“Migrasi adalah pemacu yang kuat kepada pertumbuhan ekonomi, dinamik dan persefahaman. Ia membolehkan berjuta-juta orang mencari peluang baru, memanfaatkan komuniti asal dan destinasi tujuan secara bersama”. Berikut merupakan petikan kata-kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres dalam ucapan beliau sempena memperingati Hari Migran Antarabangsa yang disambut pada 18 Disember setiap tahun. Beliau menekankan mengenai kepentingan proses migrasi yang memberi peluang kepada imigran untuk meneroka peluang-peluang baharu yang bukan sahaja memberikan manfaat kepada tempat asal mereka, malah memberi sumbangan kepada negara-negara yang menjadi tujuan para imigran untuk berhijrah.
Walaubagaimanpun menurut beliau, apabila isu berkenaan migrasi tidak ditangani dengan baik, ianya akan menimbulkan perpecahan samada didalam mahupun diantara masyarakat, mendedahkan imigran kepada eksploitasi dan penderaan oleh pihak yang mengambil kesempatan dan tidak bertanggungjawab selain mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap pentadbiran kerajaan.