiada ubat khusus untuk melawan virus beguk. Apa yang boleh dilakukan adalah langkah-langkah untuk mengurangkan simptom seperti ubat demam, tuam ais pada bengkak, rehat dan banyakkan minum air. Vaksin adalah langkah terbaik sebagai pencegahan.

Thyroid pula dirawat bergantung kepada sebab. Jika kurang iodin, suplemen iodin adalah langkah yang baik (bukan sapu nila!). Kini, semua garam yang ada di pasaran mengandungi iodin. Jadi, kes tiroid bengkak disebabkan kurang iodin sangat jarang ditemui.

Kesimpulannya, jangan terkeliru antara beguk dan thyroid. Kedua-duanya adalah penyakit yang berbeza.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wabak Chikungunya Kian Tular di Bahagian Utara Negara

    Wabak chikungunya kian tular di negara kita kini. Oleh itu, kita perlu tahu sedikit sebanyak mengenainya. Sila ikuti artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan 27/06/2019 . 4 minit bacaan

    Apakah Vaksin Yang Diperlukan Sebelum Hamil?

    Sistem imun wanita secara semula jadi lebih lemah berbanding biasa semasa kehamilan. Apabila anda hamil, anda mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk mendapatkan jangkitan dan penyakit yang boleh membahayakan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 20/02/2019 . 2 minit bacaan

    3 Penyakit Berjangkit Utama di Malaysia

    Penyakit dan beban kesihatan utama di dunia pada hari ini sudah beralih dari penyakit berjangkit kepada penyakit tidak berjangkit (NCDs) seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, dan strok ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan 21/12/2018 . 2 minit bacaan

    Bagaimana Ingin Menjadikan Kesihatan Sesuatu yang Berjangkit?

    Kita sedia maklum bahawa demam denggi, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), tuberkulosis, HIV, demam campak, dan influenza boleh berjangkit dari seorang individu ke individu yang lain. Namun, bukan penyakit sahaja ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 20/12/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan-virus-west-nile

    Jangkitan Virus West Nile

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/12/2019 . 4 minit bacaan
    bayi

    Hipotiroidisme Bayi Dan Kanak-kanak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/12/2019 . 4 minit bacaan

    Tak Sangka! Sebenarnya Kita Berjaya HAPUSKAN Satu Penyakit Ini Di Peringkat Global!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/10/2019 . 2 minit bacaan
    anak-vaksin

    Jangan Degil, 10 Jenis Penyakit Ini Boleh Dielakkan Melalui Vaksin

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 13/10/2019 . 3 minit bacaan