7 Fakta Tentang Kanser Hati

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

1. Kanser hati berada di angka ke-8

Menurut Laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2007-2011, kanser hati terletak pada angka ke-8 dalam senarai kanser-kanser di Malaysia.

Ia merangkumi 4.2 peratus daripada keseluruhan kes kanser yang dilaporkan. Dalam angka tersebut, lelaki mencatatkan kes dua kali ganda lebih ramai berbanding wanita, meskipun secara amnya wanita lebih kerap mendapat kanser berbanding lelaki.

Statistik kanser di Malaysia. Gambar ihsan daripada Laporan Daftar Kanser Kebangsaan

2. Hepatitis B dan C adalah faktor risiko utama

Hepatitis B dan C adalah sejenis radang hati yang disebabkan oleh jangkitan virus B dan C. Jangkitan ini majoritinya adalah bersifat kronik selama bertahun-tahun.

Ia merosakkan struktur dan fungsi hati. Radang yang berterusan ini memberikan iritasi ke atas hati dan meningkatkan risiko kanser hati. Berbeza dengan Malaysia, alkohol adalah faktor risiko yang penting di negara-negara Barat. Kes-kes disebabkan alkohol adalah kurang di Malaysia.

3. Kanser hati yang datang daripada tisu lain adalah lebih kerap

Hati adalah antara kawasan yang paling kerap menjadi tempat persinggahan kanser-kanser yang merebak ke dalam darah. Kanser-kanser ini termasuk kanser payudara, kolorektal, perut (gastrik) dan paru-paru.

Bilangan kanser yang berasal daripada tisu hati (primer) adalah jauh lebih rendah berbanding yang berasal daripada tisu lain (sekunder). Selain hati, kawasan lain yang kerap kanser merebak adalah tulang, otak dan paru-paru.

4. Kanser hati sekunder adalah petanda buruk

Jika seseorang itu dikesan mengalami kanser hati yang berasal daripada tisu lain (sekunder), ia adalah petanda bahawa kanser asal tersebut sudah berada di tahap akhir kerana sudah merebak ke kawasan lain atau disebut sebagai metastasis.

Kecuali untuk peratusan kecil dalam kanser kolorektal, kebanyakan kes tidak dapat dirawat melainkan dengan rawatan sokongan (paliatif) sahaja.

5. Kanser hati tidak memberikan simptom di peringkat awal

Seperti kebanyakan kanser, ia tidak menunjukkan simptom atau tanda di peringkat awal penyakit, khususnya bagi kanser hati primer. Bagi kanser sekunder, kebiasaannya pesakit sudah dalam keadaan yang parah.

Simptom-simptom mungkin dapat dilihat adalah:

  • Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.
  • Hilang selera makan.
  • Mual dan muntah.
  • Sakit abdomen.
  • Abdomen membesar dan kembung.
  • Kulit dan putih mata menjadi kuning (jaundis).
  • Najis berwarna pudar.

6. Vaksin hepatitis B dan ujian saringan hepatitis C adalah langkah pencegahan

Memandangkan dua keadaan kesihatan ini adalah faktor risiko utama bagi kanser hati, pencegahannya adalah langkah yang baik dan efisyen untuk mengurangkan risiko.

Vaksin bagi hepatitis B adalah sebahagian daripada Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP) yang diberikan secara percuma kepada semua bayi di Malaysia. Ia telah menurunkan jumlah kes hepatitis B serta kanser hati.

Namun, masih tiada vaksin untuk hepatitis C. Apa yang boleh dilakukan adalah untuk mendapatkan ujian saringan bagi mereka yang berisiko. Kini, rawatan hepatitis C sudah tersedia secara percuma di 18 buah hospital terpilih di Malaysia.

7. Pilihan rawatan bagi kanser hati

Bergantung kepada tahap dan keadaan pesakit, terdapat beberapa pilihan rawatan termasuk:

  • Pembedahan.
  • Pemindahan hati.
  • Radiofrequency ablation.
  • Suntikan ethanol.
  • Kemoterapi.

Namun, bagi kes kanser hati sekunder, tidak banyak yang dapat dilakukan selain rawatan paliatif kerana kanser sudah berada di tahap akhir.

Bagi kanser primer tahap awal, sebanyak 31 peratus berjaya hidup melebihi 5 tahun daripada tempoh diagnosis.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Ambil Ringan Jika Kencing Warna Pink & Berbau Busuk. Ini Adalah Tanda Batu Karang!

    Tahukah anda, ada banyak tanda atau gejala penyakit batu karang dan salah satunya ialah air kencing berdarah? Jom baca artikel ini untuk tahu gejala lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Batu Karang, Urologi 22/01/2021 . 5 minit bacaan

    Penyakit Batu Karang: Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Penyakit Ini!

    Masalah batu karang merupakan penyakit yang lazim di Malaysia. Penyakit yang berlaku kepada 1 dalam 10 individu ini boleh menyebabkan rasa sakit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Batu Karang, Urologi 22/01/2021 . 6 minit bacaan

    Apa Itu Masalah Pundi Kencing: Kenali Simptom, Punca Dan Rawatan Ini

    Kini, sakit pundi kencing bukan sahaja masalah bagi warga berumur malah yang muda juga. Mari baca info lengkap mengenai masalah tersebut dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Masalah Pundi Kencing, Urologi 22/01/2021 . 6 minit bacaan

    Sukar Untuk Membuang Air Kecil? Jaga-Jaga, Anda Mungkin Sedang Mengalami Masalah Retensi Urin!

    Retensi urin atau retensi air kencing merupakan satu keadaan yang menyukarkan pesakit untuk membuang air atau mengosongkan pundi kencing.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Pundi Kencing, Urologi 22/01/2021 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kerap kencing

    Penyakit Inkontinens Urin Bukan Hanya Kencing Tidak Lawas, Ada Banyak Lagi Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 6 minit bacaan
    penawar batu karang

    Rawatan Dan Diagnosis Untuk Penyakit Batu Karang, Ketahui Semua Prosedur Yang Terlibat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan
    Sakit saluran kencing

    7 Cara Mencegah Batu Karang Yang Berkesan! Ada Banyak Lagi Cara Lain Selain Kekal Hidrat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan
    kencing batu

    Dehidrasi, Hipertensi Antara 14 Punca dan Faktor Risiko Penyakit Batu Karang Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan