Definisi
Apa itu Vaginosis Bakteria?
Secara asalnya, terdapat banyak bakteria yang baik dan beberapa bakteria buruk yang berada di dalam vagina. Apabila keseimbangan normal bakteria rosak, seseorang wanita mungkin akan mengalami Vaginosis Bakteria. Dengan Vaginosis Bakteria, ia boleh meningkatkan risiko anda terhadap STD.
Apakah kebarangkalian Vaginosis Bakteria?
Keadaan kesihatan ini adalah sangat biasa. Ia biasanya menjejaskan lebih ramai wanita berusia antara 15 hingga 44 tahun. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Vaginosis Bakteria?
Gejala umum Vaginosis Bakteria ialah:
- Lelehan putih atau kuning yang berbau dari faraj.
- Bau hanyir dan menjadi lebih teruk selepas seks.
- Gatal-gatal pada faraj.;
- Rasa pedih semasa membuang air kecil.
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Anda harus menghubungi doktor anda jika terdapat yang berikut:
- Anda mempunyai lelehan dari vagina yang berbau dan bersama demam.
- Anda telah mengalami jangkitan vagina sebelum ini, tetapi warna dan konsistensi lelehan anda kelihatan berbeza pada kali ini.
- Anda mempunyai pasangan seks yang ramai atau yang baharu. Kadangkala, banyak sebab lain yang menyebabkan lelehan vagina yang tidak normal, termasuk jangkitan seksual (STIS).
- Anda mencuba rawatan diri untuk jangkitan yis dengan rawatan ubat belian kaunter namun simptom anda berterusan.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Punca
Apakah punca Vaginosis Bakteria?
Lazimnya bakteria “baik’ (Laktobasili – Lactobacilli) adalah lebih banyak daripada bakteria “buruk’ (Anaerob – Anaerobes) dan ia menghasilkan keadaan yang baik untuk faraj anda. Tetapi jika terdapat terlalu banyak bakteria Anaerob, ia akan mengganggu keseimbangan semula jadi mikro organisma dalam vagina dan menyebabkan Vaginosis Bakteria.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Vaginosis Bakteria?
Terdapat banyak faktor risiko untuk Vaginosis Bakteria, seperti:
- Mempunyai pasangan seks yang ramai atau yang baru. Walaupun kaitan antara aktiviti seksual dan Vaginosis Bakteria tidak dapat disimpulkan, namun keadaan ini sering berlaku pada wanita yang mempunyai pasangan seks yang ramai atau yang baharu. Vaginosis Bakteria juga berlaku lebih kerap pada wanita yang mempunyai hubungan sejenis.
- Amalan membilas vagina anda dengan air kotor atau agen pembersih (douching) boleh mengganggu keseimbangan semula jadi faraj anda.
Kekurangan bakteria Laktobasili secara semula jadi. Jika persekitaran vagina secara semula jadinya tidak menghasilkan cukup bakteria Laktobasili, anda lebih cenderung untuk mempunyai Vaginosis Bakteria.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Vaginosis Bakteria didiagnosis?
- Doktor anda boleh bertanya soalan-soalan mengenai sejarah perubatan anda seperti jangkitan vagina sebelumnya atau jangkitan seksual.
- Melakukan pemeriksaan pelvis. Semasa pemeriksaan pelvis, doktor anda secara visual akan memeriksa vagina anda untuk tanda-tanda jangkitan, kemudiannya memasukkan dua jari ke dalam vagina anda sambil menekan pada perut anda dengan tangan yang lain untuk memeriksa organ pelvis bagi tanda-tanda yang mungkin menunjukkan penyakit.
- Ambil sampel lelehan vagina. Doktor anda boleh memeriksa rembesan vagina di bawah mikroskop, mencari “sel-sel petunjuk,’ sel vagina yang diliputi dengan bakteria yang merupakan tanda Vaginosis Bakteria.
Uji pH vagina anda. Doktor anda boleh memeriksa keasidan vagina anda dengan meletakkan jalur ujian pH dalam vagina. PH vagina 4.5 atau lebih tinggi adalah tanda Vaginosis Bakteria.
Bagaimana pesakit Vaginosis Bakteria dirawat?
Untuk merawat Vaginosis Bakteria, doktor anda mungkin akan memberikan salah satu ubat berikut:
- Metronidazole (Flagyl, Metrogel-Vaginal, yang lain). Ubat ini boleh diambil sebagai pil melalui mulut. Metronidazole juga boleh didapati sebagai gel topikal yang dimasukkan ke dalam vagina anda.
- Clindamycin (Cleocin, Clindesse, yang lain). Ubat ini boleh didapati sebagai krim yang dimasukkan ke dalam faraj anda
- Tinidazole (Tindamax). Ubat ini diambil melalui mulut.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Vaginosis Bakteria?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani Vaginosis Bakteria:
- Kurangkan kerengsaan vagina. Gunakan sabun yang lembut dan tidak menyahbau, serta tampon atau pad yang tidak berbau (tidak wangi).
- Jangan amalkan douche. Oleh kerana vagina berupaya bersih dengan sendiri, douche pada vagina adalah tidak diperlukan.
- Elakkan jangkitan seksual. Gunakan kondom lateks bagi lelaki, batasi jumlah pasangan seks anda atau elakkan bersetubuh untuk mengurangkan risiko jangkitan seksual.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
[embed-health-tool-ovulation]