home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bagaimana Ingin Menghadapi Rasa Sakit

Bagaimana Ingin Menghadapi Rasa Sakit

Ramai orang berada dalam kesakitan – terlalu banyak. Regangan dan pergerakan yang dinasihatkan untuk mengurangkan rasa sakit mungkin berkesan bagi sebahagian orang tetapi tidak bagi sebahagian yang lain, yang hanya menyebabkan kekecewaan dan kekeliruan. Maka sebab itu, sangat penting untuk anda mengetahui serba sedikit tentang ilmu terkini berkenaan sakit.

Saya tidak menawarkan program rawatan atau diagnosis tetapi saya menawarkan sesuatu yang nilai sama: ilmu untuk memutuskan langkah terbaik bagi diri anda secara objektif. Jika anda pernah mengalami rasa sakit – kronik atau akut, setempat atau meluas – sila teruskan membaca untuk mengetahui sifat sebenar yang menyakitkan anda.

dealing with pain

Belajar Tentang “Musuh”

Sakit adalah sesuatu yang sangat mendalam sehingga kita tidak berhenti menghuraikan sifat-sifatnya. Penjelasan paling ringkas adalah sakit ialah apabila ada sesuatu yang menyakitkan. Sesuatu yang mengganggu anda, mendorong anda untuk berhenti dari apa yang anda sedang lakukan, mengubah posisi atau mengelakkan diri dari apa yang anda percaya menjadi penyebab kepada ketidakselesaan tersebut.

Kebanyakan orang mengaitkan sakit dengan kecederaan badan. Walaupun selalu ada kaitannya, terdapat banyak lagi kes yang lebih kompleks seperti sakit kronik dan sakit phantom di mana tiada kecederaan fizikal yang dapat dilihat. Malah, sakit adalah satu fenomena neurologi. Ia adalah satu rasa yang dikawal oleh otak berdasarkan kepada input tidak hanya bersifat rasa tetapi juga sosial, emosional dan psikologikal. International Association for the Study of Pain mendefinisikan sakit sebagai “rasa dan pengalaman emosi yang tidak menyenangkan disertai dengan kecederaan tisu sebenar atau berpotensi menyebabkan kecederaan tisu.”

“Kebanyakan orang sudah terbiasa dengan penjelasan fisiologi tentang rasa sakit mereka. Jadi, mereka tidak sedar bahawa sakit boleh membawa kepada lingkaran ganas (vicious circle) di tempat kerja.”

Emosi disebut di dalam definisi tersebut. Rasa sakit adalah satu tekanan tetapi kebanyakan orang menggunakan penjelasan fisiologi tentang rasa sakit mereka sehingga tidak sedar bahawa ia boleh menjadi lingkaran ganas (viciois circle) di tempat kerja. Sakit yang berterusan menyebabkan stres yang akan menyebabkan badan mengalami rasa sakit yang lebih teruk. Terdapat banyak kajian yang menjelaskan kaitan antara nyata dan tidak nyata berkenaan ras sakit.

Bagaimana ia berlaku?

Model sakit yang lama menjelaskan bahawa kawasan yang tercedera menghantar signal sakit kepada otak – dalam kata lain, rasa sakit itu berasal dari tisu. Namun, kita tahu ini tidak seluruhnya benar. Terdapat sel-sel tertentu yang dinamakan nociceptor yang mengesan stimulus berbahaya dan menyampaikan informasi ini kepada otak. Tetapi dari sini, bergantung kepada otak untuk menghasilkan rasa sakit tersebut. Ia sebenarnya tidak datang dari kawasan yang cedera.

dealing with pain 2

Hubungan antara otak dan badan

Saya tidak katakan bahawa rasa sakit disebabkan oleh minda, atau ia hanya dibuat-buat di dalam kepala anda. Tetapi, cuba bayangkan otak sebagai kilang pekerja yang menggunakan pengalaman lepas, pemeriksaan jentera, laporan pekerja dan petanda-petanda lain untuk mengawal operasi. Nociception adalah penting dalam menghasilkan rasa sakit tetapi ia adalah kurang nyata. Faktor separa sadar adalah antara sumber yang otak anda gunakan untuk menentukan berapa banyak rasa sakit ingin dihasilkan. Dalam proses ini, otak anda juga melihat kepada pengalaman lepas, konteks sosial, kepercayaan dan beberapa perkara yang lain.

Pengkaji seperti Ronald Melzack, Patrick Wall, Lorimer Moseley dan David Butler mencipta sesuatu yang digelar model neurometrik bagi kesakitan. Ia mengambil kira perkara yang dibincangkan di atas agar rawatan yang diberikan adalah lebih menyeluruh. Antara intervensi yang paling utama adalah pendidikan tentang kesakitan. Akhirnya, kepercayaan yang terhad atau tersasar boleh menyumbang kepada kesakitan kronik. Langkah pertama dalam menghilangkan beban yang tidak perlu ialah dengan belajar dan memahaminya.

dealing with pain 3

Kitaran kesakitan dan hasilnya

Belakang Saya Sakit, Kesakitan Saya Sangat Teruk – atau benarkah ia sebenarnya begitu?

Satu idea yang biasa ialah bahawa biomekanik, postur, kualiti tisu dan isu struktural yang lain adalah penyebab utama kepada kesakitan. Ini adalah idea yang tidak lengkap, bahkan berbahaya jika ia meyakinkan orang bahawa, sebagai contoh, keseimbangan badan mereka “sangat teruk” atau mereka mempunyai tisu parut kekal. Ini adalah idea yang melemahkan diri yang hanya menambahkan ketakutan dan penghindaran.

Jika struktur badan adalah kunci utama menyebabkan kesakitan, bagaimana anda ingin menjelaskan majoriti subjek kajian yang mempunyai “kecacatan tulang dan tisu lembut” di lutut mereka dan yang mempunyai “penemuan abnormal dalam imbasan MRI” yang tidak mengalami kesakitan?

dealing with pain 4

Tiada orang sukakan kesakitan tetapi ia diperlukan dalam kehidupan. Ia adalah satu petanda yang kuat untuk mengelakkan perbuatan atau tingkah laku yang boleh membahayakan anda. Sebahagian orang lahir tanpa sensitiviti terhadap rasa sakit. Ia dinamakan analgesia kongenital. Sementara anda merasakan mereka sangat bertuah, sebenarnya mereka lebih berisiko tinggi kepada kecederaan maut kerana mereka tidak sedar apabila menerima kecederaan.

Sakit ialah sistem amaran, satu output dari otak yang bertujuan melindungi badan dari ancaman dengan menggalakkan mereka menjauhkan diri darinya. Ancaman ini kebiasaannya melibatkan kecederaan tisu – luka atau tulang patah. Dalam kes ini, menguruskan masalah fizikal akan menghilangkan “ancaman” tersebut dan seterusnya kesakitan itu. Namun, jika mengekalkan badan anda sihat dan aktif tidak cukup, tiba masanya untuk melakukan lebih kajian bagi menentukan dan berdepan dengan sumber kesakitan anda.

Apabila anda sudah bersedia melakukan perubahan, mulakan dengan sesuatu yang kecil. Berikan badan anda rehat yang mencukupi supaya ia boleh mengumpul sumbernya dan menambahkan rangsangan positif. Kesedaran adalah satu alat yang anda boleh gunakan. Ia mengurangkan stres, yang boleh memberikan impak positif terhadap cara anda rasa secara fizikal serta memberdayakan minda anda untuk kekal tenang, fokus dan dalam kawalan.

“Sakit ialah sistem amaran, satu output dari otak yang bertujuan melindungi badan dari ancaman dengan menggalakkan mereka menjauhkan diri darinya.”

Jika posisi atau pergerakan tertentu menyebabkan ketidakselesaan, cari jalan yang mengurangkan kesakitan tersebut – gunakan pergerakan dengan julat lebih kecil atau bergerak dengan lebih perlahan. Cari pergerakan yang selesa. Ini mengajar sistem saraf anda bahawa tidak semua perkara adalah berbahaya. Apabila semakin banyak posisi sudah bebas dari kesakitan, anda akan dapati diri anda semakin kurang takut dan sedang membina momentum untuk membebaskan diri dari kesakitan.

Tindakan yang berkemungkinan paling penting ialah menetapkan nilai dan sasaran anda. Kesakitan adalah satu gangguan tetapi jangan biarkan ia mengawal diri anda.

Menjadi Seorang Pelajar

Semua ini menarik minat saya kerana saya, seperti atlet lain, mengalami kesakitan. Kadangkala susah untuk mengatakan bagaimana ia berlaku atau jika gaya hidup aktif dan senaman anda mnyumbang kepadanya. Saya bukan seorang penyelidik dan saya tidak bekerja merawat kesakitan orang. Saya cuma ingin menjadi seorang yang tahu dan terlibat aktif dalam pengalaman peribadi dengan kesakitan.

Saya telah menemui beberapa sumber perintis yang berguna:

Pain Science dijalankan oleh bekas ahli terapi urut yang berusaha mendalami dan mengkaji kelebihan yang ada pada metod lama.

Better Movement tidak hanya memfokuskan pada topik kesakitan tetapi juga sistem saraf secara umum, skil pergerakan dan bagaimana semua ini berkait dengan prestasi fizikal.

Lorimer Moseley bersama pasukannya di Body in Mind, memberikan perspektif dan cadangan baru berdasarkan kajian terbaik berkenaan kesakitan.

SomaSimple ialah sebuah forum yang bukan hanya untuk ahli terapi fizikal dan manual, tetapi juga semua yang menjalankan penelitian intelektual melalui kajian semula dan perbincangan matang.

Jika metod tradisional dilihat tidak berkesan ke atas anda, masih ada harapan. Anda boleh mengambil tanggungjawab untuk belajar tentang sains kesakitan terkini dan mengaplikasikannya ke atas diri anda. Anda boleh mengkaji gaya hidup, emosi anda serta hubungannya dengan badan ada dan kesakitan. Anda boleh memilih untuk sedar dan kawal diri anda.

Sila ingat: jika ia menyakitkan, ia bermakna otak anda mengambil berat tentang anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Ditulis oleh Morteza Tafakory pada 17/04/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Morteza Tafakory
x