home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Bagaimana Sains Data Menyumbang Kepada Penjagaan Kesihatan yang Lebih Baik

Bagaimana Sains Data Menyumbang Kepada Penjagaan Kesihatan yang Lebih Baik

Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri.

Sains data adalah gabungan pelbagai disiplin data, perkembangan algoritma dan teknologi untuk menyelesaikan masalah yang rumit. Pembelajaran berkenaan mesin dan sains data didapati mempunyai kesan yang signifikan terhadap peningkatan penjagaan kesihatan. Anda mungkin tidak menyedarinya tetapi sains data telah digunakan dalam teknologi penjagaan kesihatan melalui banyak modaliti.

Pemantauan dan pencegahan masalah kesihatan

sains data

Maklumat mengenai kadar denyutan jantung, corak tidur, glukosa darah, tahap tekanan atau stres dan aktiviti otak kesemuanya boleh dipantau dengan bantuan sains data. Pelbagai perisian tersedia untuk membantu individu mengubah gaya hidup mereka serta memastikan berat badan mereka berada di bawah kawalan.

Peranti pintar seperti skala dan pedometer serta aplikasi-aplikasi dengan sumber dan proses yang membantu memantau data tingkah laku seseorang membantu membuat satu program kesihatan yang bersesuaian yang boleh direka khusus untuk memenuhi keperluan penggunanya.

Memperbaiki ketepatan diagnosis

sains data

Menurut National Academics of Sciences, Engineering and Medicine, lebih daripada 12 juta individu didiagnosis secara silap setiap tahun di Amerika Syarikat.

Untuk membantu situasi ini, algoritma pembelajaran mendalam yang dapat membaca dan menganalisa data pengimejan (seperti x-ray dan imbasan CT) serta menggabungkannya dengan laporan klinikal dan kajian makmal telah diwujudkan.

Sains data ini dijangka menjadi 70 peratus lebih tepat dalam membantu diagnosis.

Memperbaiki rawatan peribadi dan penjagaan pesakit

sains data

Melalui sains data, menjejaki dan memantau siri kursus klinikal pesakit boleh dilakukan melalui penggunaan teknologi oleh doktor dan ini dapat mengurangkan kadar kematian dan akhirnya membawa kepada hasil perubatan yang lebih baik.

Sains data membuka jalan bagi ketepatan ubat-ubatan yang bukannya dengan memberikan rawatan umum untuk jenis kanser, sebaliknya setiap gejala penyakit itu boleh ditentukan bersama dengan keadaan individu, sejarah perubatan dan maklumat DNA untuk menyesuaikan pelan rawatan yang sesuai berdasarkan pada individu.

Meningkatkan penyelidikan farmaseutikal

sains data

Dalam usaha untuk mencari penawar bagi Ebola dan kanser, sains data kini memungkinkan untuk menggunakan algoritma pembelajaran mesin yang berkuasa yang boleh digunakan untuk menganalisis sampel biologi dari lebih 1,000 pesakit yang mempunyai penyakit-penyakit ini.

Ubat-ubatan tertentu juga telah dihasilkan untuk mengesan sel-sel malignan dan untuk memusnahkan sel-sel ini tanpa ubat yang banyak atau prosedur invasif.

Pelbagai program kecerdasan buatan (AI) juga telah digunakan untuk menemukan dan membantu mencari penawar penyakit seperti HIV / AIDS, Ebola dan Zika.

Penggunaan sains data mengenai kajian senaman: contoh praktikal

Eksperimen saintifik yang dijalankan oleh Tarnopolsky dan rakan-rakannya yang meneliti kesan saintifik dan manfaat senaman terhadap tikus genetik yang iberi cabaran dan dikompromi menunjukkan kesan penyembuhan yang luar biasa oleh aktiviti senaman dalam membalikkan kesan negatif gen yang rosak. Ini mengilhamkan lagi penyelidikan yang akan dijalankan terhadap pesakit dengan gangguan genetik. Seperti yang dipetik oleh Tarnopolsky yang merawat pesakit dengan gangguan genetik, “Terapi yang paling berkesan untuk pesakit saya sekarang adalah senaman.”

Selain itu, penyelidikan baru-baru ini juga telah mendedahkan manfaat senaman bukan sahaja kepada jantung, otot, paru-paru dan tulang tetapi juga kepada otak di mana ia telah dikaitkan dengan penurunan kemurungan, meningkatkan daya ingatan dan meningkatkan pembelajaran pantas.

Sememangnya sains data dalam industri kesihatan sangat penting untuk pengurusan kesihatan yang berkesan. Sudah tiba masanya untuk anda menggunakannya menerusi penggunaan perisian, aplikasi dan perkhidmatan kesihatan yang tersedia untuk mengoptimumkan kesihatan anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Pamilia Lourdunathan Disemak pada 03/12/2019