Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Bedsores — juga dikenali sebagai tekanan ulser dan dekubitus ulser – merupakan kecederaan kepada kulit dan tisu asas yang berpunca daripada tekanan yang berpanjangan pada kulit. Kebiasaannya Bedsores akan terjadi pada kulit yang menyaluti kawasan tulang seperti tumit, pergelangan kaki, pinggang dan tulang pinggul.
Orang yang paling berisiko untuk terkena penyakit Bedsores adalah mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang membatasi keupayaan mereka untuk mengubah kedudukan atau mereka yang menghabiskan sebahagian besar masa mereka di atas katil atau kerusi.
Bedsores boleh terbentuk dengan pantas. Kebanyakan luka akan sembuh dengan rawatan, tetapi ada sebahagian luka yang tidak akan sembuh sepenuhnya. Anda boleh mengambil langkah – langkah untuk membantu mencegah Bedsores dan bantuan penyembuhan.
Bedsores merupakan perkara biasa yang berlaku pada pesakit – pesakit di hospital, rumah penjagaan serta pesakit yang dirawat di rumah. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Simptom – simptom biasa Bedsores adalah:
Bedsores terbahagi kepada beberapa peringkat berdasarkan kedalaman, keterukan dan ciri – ciri yang lain. Tahap kerosakan pada kulit dan tisu bermula dari kulit berwarna merah, kulit yang tidak pecah sehingga kecederaan yang dalam melibatkan otot dan tulang.
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan seperti di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai gejala ini, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mengalami tanda – tanda atau simptom – simptom seperti yang telah dinyatakan di atas atau mempunyai sebarang persoalan, sila berjumpa dengan doktor anda. Setiap badan manusia mempunyai tindak balas yang berbeza. Berbincang dengan doktor anda merupakan tindakan yang terbaik bagi mengetahui apa yang terbaik untuk situasi anda.
Bedsores disebabkan oleh tekanan ke atas kulit yang akan menyekat pengaliran darah ke kulit. Faktor – faktor lain yang berkaitan dengan pergerakan yang terhad akan menyebabkan kulit terdedah kepada kerosakan dan menyumbang kepada pembentukan luka tekanan.
Tiga faktor penyumbang utama untuk Bedsores adalah:
Terdapat banyak faktor risiko untuk bedsore seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor anda akan meniliti kulit anda untuk menentukan sama ada anda menghadapi tekanan ulser dan menilai kerosakannya. Dia akan cuba untuk mengklasifikasikan luka tersebut pada tahap yang tertentu. Klasifikasi boleh membantu menentukan rawatan yang terbaik untuk anda. Dia juga akan melaksanakan ujian darah untuk menilai kesihatan anda secara umum.
Jika anda menjaga seseorang yang mengalami Bedsores, doktor atau jururawat rumah anda akan meminta anda untuk membantu proses rawatan dengan mengikuti langkah – langkah pencegahan yang akan menghentikan kerosakan yang lebih teruk terhadap kulit dan meningkatkan peluang penyembuhan.
Rawatan tambahan, biasanya dilakukan oleh pihak pegawai kesihatan yang profesional, bergantung pada tahap Bedsores tersebut. Pertama, kawasan kulit yang tidak cedera yang berdekatan dengan Bedsores akan disapu dengan filem pelindung atau pelincir untuk melindungi mereka daripada kecederaan. Seterusnya, balutan khas akan dilaksanakan pada kawasan yang cedera untuk membantu penyembuhan atau membantu membuang kawasan tisu mati yang kecil. Jika diperlukan, kawasan tisu mati yang lebih besar akan dipotong melalui kaedah pembedahan atau dilarutkan dengan ubat khas. Krater yang dalam mungkin memerlukan cantuman kulit dan bentuk – bentuk pembedahan rekonstruktif yang lain.
Jika kulit pesakit ada menunjukan tanda – tanda jangkitan, doktor akan memberikan antibiotik dalam bentuk salap, pil atau diberikan secara intravena.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi Bedsores:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen