home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

16 Oktober: Memperingati Hari Anestesia Sedunia

16 Oktober: Memperingati Hari Anestesia Sedunia

Pernahkah anda terfikir apa yang akan berlaku kepada dunia perubatan tanpa anestesia? Jangankan pembedahan major seperti jantung, paru-paru dan usus, membuang ketumbuhan kecil di kulit atau berkhatan pun akan menjadi satu prosedur yang berat.

Anestesia atau bius merupakan satu bidang yang sangat penting. Terdapat dua jenis bius:

  • Lokal. Pesakit dalam keadaan sedar dan bius melibatkan bahagian tertentu pada tubuh. Bius lokal digunakan dalam prosedur ringan atau yang melibatkan bahagian bawah pusat.
  • Umum. Pesakit dalam keadaan tidak sedar. Seluruh badannya dalam keadaan bius. Jenis ini digunakan dalam pembedahan major atau melibatkan bahagian atas pusat.

Anestesia terdapat dalam beberapa bentuk iaitu gas dan cecair. Setiap bentuk digunakan dalam situasi yang berbeza dengan tujuan tertentu.

16 Oktober 1846 detik bersejarah dalam dunia anestesia

Sejarah anestesia telah bermula sejak beribu tahun dahulu. Antara catatan terawal ialah pada 4000 tahun sebelum Masihi di mana penemuan opium yang dipercayai digunakan oleh bangsa tamadun Sumeria yang terletak di sebahagian negara Iraq moden.

Perkembangan terus berlaku dengan pelbagai teknik dan kaedah untuk menghasilkan alat dan ubat bius. Pada 16 Oktober 1846, seorang doktor gigi Amerika, William T. G. Morton telah mencipta sejarah apabila berjaya menjalankan pembedahan pertama di bawah pengaruh anestesia gas di khalayak ramai.

Pembedahan pertama di bawah pengaruh anestesia gas. Sumber: https://www.woodlibrarymuseum.org/history-of-anesthesia/

Pembedahan tersebut berjalan di Massachusetts General Hospital (Fakulti Perubatan Harvard hari ini) dan telah mendapat liputan media yang meluas sehingga menarik minat doktor lain untuk mencubanya. Ketika itu jugalah perkataan “anesthesia” yang berasal daripada bahasa Greek mula digunakan.

Tarikh 16 Oktober kemudian disambut sebagai Hari Anestesia Sedunia.

Doktor bius, hero yang tidak didendang

Apabila bercakap tentang pembedahan, kebiasaannya tukang bedah akan dilihat sebagai pemain utama. Namun, ramai orang lupa tentang peranan doktor bius yang sangat penting.

Doktor bius perlu datang sebelum pesakit dibawa masuk ke dalam dewan bedah untuk menjalankan pemeriksaan ke atas pesakit dan mereka perlu berada di sisi pesakit sepanjang pembedahan sehingga pesakit sedar. Meskipun tidak melakukan pembedahan, kestabilan pesakit sepanjang pembedahan adalah di bawah tanggungjawab mereka.

Tanpa mereka, satu pembedahan pun tidak akan dapat dijalankan dengan berjaya. Terima kasih doktor bius!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

History of Anesthesia – https://www.woodlibrarymuseum.org/history-of-anesthesia/

What’s to Know About General Anesthesia – https://www.medicalnewstoday.com/articles/265592.php

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 16/10/2018
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x