Fibrous Dysplasia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Fibrous Dysplasia?

Fibrous Dysplasia ialah gangguan tulang yang jarang berlaku di mana tisu seperti parut (fibrous) berkembang pada tulang normal. Tisu tidak sekata ini boleh melemahkan tulang yang terjejas dan menyebabkan kecacatan atau kepatahan tulang.

Dalam kebanyakan kes, Fibrous Dysplasia berlaku pada satu tempat di dalam satu tulang, tetapi boleh juga berlaku pada beberapa tempat pada beberapa tulang. Penglibatan tulang tunggal biasanya berlaku dalam kalangan remaja dan orang dewasa. Individu yang mengalami lebih daripada satu tulang yang terjejas akan mengalami simptom sebelum umur 10 tahun.

Walaupun Fibrous Dysplasia adalah gangguan genetik, ia disebabkan oleh mutasi gen yang bukan diwariskan daripada ibubapa kepada anak-anak. Tiada penawar bagi gangguan ini. Rawatan termasuklah pembedahan, berfokus untuk melegakan kesakitan dan memperbaiki serta menstabilkan tulang.

Apakah kebarangkalian Fibrous Dysplasia?

Fibrous Dysplasia adalah gangguan yang jarang berlaku. Ia biasanya didiagnos dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dan ia wujud sepanjang hayat. Kemungkinan untuk mendapat penyakit ini tidak dipengaruhi dengan jantina, bangsa, latar belakang etnik, lokasi geografi atau mana-mana pendedahan persekitaran. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Fibrous Dysplasia?

Fibrous Dysplasia boleh menyebabkan beberapa atau tanpa sebarang tanda dan simptom, terutamanya jika keadaan tersebut sederhana. Fibrous Dysplasia yang serius menyebabkan:

  • Kesakitan tulang, biasanya sakit sedikit atau sederhana.
  • Bengkak.
  • Kecacatan tulang.
  • Kepatahan tulang, terutamanya lengan dan kaki.
  • Lengkungan tulang kaki.

Fibrous Dysplasia boleh menjejaskan tulang di dalam badan anda, tetapi tulang yang lazim terjejas ialah:

  • Tulang peha.
  • Tulang betis (tibia).
  • Tulang lengan atas.
  • Tengkorak kepala.
  • Tulang rangka.
  • Tulang pelvik.

Jarang sekali Fibrous Dysplasia bersama dengan sindrom yang menjejaskan kelenjar penghasilan hormon di dalam sistem endokrin anda. Kecacatan ini termasuklah:

  • Baligh terlalu awal.
  • Penghasilan hormon terlampau aktif.
  • Tompok coklat pudar pada kulit anda.

Peningkatan sakit tulang juga berkaitan dengan perubahan hormon normal pada kitaran menstruasi atau kehamilan.

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda jika anda mengalami perkara berikut:

  • Sakit tulang meningkat dengan aktiviti menanggung berat atau tidak hilang dengan rehat.
  • Sakit tulang yang mengganggu tidur anda.
  • Sukar berjalan atau limping.
  • Bengkak yang tidak dapat dijelaskan.
  • Perubahan bentuk tulang.
  • Perbezaan panjang kaki atau tangan.

Punca

Apakah punca Fibrous Dysplasia?

Fibrous Dysplasia berkaitan dengan mutasi gen yang wujud di dalam sel tertentu yang menghasilkan tulang. Mutasi ini menyebabkan penghasilan tisu tulang tidak matang dan tidak sekata. Kebanyakan tisu tulang tidak sekata (lesion) wujud pada satu bahagian di dalam satu tulang. Beberapa tulang terjejas jarang berlaku, dan mungkin terdapat lebih daripada satu lesion pada beberapa tulang.

Lesion biasanya berhenti berkembang semasa baligh. Tetapi, lesion mungkin tumbuh semula semasa hamil.

Mutasi gen bersama Fibrous Dysplasia berlaku selepas persenyawaan, pada fasa awal perkembangan janin. Oleh itu, mutasi bukanlah diwarisi daripada ibubapa dan anda tidak boleh memberi kepada anak-anak anda.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Fibrous Dysplasia?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Fibrous Dysplasia didiagnosis?

Tulang pesakit Fibrous Dysplasia mempunyai karekter tertentu pada X-ray biasanya mencukupi untuk membuat diagnosis. Ujian pengimejan lain seperti pengimejan resonan magnetik (MRI) atau tomografi berkomputer (CT) juga digunakan. Dalam kes tertentu, doktor perlukan spesimen tulang kecil (biopsi) bagi mengesahkan diagnosis. Kegunaan ujian gen masih tidak jelas. Disebabkan gen termutasi hanya wujud di dalam tisu Fibrous Dysplasia, adalah baik ia hanya diuji daripada tisu yang terjejas, tetapi doktor masih tidak mengetahui kepastian ujian tersebut.

Bagaimana pesakit Fibrous Dysplasia dirawat?

Tiada penawar bagi Fibrous Dysplasia. Seperti kebanyakan keadaan perubatan, simptom atau masalah dirawat satu persatu. Kepatahan selalunya memerlukan pembedahan tetapi kadang kala ia boleh dirawat dengan cast sahaja. Pembedahan dicadangkan jika kepatahan lebih cenderung berlaku, atau usaha untuk membetulkan bentuk tulang anda. Pembedahan juga dilakukan untuk melegakan kesakitan tulang. Ubat yang dikenali sebagai Bisphosphonates – diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat untuk rawatan bagi penyakit tulang yang lain – menunjukkan pengurangan kesakitan bersama penyakit tersebut. Strategi kesihatan tulang seperti aktiviti fizikal (dengan kelulusan doktor) dan pengambilan kalsium, fosforus serta vitamin D yang mencukupi adalah penting.  

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Fibrous Dysplasia?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Suka Lihat Orang Bermata Biru? Ambil Tahu Kaitan Antara Warna Mata & Penglihatan

    Penglihatan adalah salah satu pancaindera yang berharga. Di dunia ini, terdapat pelbagai warna mata yang dapat kita lihat mengikut negara dan keturunan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 22/01/2021 . 3 minit bacaan

    Bahaya Kalau Kuat Sangat Bersenam, Anda Boleh Terdedah Dengan Penyakit Ini!

    Bersenam sememangnya ada banyak manfaat kepada kesihatan, tetapi kajian baharu mendapati melakukan senaman melampau mampu menyebabkan penyakit sepsis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Badan Sihat, Gaya Hidup Sihat 22/01/2021 . 4 minit bacaan

    Bukan Saja-saja! Menangis, Moody @ Marah Ketika Haid Itu Bersebab! Tapi Jangan Buat Alasan Pula Ya!

    Anda rasa serabut atau fed-up sekitar waktu haid? Sesetengah wanita mendapati mereka mudah marah atau menangis, dek kerana perubahan mood. Mengapa ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 22/01/2021 . 3 minit bacaan

    Dua-Dua Gatal, Tapi Apa Beza Kulit Dermatitis Atopik Dan Ekzema? Ini Jawapannya!

    Dermatitis atopik dan ekzema adalah istilah umum untuk 'keradangan kulit.' Keduanya menggambarkan masalah yang terdiri daripada kulit kering dan ruam.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kesihatan Kulit, Penjagaan Kulit 22/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pundi kencing

    Ketahui 3 Penyakit Pundi Kencing Ini Sebelum Kehilangan Buah Pinggang Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 4 minit bacaan
    penyakit kronik

    Ada Cara Mudah Turunkan Tekanan Darah Tinggi, Cuba 7 Herba Yang Diperakui Oleh Sains Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
    kencing tidak lawas

    Alami Masalah Kencing Tak Lawas? Ketahui Punca, Simptom, Diagnosis Dan Rawatan Untuk Inkontinens Urin.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 4 minit bacaan
    penjagaan bayi baru lahir

    Ini 6 Teknik Penjagaan Bayi Buat Ibu Bapa Baru, Ambil Tahu Awal, Nanti Senang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan