backup og meta

Jangan Uninstall MySejahtera, Buku Pink Mungkin Ada Dalam App Ini Pada Masa Akan Datang!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 26/09/2022

    Jangan Uninstall MySejahtera, Buku Pink Mungkin Ada Dalam App Ini Pada Masa Akan Datang!

    Tahukah anda, MySejahtera app kini telah dilengkapi pelbagai ciri baharu? Dalam update MySejahtera apps yang terbaharu, pengguna kini boleh mengakses rekod imunisasi kanak-kanak dan kesihatan menerusi telefon bimbit masing-masing!

    Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang ditemui pada Progam Ulang Tahun ke-10 IMFeD For Growth (IMFeD), kerajaan sedang berusaha sedaya-upaya untuk melakukan pendigitalan sepenuhnya untuk memudahkan orang ramai mengakses rekod kesihatan masing-masing secara atas talian.

    Untuk mendapatkan ciri baharu ini, anda perlu kemas kini MySejahtera anda. Cara kemaskini mysejahtera adalah melalui Google Playstore/Appstore/Huawei App gallery.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Langkah awal untuk pendigitalan sepenuhnya

    mysejahtera app

    “Ini merupakan langkah awal kementerian untuk Mysejahtera digunakan sebagai pendigitalan maklumat kesihatan yang sebelum ini disimpan secara manual. Dengan adanya kemaskini terbaharu ini, buat kali pertama rakyat Malaysia boleh menyimpan rekod kesihatan peribadi mereka secara digital dalam MySejahtera,” ujar Khairy Jamaluddin.

    Pada masa hadapan, MySejahtera tidak akan lagi menjadi tempat penyimpanan sijil imunisasi semata-mata. Sijil vaksinasi kanak-kanak di bawah Program Imunisasi Kebangsaan juga akan disimpan secara digital dalam MySejahtera supaya ia boleh dibawa ke mana-mana.

    Tambah Khairy lagi, MySejahtera app kini lebih lengkap dan membolehkan pengguna memantau maklumat kesihatan diri sendiri serta tanggungan mereka.

    Buku pink dan derma darah juga akan dimasukkan dalam MySejahtera app

    Pada masa hadapan, maklumat dalam buku pink dan derma darah juga akan dimasukkan ke dalam MySejahtera app. Khairy juga bercita-cita untuk menjadikan MySejahtera sebagai sebuah aplikasi yang lengkap dan komprehensif.

    Khairy meyakinkan semua bahawa aplikasi MySejahtera selamat untuk digunakan. Malah, ciri keselamatan aplikasi tersebut juga sentiasa ditingkatkan untuk mengelakkan sebarang ketirisan data.

    Tambah beliau lagi, data MySejahtera juga disimpan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bukannya oleh pihak ke-3. Justeru, sebarang data di dalam aplikasi tersebut hanya boleh dikongsi dengan persetujuan pemilik.

    Baca juga:

    Apa itu buku pink?

    mysejahtera app

    Buku merah jambu atau buku pink merupakan rekod sejarah kesihatan ibu yang bakal diberikan semasa janji temu di klinik. Istilah buku pink digunakan secara meluas oleh ibu mengandung.

    Melalui rekod dalam buku inilah, doktor dan jururawat dapat mengakses sebarang masalah yang berlaku kepada ibu ketika hamil. Ibu juga perlulah membawa buku ini ketika menghadiri setiap janji temu di Klinik Ibu dan Anak (KKIA).

    Jika buku pink berjaya didigitalkan, pasti segala proses sepanjang kehamilan akan menjadi semakin mudah. Pada masa hadapan, ibu yang hamil hanya perlu menunjukkan MySejahtera app sahaja dan boleh mengakses segala maklumat berkaitan kehamilan di dalam peranti mudah alih.

    Bilakah waktu yang terbaik untuk membuka buku merah jambu? Ibu yang disahkan hamil boleh melakukan janji temu di klinik secepat mungkin untuk membuka buku pink. Wanita digalakkan untuk membuka buku ini selewat-lewatnya apabila kandungan mencecah usia 12 minggu.mysejahtera app

    Buku pink juga mempunyai sticker pelbagai warna. Jika anda ingin tahu apakah maksud pelekat tersebut, anda boleh baca mengenainya dalam artikel kami di sini.

    Tidak kiralah di mana anda merancang untuk bersalin, anda perlu menghadiri janji temu di klinik KKIA berdekatan. Sebelum bertolak, pastikan anda telefon dahulu klinik tersebut untuk menempah tarikh janji temu.

    Selalunya, ibu akan melalui beberapa pemeriksaan fizikal seperti mengukur tinggi dan berat badan. Ibu juga mungkin akan dibekalkan suplemen yang dapat membantu menyokong proses kehamilan.

    Jadi, buat orang ramai di luar sana, jangan lupa update Mysejahtera apps! Jangan pula terus delete daripada telefon bimbit masing-masing. Pada masa akan datang, aplikasi ini akan menjadi lebih penting dan digunakan dengan meluas di negara kita.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 26/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan