Bayangkan ini, seorang wanita berusia 53 tahun, bernama Alice, bertemu dengan doktor apabila mengadu terdapat kesakitan dan kepedihan di bahagian abdomen beliau. Doktor menjangkakan Alice mungkin menghidap kanser, namun ia tidak dapat dipastikan dengan jelas. Kebiasaannya, doktor akan mula melakukan beberapa siri ujian dan mengakibatkan pesakit gelisah menantikan keputusan ujian tersebut yang mungkin mengambil masa berminggu-minggu.
Walau bagaimanapun, terdapat satu pendekatan baru menggunakan DNA — sebuah tanda genetik yang unik dan tersendiri — sampel DNA diambil dan diuji. Ujian DNA menunjukkan terdapat satu kecacatan pada salah satu tanda genetik yang pada umumnya diketahui oleh para pengkaji dan saintis sebagai kanser. Berdasarkan ketepatan maklumat ini, doktor dapat menentukan ujian, membuat diagnosis dan memberikan rawatan sewajarnya jika Alice menghidap kanser payudara dengan segera. Kesakitan dan kepedihan yang dialami oleh Alice beransur pulih dalam masa beberapa minggu sahaja.