backup og meta

Lagi Berita Pil Kuda, Kenapa Masih Ramai Yang Ketagih Walau Tahu Bahayanya?

Lagi Berita Pil Kuda, Kenapa Masih Ramai Yang Ketagih Walau Tahu Bahayanya?

Pada 1 November 2024, pihak berkuasa Thailand telah menahan enam individu warga Malaysia, termasuk seorang artis wanita terkenal dari Kelantan, di sebuah hotel di Sungai Golok. Mereka didapati memiliki 6,000 biji pil kuda dan kesemuanya positif dadah jenis methamphetamine. 

Penahanan ini menyorot perhatian terhadap penyalahgunaan dadah berbahaya dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama di sempadan Malaysia-Thailand. 

Mengapa ada yang mengambil pil ini? Lihat penerangan lanjut di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Apa itu pil kuda? Amfetamin untuk apa?

Pil kuda adalah nama jalanan bagi sejenis dadah yang mengandungi methamphetamine, sejenis amfetamin yang bertindak sebagai perangsang sistem saraf pusat. 

Amfetamin untuk apa? Amfetamin adalah sejenis dadah yang merangsang aktiviti otak, meningkatkan tenaga dan menekan selera makan. 

Ia biasanya dihasilkan dalam bentuk pil berwarna merah, merah jambu, oren, atau hijau limau, dengan logo seperti “R” atau “WY”.

Kenapa ada yang ambil pil kuda?

Dadah buatkan hidup anda tidak tenang.
Dadah buatkan hidup anda tidak tenang.

Ada pelbagai alasan mengapa sesetengah individu mengambil pil ini, dan kesemuanya berpunca pada keinginan untuk mendapatkan kesan perangsang yang kuat. 

Sebagai contoh, mereka yang mencari sensasi euforia dan peningkatan tenaga sering tertarik kepada amfetamin dadah ini kerana ia memberikan rasa lonjakan semangat, kekuatan fizikal sementara dan peningkatan daya tumpuan

Bagi mereka yang terlibat dalam pekerjaan yang memerlukan tenaga tinggi atau waktu bekerja yang panjang, dadah ini dianggap sebagai penyelesaian segera untuk meningkatkan prestasi dan mengekalkan kewaspadaan. 

Amalan ini juga didorong oleh tekanan untuk terus produktif, terutama dalam sektor-sektor yang memerlukan tenaga fizikal atau jadual yang panjang tanpa rehat mencukupi.

Sebaliknya, bagi golongan muda, amfetamin dadah ini sering dijadikan dadah rekreasi untuk berseronok. 

Di acara sosial, kelab malam, atau parti, dadah ini diambil untuk mencipta suasana santai, meningkatkan keyakinan diri dan menggalakkan interaksi sosial yang lebih terbuka. 

Namun, ramai pengguna tidak menyedari risiko jangka panjang dadah jenis ini, terutama apabila pil ini diambil tanpa pengawasan atau kawalan yang sewajarnya. 

Penggunaan tanpa kawalan bukan sahaja membawa kepada ketagihan fizikal, tetapi juga ketagihan psikologi yang mendalam, di mana individu merasa sukar untuk berfungsi tanpa bantuan dadah ini.

Kesan pengambilan pil ini kepada kesihatan

Pengambilan dadah berbahaya boleh jejaskan fizikal dan mental.
Pengambilan dadah berbahaya boleh jejaskan fizikal dan mental.

Pengambilan dadah ini mempunyai pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan. Antaranya:

  • Masalah mental: Penggunaan berterusan boleh menyebabkan gangguan mental seperti paranoia, halusinasi dan psikosis.
  • Masalah fizikal: Pengguna mungkin mengalami penurunan berat badan drastik, kerosakan gigi dan masalah kulit akibat penggunaan berpanjangan. Pengambilan pil ini secara berlebihan atau berterusan dapat menjejaskan fungsi hati dan jantung, serta meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.
  • Ketagihan: Pil kuda mempunyai potensi ketagihan yang tinggi, menyebabkan penggunanya sukar berhenti walaupun menyedari kesan buruknya.
  • Risiko kematian: Overdose atau penggunaan bersama bahan lain boleh membawa kepada kematian.
Antara kesan penyalahgunaan dadah kepada tubuh.
Antara kesan penyalahgunaan dadah kepada tubuh.

Langkah-langkah pencegahan dan rawatan

Untuk menangani isu penyalahgunaan dadah jenis ini, beberapa langkah pencegahan dan rawatan boleh diambil:

  • Pendidikan dan kesedaran: Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya pil ini melalui kempen pendidikan dan program kesedaran.
  • Penguatkuasaan undang-undang: Memperketat penguatkuasaan undang-undang terhadap pengedaran dan penggunaan dadah berbahaya.
  • Program pemulihan: Menyediakan program pemulihan dan sokongan bagi individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
  • Sokongan keluarga dan komuniti: Menggalakkan sokongan daripada keluarga dan komuniti untuk membantu individu pulih daripada ketagihan.

Kesimpulan

Penahanan enam rakyat Malaysia di Sungai Golok bersama 6,000 biji pil ini telah menarik perhatian ramai kerana ia melibatkan individu terkenal. 

Pil yang mengandungi amfetamin ini digunakan oleh sesetengah individu untuk mendapatkan kesan perangsang seperti peningkatan tenaga dan kewaspadaan. 

Namun, penggunaannya membawa risiko kesihatan yang serius, termasuk ketagihan dan gangguan mental. 

Peringatan!

Oleh itu, pendidikan dan kesedaran mengenai bahaya dadah terhadap kesihatan perlu dipertingkatkan untuk mencegah penyalahgunaannya dalam masyarakat.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Amphetamines. https://adf.org.au/drug-facts/amphetamines/. Diakses November 13, 2024. 

Amphetamines. https://my.clevelandclinic.org/health/drugs/23039-amphetamines. Diakses November 13, 2024.

Substance use – amphetamines. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000792.htm. Diakses November 13, 2024.

Amphetamine (oral route). https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/amphetamine-oral-route/description/drg-20150941. Diakses November 13, 2024.

Amphetamines. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/amphetamines. Diakses November 13, 2024.

Versi Terbaru

14/11/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Komplikasi-Komplikasi yang Berkaitan dengan Penyalahgunaan Dadah

Meth Mouth, Kerosakan Gigi dan Mulut Akibat Dadah


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 14/11/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan