backup og meta

Kesan Jangka Masa Panjang Wanita Merokok

Kesan Jangka Masa Panjang Wanita Merokok
Kesan Jangka Masa Panjang Wanita Merokok

Mutakhir ini, purata golongan wanita merokok kian melonjak ke tahap yang membimbangkan. Malahan di beberapa negara seperti Chile, Sweden, Uruguay, New Zealand dan Amerika Syarikat, bilangan golongan perokok wanita melebihi golongan perokok lelaki.

Persoalannya, apakah punca sebenar wanita merokok dan apakah kesan jangka panjang yang akan mereka hadapi pada masa hadapan kelak?

Jom baca artikel ini untuk ketahuinya dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Mengapakah wanita merokok?

Fenomena wanita merokok semakin meningkat, dan terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada trend ini seperti:

#1. Pengaruh rakan sebaya

Menurut laporan daripada National Institutes of Health pada tahun 2012, waktu yang paling kritikal bagi individu mula merokok adalah ketika gred ke 6 atau 9 di sekolah.

Ini menunjukkan individu akan mula merokok disebabkan masalah sosial dan keinginan untuk nampak hebat atau matang.

Remaja yang kurang keyakinan diri juga cenderung untuk mula merokok disebabkan pengaruh rakan sebaya ataupun keinginan mereka sendiri.

#2. Tekanan, antara penyebab wanita merokok

wanita merokok
Tertekan dengan bebanan di tempat kerja.

Sebuah kajian daripada British yang mengasaskan No Smoking Day peringkat kebangsaan menyatakan tekanan merupakan antara punca utama 1/3 daripada golongan perokok wanita mula merokok.

Kajian ini dapat dibuktikan lagi dengan kenyataan bahawa lelaki mula merokok untuk menghiburkan diri sementara wanita pula mula merokok kerana menganggap merokok dapat mengawal dan melegakan tekanan.

#3. Mengurangkan berat badan

Merokok seringkali dikaitkan dengan kekurangan berat badan. Ini kerana merokok dapat memberi kesan negatif terhadap proses metabolisme dalam badan individu sekaligus menyebabkan kekurangan berat badan.

Ini merupakan antara punca utama wanita yang mengalami masalah berat badan berlebihan untuk mula merokok.

#4. Keterbiasaan

Bagi golongan perokok tegar, merokok merupakan suatu gejala yang biasa dan normal bagi mereka.

Kajin menunjukkan bahawa golongan perokok tegar menganggap tabiat merokok sebagai satu ritual seharian dan mereka sendiri tidak menyedari bila dan mengapa mereka mula merokok.

Antara punca lain yang mengundang kepada ketagihan tembakau adalah keinginan perokok wanita itu sendiri untuk menonjolkan diri dan melawan kongkongan daripada ibu bapa yang hanya menginginkan mereka untuk jadi lebih feminin.

wanita merokok
Cara mudah untuk berhenti merokok.

Apakah kesan jangka masa panjang perokok wanita?

#1. Masalah kesuburan

Menurut kajian, ketidaksuburan dalam kalangan wanita yang merokok adalah dua kali ganda berbanding wanita yang tidak merokok. Ini disebabkan oleh kerosakan pada tiub fallopio dan telur wanita selain berlakunya perubahan kondisi serviks.

Sekalipun sudah mendapatkan rawatan kesuburan seperti IVF, mereka hanya mempunyai peluang untuk hamil yang rendah iaitu sebanyak 30 peratus sahaja berbanding mereka yang tidak pernah merokok.

#2. Keguguran dan pelbagai lagi komplikasi kehamilan

Tabiat merokok akan menyebabkan kekurangan oksigen dalam badan anda.

Jika anda masih merokok semasa sedang hamil, peluang untuk anda mengalami komplikasi kehamilan seperti keguguran, kandungan luar rahim, kelahiran bayi pramatang atau kandungan meninggal dunia sebelum dilahirkan.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu perokok juga berpotensi untuk mengalami risiko Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).

#3. Kanser paru-paru, salah satu akibat perempuan merokok

Menurut kajian yang dikeluarkan pada tahun 2013, perokok wanita mempunyai risiko sebanyak 17.8 kali lebih daripada wanita yangt tidak merokok untuk menghidapi kanser paru-paru.

Manakala lelaki yang merokok pula mempunyai risiko sebanyak 14.6 kali lebih daripada lelaki yang tidak merokok. Kedua-dua kajian ini menunjukkan merokok akan mendatangkan penyakit yang sangat serius kepada kedua-dua jantina namun lebih memberi kesan kepada perokok wanita.

Antara masalah kesihatan yang akan timbul akibat perempuan merokok adalah osteoporosis, penyakit gusi, ulser, katarak, rheumatoid arthritis serta mengakibatkan menopaus awal.

Selain itu, golongan perokok juga mempunyai sistem penyembuhan yang sangat lemah dan mempunyai kadar survival yang sangat rendah untuk sembuh daripada sebarang pembedahan.

Kesimpulan

Wanita merokok bukan lagi satu perkara asing dalam masyarakat hari ini. Namun, hakikatnya ia adalah satu tabiat yang membawa kemudaratan. Ingat! Pilih dengan bijak, kerana kesihatan adalah aset paling berharga!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Men smoke to have fun, but for stressed-out women, it’s all about preserving inner calm http://www.dailymail.co.uk/health/article-2292606/Men-smoke-fun-stressed-women-preserving-inner-calm.html Accessed February 23, 2017

Smoking Peer Pressure Facts http://www.livestrong.com/article/245384-smoking-peer-pressure-facts/ Accessed February 23, 2017

21st-Century Hazards of Smoking and Benefits of Cessation in the United States http://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJMsa1211128#t=articleTop Accessed February 23, 2017

Why is smoking more harmful for women? http://timesofindia.indiatimes.com/life-style/health-fitness/health/why-is-smoking-more-harmful-for-women/articleshow/11399148.cms Accessed February 23, 2017

Versi Terbaru

27/03/2025

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Ada 7 Cabaran Kesihatan Untuk Wanita Bekerjaya! Bagaimana Cara Mengatasinya?

Ada 7 Cabaran Kesihatan Untuk Wanita Bekerjaya! Bagaimana Cara Mengatasinya?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 5 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan