backup og meta

Jenama Aiskrim Haagen-Dazs Ada ETO, Bahan Penyebab Kanser, Produk Ditarik Balik Dari Pasaran!

Jenama Aiskrim Haagen-Dazs Ada ETO, Bahan Penyebab Kanser, Produk Ditarik Balik Dari Pasaran!

Peminat aiskrim berjenama premium, Haagen-Dazs pasti terkejut apabila munculnya berita penarikan semula produk aiskrim tersebut dengan perisa tertentu daripada pasaran. Hal ini berikutan dakwaan aiskrim Haagen Dazs Malaysia telah tercemar dengan bahan karsinogen yang boleh menjadi penyebab kanser.

Apakah bahan tersebut dan bagaimana kesannya terhadap tubuh kita?

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Malaysia tarik balik produk aiskrim Haagen Dazs Malaysia perisa vanila!

haagen dazs malaysia

Pada 11 Ogos 2022, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa produk aiskrim Haagen Dazs Malaysia dengan perisa vanila telah ditarik balik daripada pasaran semasa.

Tindakan ini adalah susulan daripada laporan notifikasi European Union Rapid Alerts Systems for Food and Feed (EURASAFF).

Laporan tersebut menyatakan, produk aiskrim jenama ini telah dicemari dengan Ethylene Oxide (ETO) yang merupakan sejenis bahan karsinogen atau penyebab kanser.

Selain itu, Perancis juga turut menarik balik produk serupa yang terkandung ekstrak vanila dari Negara Madagascar, telah dikesan mengandungi ETO secara berlebihan.

Malaysia menerima notifikasi ini memandangkan produk tersebut telah diedarkan ke Malaysia dan beberapa negara lain dari Perancis.

Sewaktu notifikasi tersebut diterima oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada bulan Julai 2022, syarikat yang mengimport dan mengedarkan produk Haagen-Dazs Malaysia telah menarik balik kesemua produk berkaitan secara sukarela daripada pasaran.

Selain itu juga, pihak KKM juga melakukan pemantauan berterusan untuk memastikan produk itu tidak dipasarkan buat sementara waktu. 

Singapura juga bertindak serupa, tarik balik dua lagi produk Haagen Dazs

Pada bulan Julai yang lalu, Singapura telah menarik balik produk aiskrim Haagen-Dazs berperisa vanila susulan laporan pencemaran ETO.

Terbaharu, Singapura turut menarik balik dua lagi produk aiskrim Haagen Dazs iaitu aiskrim perisa Belgian Chocolate dan juga Cookies & Cream.

Menurut Singapore Food Agency (SFA), dua perisa produk terkemuka Haagen-Dazs ini telah ditarik balik disebabkan kewujudan bahan ETO seperti yang terdapat dalam aiskrim perisa vanila sebelum ini. 

Apakah sebenarnya ETO yang terdapat dalam aiskrim Haagen Dazs Malaysia ini?

haagen dazs malaysia

ETO atau Ethylene Oxide merupakan sejenis gas yang tidak berwarna dan sangat mudah terbakar.

Ia banyak digunakan untuk membuat bahan kimia lain dalam proses pembuatan produk seperti racun perosak, tekstil, bahan antibeku, barangan plastik, bahan pencuci dan juga pelekat.

Selain itu, ETO juga digunakan sebagai bahan steril bagi mensterilkan peralatan perubatan yang tidak boleh disterilkan dengan kaedah stim.

Disebabkan kemampuan ETO memusnahkan DNA, maka ia menjadi ejen pensterilan yang paling berkesan.

Akan tetapi, ia juga boleh menyebabkan aktiviti yang menjadi punca kanser atau karsinogen.

Bagaimana ETO boleh berada dalam aiskrim Haagen Dazs Malaysia?

Biasanya, pekerja atau mereka yang tinggal berdekatan fasiliti industri yang menghasilkan atau menggunakan ETO ini lebih mudah terdedah kepada pelepasan ETO tanpa kawalan.

Selain itu, pekerja ladang atau agrikultur yang menggunakan racun dengan kandungan ETO juga boleh terdedah kepada pencemaran gas ini.

Bagi kes produk aiskrim Haagen-Dazs ini, ia mungkin berpunca daripada ekstrak vanila yang diperoleh dari Negara Madagascar tersebut di mana pod atau pokok vanila telah disembur dengan racun perosak mengandungi ETO secara berlebihan.

Ini menjadikan ekstrak vanila dalam pembuatan aiskrim Haagen Dazs telah dicemari dengan ETO melebihi daripada paras selamat. 

ETO boleh sebabkan kanser?

haagen dazs malaysia

Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa Amerika Syarikat (IARC) telah mengklasifikasikan ETO ini sebagai bahan kimia karsinogenik.

Bukti terbaharu mendedahkan bahawa, pendedahan terhadap ETO melalui pernafasan boleh meningkatkan potensi risiko untuk mendapat kanser limfohematopoetik seperti leukemia limfositik, mieloma dan limfoma bukan Hodgkin.

Selain itu, kanser lain seperti kanser perut dan juga kanser payudara juga telah dikaitkan dengan pendedahan terhadap gas ETO ini.

Hubungi Pejabat Kesihatan Daerah jika ragu-ragu dengan produk yang terlibat

Pihak KKM telah meminta semua rakyat Malaysia untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi mendapatkan pengesahan sekiranya masih berasa ragu-ragu dengan produk Haagen Dazs Malaysia yang terlibat dengan pencemaran ETO.

Buat masa sekarang, hentikan dahulu sebarang pembelian aiskrim jenama ini dengan perisa yang telah dinyatakan sehingga pihak KKM mengumumkan ia selamat untuk diambil. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Kenyataan Media KPK 11 Ogos 2022 – Isu Penarikan Semula Produk Aiskrim Berjenama Haagen-Dazs Dari Pasaran Eropah Yang  Mengandungi Bahan Ethylene Oxide (ETO). https://kpkesihatan.com/2022/08/11/kenyataan-media-kpk-11-ogos-2022-isu-penarikan-semula-produk-aiskrim-berjenama-haagen-dazs-dari-pasaran-eropah-yang-mengandungi-bahan-ethylene-oxide-eto/. Accessed on August 12, 2022. 

Recall of Häagen-Dazs Belgian Chocolate and Cookies & Cream Ice Cream from France due to presence of Ethylene Oxide. https://www.sfa.gov.sg/docs/default-source/default-document-library/sfa-media-release—recall-of-h%C3%A4agen-dazs-belgian-chocolate-and-cookies-cream-ice-cream.pdf. Accessed on August 12, 2022.

Hazardous Air Pollutants: Ethylene Oxide (EtO). https://www.epa.gov/hazardous-air-pollutants-ethylene-oxide. Accessed on August 12, 2022.

Ethylene Oxide. https://www.cancer.gov/about-cancer/causes-prevention/risk/substances/ethylene-oxide. Accessed on August 12, 2022.

Ethylene Oxide. https://www.cdc.gov/niosh/topics/ethyleneoxide/default.html#:~:text=Ethylene%20oxide%20(C%E2%82%82H%E2%82%84O)%20is%20a,from%20exposure%20to%20ethylene%20oxide. Accessed on August 12, 2022.

Versi Terbaru

12/08/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Bahan Karsinogen Ditemui, Ubat Ranitidine Ditarik Semula

Makan Sarapan Pagi Dengan Aiskrim Katanya Bagus Untuk Otak, Benarkah?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan