backup og meta

Bayi Menyusu Badan Sebab Itu Period Tidak Teratur? TAK SEMESTINYA! Ia Mungkin Kerana Hormon Ini...

Bayi Menyusu Badan Sebab Itu Period Tidak Teratur? TAK SEMESTINYA! Ia Mungkin Kerana Hormon Ini...

Setiap wanita yang wujud di muka bumi ini pasti akan mengalami kitaran haid sekiranya kitaran menstrual mereka berada pada tahap normal.

Namun ada juga yang akan mengalaminya pada waktu yang tidak tetap ekoran beberapa sebab yang tertentu.

Lebih mengejutkan, ada wanita yang akan mengalami period tidak teratur semasa mereka menyusukan bayi.

Kenapa? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya dengan lebih mendalam lagi!

period haid

Wanita & kitaran haid

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita belajar mengenai definisi kitaran haid ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, kitaran haid atau period adalah sejenis pendarahan yang berlaku secara berkala atau lebih tepat lagi bulanan buat wanita melalui faraj.

Ia berlaku ekoran ovari mengeluarkan telur lalu terjadinya ovulasi dan proses ini akan berlanjutan sekurang-kurangnya 3 ke 5 hari bergantung kepada individu.

Kitaran haid juga adalah penting bagi menghasilkan bahan kimia badan yang penting dipanggil hormon, untuk menyediakan tubuh badan ketika kehamilan kelak.

Selain keluar darah melalui faraj, berikut merupakan antara simptom lain kitaran haid:

  • Sakit kepala
  • Sakit belakang
  • Sakit sendi
  • Kejang abdomen
  • Sukar tidur
  • Payudara bengkak dan sakit
  • Perubahan selera makan
  • Perubahan emosi diri
  • Cirit-birit

Namun harus diingatkan di sini bahawa kesemua simptom-simptom yang dinyatakan adalah normal dan biasa berlaku ketika anda sedang period.

Apa yang perlu dijadikan kebimbangan adalah apabila period tidak teratur terjadi!

Apa punca sebenar period tidak teratur?

Period tidak teratur atau turut dikenali sebagai oligomenorrhea – jumlah bilangan haid yang dialami kurang dari 6 hingga 8 kali setahun.

Kitaran haid tidak teratur dialami jika jarak antara haid anda kerap berubah dan ia mungkin datang lebih awal atau lebih lewat daripada kebiasaan.

Persoalannya, kenapa perkara ini terjadi agaknya?

Berikut adalah antara pencetus yang mungkin boleh menjadi penyebab mengapa kitaran haid tidak teratur:

Perubahan fizikal atau emosi

  • Tekanan yang melampau
  • Senaman yang berlebihan
  • Penyalahgunaan bahan tertentu
  • Pengambilan ubat tertentu
  • Perubahan berat badan secara mendadak
  • Gangguan pemakanan seperti tidak mendapat kalori yang mencukupi

Kondisi kesihatan tubuh badan

  • Sindrom ovari polisistik (PCOS)
  • Gangguan tiroid
  • Gangguan pendarahan
  • Diabetes yang tidak terkawal
  • Jangkitan pada saluran reproduktif
  • Kelainan serviks atau faraj
  • Kanser tertentu atau kewujudan ketumbuhan
  • Kondisi kesihatan lain seperti prolaktinoma, kegagalan ovari utama, sindrom Asherman

Kitaran kehidupan dan kehamilan

  • Selepas kitaran haid pertama, 2 hingga 3 tahun selepas haid bermula
  • Perimenopaus, kitaran haid akan berakhir
  • Kehamilan
  • Baru lepas bersalin
  • Sedang menyusukan bayi
  • Keguguran berulang kali

Kitaran bangun dan tidur

  • Kerja shift atau shift waktu malam
  • Gangguan tidur
  • Jet lag akibat melalui jarak penerbangan atau perjalanan jauh

tambah susu badan

Menyusu badan juga salah satu puncanya?

Apa yang agak mengejutkan jika dilihat pada punca-punca period tidak teratur adalah menyusu badan! Kenapa?

Seperti mana yang kebanyakan kita sudah tahu, kehamilan akan membuat wanita tidak lagi mengalami satu tempoh yang dikenali sebagai datang bulan.

Pun begitu, ketahuilah bahawa tempoh ini akan kembali menjadi normal semula selepas beberapa ketika melahirkan bayi.

Apa yang mengejutkan adalah ia mungkin masih tidak akan datang atau terjadi secara tidak normal kerana menyusukan bayi.

Jawapan kepada persoalan ini adalah terletak kepada hormon di dalam tubuh badan.

Hormon adalah puncanya?

Untuk pengetahuan anda, tubuh badan seorang wanita akan dipenuhi dengan segala nutrien semula jadi yang diperlukan oleh seorang bayi.

Ia akan diberi melalui satu proses penyusuan badan dan ini adalah sangat disarankan untuk ibu melakukannya ekoran pelbagai manfaat yang boleh didapati bukan sahaja pada ibu, bahkan juga si manja.

Ketika ini juga, tubuh badan wanita akan menghasilkan sejenis hormon bernama prolactinis yang membantu penghasilan susu dalam payudara.

Ia terletak pada kelenjar pituitari pada otak dan walaupun ia membantu penghasilan susu, ia akan menghalang atau mengganggu kitaran haid.

Jika lebih kerap kalian menyusukan bayi maka kadar hormon ini akan menjadi lebih tinggi dan banyak lantas menyebabkan period terjejas.

Dalam erti kata lebih mudah, hormon prolactin ini adalah punca mengapa sesetengah wanita mengalami period tidak teratur semasa sedang menyusu badan.

Adakah ia normal?

Jadi, adakah perkara ini normal? Jawapannya adalah mungkin ya dan mungkin tidak!

Namun kalian tidak perlu terlalu risau tentangnya kerana kitaran haid anda akan kembali menjadi normal semula selepas beberapa ketika.

Waktu di mana kitaran haid ini menjadi normal semula adalah tidak sama dan ia berbeza bergantung kepada individu itu sendiri.

Namun mengikut Dr. Karen Leham, kebanyakan wanita akan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan hingga 2 tahun.

Jadi jangan terlalu bimbang mengenai perkara ini okay!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.healthdirect.gov.au/breastfeeding-and-periods
  2. https://www.llli.org/breastfeeding-info/menstruation/
  3. http://familydoctor.org/familydoctor/en/prevention-wellness/sex-birth-control/birth-control/natural-family-planning.printerview.html
  4. https://www.nhs.uk/common-health-questions/pregnancy/when-will-my-periods-start-again-after-pregnancy/
  5. http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/womens-health/in-depth/menstrual-cycle/art-20047186?pg=2

Versi Terbaru

05/09/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Setiap Kali Sebelum Haid Mesti Rasa Pening Kepala? Ini Puncanya, #8 Mengejutkan!

Faraj Lembap Dan Berbau Selepas Haid? Itu Tanda Jangkitan Kulat, Kenal Pasti Puncanya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan