backup og meta

Ini Kesan Radiasi Yang WAJIB Diketahui, Anda Terdedah Secara Semula Jadi Padanya!

Ini Kesan Radiasi Yang WAJIB Diketahui, Anda Terdedah Secara Semula Jadi Padanya!

Tanpa kita sedar, boleh dikatakan tubuh badan selalu terdedah dengan radiasi pengionan tapi apakah kesannya? Teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui kesan radiasi kepada tubuh.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

Kesan radiasi telefon, ada yang jauh lebih bahaya?

Orang ramai terdedah kepada sumber radiasi semula jadi serta sumber buatan manusia setiap hari dan bukan hanya daripada telefon pintar atau gajet semata-mata.

Radiasi semulajadi berasal daripada pelbagai sumber termasuk lebih daripada 60 bahan radioaktif yang berlaku di tanah, air dan udara.

Radon, gas yang terjadi secara semula jadi, berasal dari batu dan tanah dan merupakan sumber radiasi semulajadi. Setiap hari, seseorang menyedut dan menelan radionuklida dari udara, makanan dan air.

Penggunaan radiasi dos yang tinggi masih merupakan salah satu senjata yang paling berharga dalam memerangi kanser dan percaya bahawa mandi di spa radioaktif adalah bermanfaat.

kesan radiasi

Walau bagaimanapun, telah diketahui juga bahawa dos tinggi radiasi pengionan boleh menyebabkan kemudaratan, tetapi terdapat ketidakpastian saintifik yang berterusan mengenai impak pada dos yang rendah.

Pada tahap dos yang biasa dihadapi oleh orang ramai dan kebanyakan pekerja radiasi masa kini, terdapat sedikit atau tiada bukti epidemiologi efek kesihatan.

Pendedahan kepada radiasi pengionan

Orang ramai boleh terdedah kepada radiasi ini dalam keadaan berbeza sama ada di rumah atau tempat awam, tempat kerja atau dalam keadaan perubatan (sebagai pesakit, penjaga dan sukarelawan).

Pendedahan radiasi mungkin secara dalaman atau luaran, dan boleh diperoleh melalui pelbagai cara pendedahan.

Pendedahan dalam

Pendedahan dalaman kepada radiasi pengion berlaku apabila radionuklid terhirup, ditelan atau masuk ke dalam aliran darah (contohnya, melalui suntikan atau luka).

Pendedahan dalaman berhenti apabila radionuklida disingkirkan/dihilangkan daripada tubuh, sama ada secara spontan (seperti melalui perkumuhan) atau akibat rawatan.

Pendedahan luaran

Ia boleh berlaku apabila bahan radioaktif udara seperti habuk, cecair atau aerosol didepositkan pada kulit atau pakaian. Jenis bahan radioaktif ini sering boleh dihilangkan daripada tubuh dengan hanya membasuh.

kesan radiasi

Kesan radiasi pengionan terhadap sel tubuh

Kesan radiasi terhadap tisu dan atau organ bergantung kepada dos radiasi yang diterima, atau diserap. Kerosakan berpotensi daripada dos yang diserap bergantung kepada jenis radiasi dan sensitiviti tisu dan organ yang berbeza.

Di luar ambang tertentu, sinaran dapat menjejaskan fungsi tisu dan organ, dan menghasilkan kesan akut seperti kemerahan kulit, keguguran rambut, terbakar radiasi, atau sindrom radiasi akut.

Kesan ini lebih teruk pada dos yang lebih tinggi dan kadar dos yang lebih tinggi.

Sekiranya dos sinaran rendah atau disampaikan dalam tempoh yang panjang (kadar dos yang rendah), risiko itu adalah lebih rendah kerana terdapat kemungkinan untuk membaiki kerosakan tersebut.

Masih ada risiko kesan jangka panjang seperti kanser, bagaimanapun, yang mungkin muncul bertahun-tahun atau bahkan beberapa dekad kemudian.

Kesan radiasi jenis ini tidak akan selalu berlaku, tetapi kemungkinannya adalah berkadar dengan dos radiasi.

Risiko ini lebih tinggi untuk kanak-kanak dan remaja, kerana mereka lebih sensitif terhadap pendedahan radiasi berbanding orang dewasa.

Radiasi dan kanser

kesan radiasi

Generasi kanser adalah paling biasa terjejas dengan pendedahan radiasi terutamanya apabila jumlah radiasi yang tinggi atau sederhana terlibat (secara umum tanpa mengira tempoh pendedahan).

  • Kanser paru-paru adalah contoh biasa kesan pendedahan kepada radon, dan risiko ini meningkat jika seseorang merokok.
  • Tumor/kanser tiroid juga mungkin timbul akibat kesan iodin radioaktif yang terkumpul di dalam tiroid. Inilah sebabnya, apabila berlaku kemalangan radiasi, pengambilan dos iodin bukan radioaktif diambil sebagai langkah berjaga-jaga untuk tidak meninggalkan ruang bagi iodin radioaktif untuk mengikat dan mengumpul.
  • Kanser kulit boleh berkembang akibat pendedahan UV yang berpanjangan.

Selain itu, kesan radiasi kepada kesihatan bagi pendedahan kepada jumlah rendah dalam masa lebih lama tidak diketahui, tetapi bahan genetik mungkin terancam melalui mutasi dengan kesan keseluruhan yang tidak menentu.

Oleh itu, kecacatan kelahiran genetik dan kerencatan mungkin disebabkan pendedahan ibu bapa.

Malah, ia juga membangunkan masalah kesihatan lain yang boleh menjejaskan sistem saraf, pembiakan atau jantung. Ini boleh atau tidak diikuti dengan kanser.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Radiation Exposure and Health Effects – is it Time to Reassess the Real Consequences?, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5637100/, Accessed Dec 12 2019.
  2. Ionizing radiation, health effects and protective measures, https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/ionizing-radiation-health-effects-and-protective-measures, Accessed Dec 12 2019.
  3. Health effects of ionising radiation, https://www.arpansa.gov.au/understanding-radiation/what-is-radiation/ionising-radiation/health-effects, Accessed Dec 12 2019.
  4. Radioactive Pollution Diseases, https://www.environmentalpollutioncenters.org/radiation/diseases/, Accessed Dec 12 2019.
  5. Radiation Exposure: Risks and Health Effects, https://www.mottchildren.org/health-library/abl0600, Accessed Dec 12 2019.
  6. Radiation and Health Effects, https://world-nuclear.org/information-library/safety-and-security/radiation-and-health/nuclear-radiation-and-health-effects.aspx, Accessed Dec 12 2019.

Versi Terbaru

19/09/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Badan Seram Sejuk, Demam Ke? Ambil Tahu Suhu Badan Normal, Boleh Bezakan Sihat @ Tidak!

Badan Rasa Sejuk Tapi Berpeluh? Ini 13 Punca, Salah Satunya Sebab Masalah Jantung!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 19/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan