Penat! Ia merupakan sesuatu yang pasti pernah berlaku kepada setiap manusia normal selepas sahaja selesai melakukan sesuatu pekerjaan. Persoalannya, apakah punca cepat penat yang mungkin kita tidak sedar?
Kadangkala kepenatan itu juga boleh terjadi walaupun anda tidak melakukan apa-apa dan ini pasti akan menimbulkan tanda tanya.
Jom baca artikel ini untuk mendapatkan kepastian punca mengapa cepat penat dan cara menghilangkan rasa letih dan lesu yang berkesan!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.
Punca cepat penat yang ramai belum tahu
Kebiasaannya, kepenatan akan dikaitkan dengan aktiviti seharian dalam kehidupan seperti bekerja, bersenam, bersukan mahupun belajar.
Ya, tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti-aktiviti di atas adalah penyumbang utama kepada keletihan yang juga tidak boleh dielakkan.
Pun begitu, mungkin ada perkara lain yang menjadi faktor utamanya. Ini termasuklah:1
#1. Tidak bersarapan pada waktu pagi
Sebab itulah ibu anda akan selalu berpesan agar jangan tinggal sarapan pada waktu pagi!
Meskipun anda tidak rasa lapar atau tidak mempunyai keinginan untuk makan walau sedikit pun pada waktu pagi, namun tubuh badan anda masih memerlukannya.
Ini kerana, tubuh badan anda memerlukan glukosa untuk otot dan otak berfungsi dengan baik selepas sekian waktu berehat di malam hari.2
Selain glukosa, ada banyak lagi nutrien yang anda boleh terlepas sekiranya tertinggal sarapan pagi, yang seterusnya akan membuat tubuh anda lebih cepat lesu dan tidak bermaya.
Punca cepat penat #2. Bersenam dengan terlalu banyak
Kata orang, bersenam mampu membina tenaga agar kita tidak cepat penat. Namun sebaliknya pula akan terjadi sekiranya anda bersenam dengan terlalu banyak.
Bersenam itu bagus jika disertai dengan cara yang betul yakni makan dan minum dengan sihat serta rehat dan tidur dengan cukup.3
Oleh itu, tiada salahnya untuk bersenam cuma pastikan anda melakukannya dengan kadar yang berpatutan dan bersesuaian dengan gaya hidup yang diamalkan.
Anda juga boleh mencuba senaman ringkas seperti:
- Yoga
- Tai Chi
- Berjalan kaki
- Jogging
#3. Kopi juga adalah antara punca cepat penat?
Siapa di sini penggemar minuman kopi? Selepas membaca ini, kalian mungkin mahu mengubah sedikit tabiat yang menjadi punca cepat penat ini!
Untuk pengetahuan anda, semua minuman kopi mengandungi kafein yang merupakan ‘dalang’ sebenar kepada kepenatan dalam diri.
Ini kerana kafein akan mengganggu proses pengeluaran adenosine – sebatian yang membuat kita mengantuk, dan ia akan membuat kita lebih cepat penat.4
Jadi, kepercayaan di mana minum kopi untuk berjaga pada tengah malam mungkin adalah kurang tepat kerana minuman ini juga salah satu punca anda cepat letih dan lesu.
#4. Postur tubuh badan yang ‘penat’!
Percaya atau tidak, postur tubuh badan juga akan menjadi punca cepat penat yang berlaku tanpa diundang.
Semasa sedang bekerja di hadapan komputer riba, berjalan atau berbaring, postur anda seharusnya tegak dan tidak bongkok agar tidak mudah penat.5
Postur yang buruk akan memberi lebih tekanan pada tulang, sendi dan ligamen, dan inilah punca keletihan pada tubuh anda.
Jadi, mulai hari ini, sila betulkan postur tubuh badan anda ya?
#5. Kerja tanpa henti punca kenapa badan lemah letih lesu
Tanpa mengira jenis atau sektor pekerjaan sama ada di pejabat atau kilang, ia tetap merupakan sesuatu yang memenatkan, baik buat otak dan juga tubuh badan.
Ada juga yang sanggup meluangkan masa untuk bekerja secara berlebihan masa sehingga larut malam demi menyelesaikan tugasan tepat pada waktunya.
Kesannya, otak dan tubuh badan anda akan kepenatan dan jika berlarutan, ia boleh menyebabkan anda akhirnya mengalami ‘burn out’.
Menurut kajian Draugiem Group, pekerja yang efisien dan produktif adalah apabila mereka bekerja selama 52 minit dan kemudian berehat selama 17 minit.6
Sudah terang lagi bersuluh, bekerja dengan lebihan masa boleh menjadi punca cepat penat berlaku.
Jadi, jangan lagi memaksa diri anda untuk terus bekerja berjam-jam lamanya kerana ia tidak bagus buat mental dan fizikal anda ya?
#6. Kurang nutrisi dalam diet menyebabkan anda cepat penat dan mengantuk
Sudah menjadi trend masyarakat kita gemar menikmati aneka pilihan makanan yang enak tanpa mengutamakan diet yang seimbang.
Ramai menganggap bahawa pengambilan makanan dan minuman yang diproses dapat menaikkan mood mereka kembali tatkala kelesuan sewaktu sedang bekerja.
Namun begitu, makanan serta minuman yang diproses sebenarnya boleh membuatkan anda hilang fokus, mudah terkena jangkitan infeksi, cepat penat dan mengantuk.7
Makanan yang tinggi gula ini mungkin mempunyai kalori yang banyak untuk membekalkan tenaga, namun ia hanyalah bersifat sementara waktu.
Jadi, apakah cara menghilangkan rasa letih dan lesu yang berkesan?
Anda boleh cuba mengambil Sari Pati Ayam BRAND’S® iaitu jenama pati ayam yang dibuat khas buat mereka yang ingin tampil cergas dan bertenaga.
Dengan meminum sebotol Sari Pati Ayam BRAND’S® setiap hari, ia boleh membekalkan minda dan tubuh anda dengan kebaikan nutrisi yang optimum serta dapat meningkatkan prestasi dalam setiap aktiviti yang anda jalankan.
Ini kerana, sari pati ayam ini diformulasikan dengan asid amino penting L-Histidine yang dapat membantu mengurangkan keletihan mental dan meningkatkan daya tumpuan anda.8 9
Hasil kajian klinikal juga telah membuktikan bahawa pengambilan 1 botol Sari Pati Ayam BRAND’S® secara berterusan selama 10 hari akan meningkatkan daya tumpuan dan membantu anda untuk berfikir dengan lebih jelas.9
Dengan pengambilan harian sari pati ayam ini, anda tidak perlu lagi risau tentang persoalan kenapa badan lemah letih lesu!
Jadi tunggu apa lagi? Klik di sini sekarang untuk mulakan hari anda dengan Sari Pati Ayam BRAND’S®!
#BRANDSEssenceOfChicken #BRANDSStaySharp
Kini anda telah mengetahui punca cepat penat dan cara menghilangkan rasa letih dan lesu tubuh badan anda. Namun begitu, sekiranya anda masih cepat penat dan sesak nafas, sila rujuk kepada doktor kerana ia boleh berpunca daripada masalah kesihatan.
[embed-health-tool-bmi]