home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Jadilah Pengguna Bijak: Semak Sebelum Membeli

Jadilah Pengguna Bijak: Semak Sebelum Membeli

Pada hari ini, terdapat lambakan jenis produk yang dijual di pasaran. Semuanya menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh samada kulit, sistem imun atau kesihatan reproduktif. Walau bagaimanapun, adakah semua produk tersebut benar-benar berkesan. Lebih penting, adakah ia selamat digunakan?

Produk jus kesihatan mengandungi steroid

Pada bulan lepas, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai satu produk jus kesihatan yang mengandungi bahan steroid terlarang iaitu dexamethasone dan prednisolone. Sehubungan dengan itu, penjualannya telah dilarang serta merta dan pengguna yang pernah mengambilnya diminta untuk ke klinik atau hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Ini adalah salah satu daripada contoh kes produk yang mengandungi bahan berbahaya. Kita juga pernah didedahkan dengan beberapa produk kecantikan yang juga mengandungi bahan terlarang.

Jadilah pengguna bijak

Kes-kes seperti ini seharusnya membuka minda kita untuk lebih berhati-hati dalam membeli serta mengambil mana-mana produk yang terdapat di pasaran. Jangan terlalu mudah terpedaya dengan segala tawaran daripada penjual.

Sebelum anda membeli, cuba lakukan perkara berikut sebagai langkah keselamatan:

  • Lihat label kandungan produk. Pastikan ia tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang bahaya. Semak nama-nama bahan yang anda tidak tahu terlebih dahulu.
  • Anda boleh menyemak status produk jika ia berdaftar di bawah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) melalui laman web https://www.npra.gov.my/
  • Dapatkan pandangan doktor atau pakar.
  • Pastikan syarikat pengeluar produk tersebut tidak mempunyai rekod yang buruk tentang keselematan produk keluarannya.

Tiada satu produk yang boleh mengubat 1000 penyakit

Jika ada pihak yang mendakwa bahawa produknya boleh menyembuhkan 1000 penyakit, itu sudah cukup untuk anda tidak membelinya. Jika perkara tersebut benar, masyarakat sudah tidak lagi memerlukan hospital atau doktor. Cukuplah dengan kerajaan melaburkan duit untuk memberikan semua orang produk tersebut.

Secara amnya, anda sebenarnya tidak memerlukan produk suplemen atau makanan tambahan. Pemakanan yang sihat serta gaya hidup aktif sudah mencukupi untuk memberikan kesihatan badan yang baik. Namun, tidak salah untuk anda mengambilnya dengan syarat perlu berhati-hati dan menjadi pengguna bijak.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 10/10/2018
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x