Abses anus adalah keadaan perubatan yang boleh memberi kesan serius yang negatif kepada gaya hidup dan aktiviti harian anda.
Sungguhpun begitu, apa sebenarnya abses dubur, apa yang menyebabkannya berlaku, simptom-simptomnya dan apakah diagnosis keadaan ini?
Artikel di bawah ini akan memberikan anda maklumat lanjut tentang perkara ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.
Apakah itu abses anus?
Abses dubur adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan keadaan yang sangat menyakitkan di mana nanah muncul berhampiran dengan kawasan dubur.
Kebanyakan abses dubur disebabkan oleh jangkitan dari kelenjar anus kecil.
Abses yang paling biasa dilihat ialah abses perianal. Keadaan ini sering berlaku sebagai kesan menyakitkan yang menyerupai pembengkakan seperti bisul berhampiran dubur.
Apabila anda menyentuh kawasan tersebut, anda mungkin berasa hangat, dan warnanya boleh kelihatan merah. Sebaliknya, abses dubur yang berlaku di dalam tisu-tisu mendalam jarang berlaku, serta kurang kelihatan.
Jenis rawatan yang paling biasa untuk abses dubur ialah penyaliran dan insisi pembedahan. Setelah dilakukan oleh pakar bedah yang mahir, kaedah ini terbukti berjaya membuang abses dubur.
Kira-kira 50% pesakit yang mengalami abses dubur juga akan mengalami komplikasi yang dikenali sebagai fistula.
Fistula merupakan sebuah terowong kecil yang menghubungkan kawasan abses dan kulit secara tidak normal.
Dalam kes-kes tertentu, fistula dubur boleh menjadi punca saliran yang berterusan/berulang. Pembedahan adalah penting untuk merawat hampir semua fistula dubur.
Simptom-simptom Abses anus
Simptom-simptom superfisial (permukaan) biasanya merangkumi:
- Tahap kesakitan yang berbeza, dari sakit berdenyut yang tetap, dan menjadi lebih teruk apabila duduk.
- Kerengsaan kulit di sekitar kawasan dubur. Ini termasuk tanda-tanda seperti kemerahan, nyeri, dan bengkak.
- Lelehan nanah
- Sembelit atau kesakitan berlaku apabila membuang air besar
Tanda-tanda dan simptom abses dubur dalam termasuklah rasa sejuk, demam, atau rasa lesu.
Kadang-kadang, pesakit yang mengalami abses dubur dalam hanya mengalami demam, kerana ia adalah satu-satunya petunjuk yang menandakan berlakunya jangkitan tersebut.
Fahami puncanya
Abses dubur boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti kelenjar dubur yang tersumbat, jangkitan fistula dubur dan jangkitan seksual.
Walau bagaimanapun, abses dubur ini dapat dicegah sekira menggunakan kondom yang selamat semasa bersetubuh, sama ada melakukan persetubuhan secara oral, dubur atau faraj.
Oleh itu, belajarlah menggunakan kondom dengan betul untuk melindungi diri anda serta pasangan seks anda dari pelbagai jangkitan dan penyakit berbahaya.
Baca juga: