backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Angin Pasang: Benjolan Pada Abdomen

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 15/04/2019

    Angin Pasang: Benjolan Pada Abdomen

    Abdomen manusia mengandungi banyak organ. Sebab itulah ia mempunyai ruang yang besar. Antara organ di dalam abdomen ialah:

  • Hati.
  • Pankreas.
  • Hempedu.
  • Limpa.
  • Buah pinggang.
  • Perut dan usus.
  • Sebahagian daripada organ ini boleh membonjol keluar melalui titik lemah tertentu. Apabila hal ini berlaku, benjolan akan kelihatan di bawah kulit pada abdomen dan keadaan ini dinamakan sebagai angin pasang atau hernia.

    Bagaimana organ tersebut boleh membonjol keluar?

    Hampir semua organ di dalam abdomen dilitupi oleh lapisan nipis (fascia) untuk memastikan organ tersebut tetap pada posisinya. Namun, terdapat beberapa kawasan pada lapisan ini yang lemah.

    Contohnya, sebahagian saluran darah menembusi fascia dengan membentuk lubang padanya yang melalui abdomen turun ke paha. Bahagian ini secara khusus cenderung untuk dimasuki oleh organ lain terutamanya usus. Begitu juga bahagian abdomen yang pernah dipotong atas sebab pembedahan akan menjadi lemah dan berpotensi menyebabkan angin pasang.

    Usus membonjol keluar melalui lapisan fascia

    Risiko akan menjadi lebih tinggi jika tekanan di dalam abdomen menjadi tinggi apabila selalu meneran sama ada disebabkan sembelit, mengangkat barang-barang berat, atau batuk kronik. Kombinasi antara lapisan fascia yang terbuka dan lemah serta tekanan tinggi di dalam abdomen menyebabkan organ membonjol keluar.

    Jenis-jenis angin pasang

    Hernia boleh dibahagikan kepada jenis yang berbeza mengikut lokasi dan punca. Jenis paling kerap berlaku ialah:

  • Inguinal. Hernia berlaku di bahagian kelangkang dan ia merangkumi 75 peratus daripada jenis hernia. Lelaki jauh lebih kerap mengalaminya berbanding wanita.
  • Femoral. Organ membonjol melalui saluran femoral yang juga terletak di kawasan kelangkang. Saluran ini ialah laluan salur darah arteri, vena, dan urat saraf dari abdomen ke paha. Wanita lebih kerap mengalaminya berbanding lelaki tetapi secara amnya sangat jarang berlaku. Saluran ini kebiasaanya sempit dan organ yang terlibat sangat berisiko untuk terjerut.
  • Hirisan. Angin pasang jenis ini berlaku di kawasan parut selepas pembedahan. Bahagian otot dan lapisan fascia yang dipotong menjadi lemah sehingga meningkatkan risiko angin pasang.
  • Pusat. Jenis ini berlaku pada bayi dan kebiasaannya akan surut sendiri tanpa rawatan.
  • Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 15/04/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan