backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Benarkah Vitamin D dapat Mencegah Diabetes?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/11/2019

Benarkah Vitamin D dapat Mencegah Diabetes?

Terdapat dakwaan bahawa peningkatan pengambilan vitamin D boleh membantu mencegah atau mengurangkan risiko Diabetes Jenis 2. Adakah kenyataan ini benar?

Apa itu insulin?

Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel-sel beta pankreas anda. Insulin memainkan peranan penting dalam kesihatan anda, membawa glukosa yang memasuki aliran darah anda kepada tisu otot dan hati. Dalam erti kata lain, insulin mengawal penggunaan dan penyimpanan glukosa oleh badan anda.

Insulin dan diabetes jenis 2

Mereka yang mempunyai diabetes jenis 2 sama ada tidak menghasilkan insulin yang mencukupi untuk menguruskan kesemua glukosa yang diambil badan, atau badan mereka mengabaikan insulin yang dihasilkan. Aibatnya, apabila glukosa tidak terkawal, ia akan mula terkumpul dalam aliran darah, menyebabkan komplikasi diabetes. Pesakit Diabetes Jenis 2 juga boleh mengalami simptom-simptom seperti penglihatan lemah, masalah kulit, dan juga tekanan darah tinggi.

Diabetes jenis 2 mengambil masa untuk berlaku. Simptom-simptom dan tahap keterukan akan bertambah mengikut masa. Biasanya, kebanyakan orang mempunyai berat badan berlebihan apabila didiagnosis dengan Diabetes Jenis 2.

Vitamin D dan diabetes jenis 2

Vitamin D telah diketahui memberi manfaat dalam mengawal kalsium, yang dengan itu dapat membantu menguruskan tahap gula dalam darah anda.

Pada masa kini, penyelidik dan saintis telah menemui kaitan di antara pengambilan vitamin D dan diabetes jenis 2. Mereka mendapati bahawa vitamin D mungkin boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes jenis 2 atau keterukan manifestasi diabetes.

Sehingga kini, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa orang muda yang mempunyai tahap vitamin D yang lebih tinggi dalam tubuh mereka akan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat diabetes jenis 2 dalam hidup mereka, berbanding mereka yang mempunyai tahap pengambilan vitamin D yang lebih rendah.

Cara untuk menambah pengambilan vitamin D harian anda

Daripada Matahari

Matahari adalah sumber terbesar vitamin D. Dedahkan diri anda kepada cahaya matahari pada awal pagi untuk pengambilan vitamin D. Walau bagaimanapun, pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan komplikasi kulit. Oleh itu, awasi masa dan tempoh pendedahan kepada cahaya matahari.

Daripada Makanan

Sumber makanan yang kaya dengan vitamin D ialah kuning telur, hati lembu, oren, bijirin, keju, lemak ikan dan lain-lain

Daripada sumber-sumber lain

Suplemen vitamin D dan minyak ikan juga dapat menyediakan anda dengan vitamin D tambahan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan