Tubuh yang sihat akan mengeluarkan segala jenis hormon yang diperlukan untuk memastikan badan dapat berfungsi pada tahap yang optimum. Akan tetapi, bagaimana pula jika mengalami masalah hormon tidak seimbang?
Bagi individu yang mengalami hormon tidak seimbang, badan akan merasai kesannya apabila mengalami kekurangan nutrien, tekanan yang berlebihan dan bertoksik.
Oleh itu, keseimbangan memainkan peranan yang penting dan menjadi aspek paling utama dalam kesihatan seseorang wanita.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Fahami fungsi-fungsi hormon
Hormon ditugaskan sebagai penghantar bahan kimia badan anda.
Ia dihasilkan oleh kelenjar endokrin dan bahan kimia yang penting ini bergerak di sekitar aliran darah anda untuk menghantar isyarat kepada tisu dan organ apa yang harus dilakukan.
Selain itu, hormon akan bantu mengawal majoriti daripada proses utama badan anda dan ini termasuklah organ pembiakan dan metabolisme.
Namun begitu, jika masalah hormon tidak seimbang, anda akan mempunyai sama ada terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon tertentu.
Apabila perkara ini berlaku, bahkan perubahan yang kecil boleh memberi kesan serius kepada seluruh tubuh badan anda.
Artikel ini akan membincangkan ciri-ciri hormon tidak seimbang supaya anda boleh tahu tindakan apa yang wajar dilakukan.
4 tanda anda mempunyai hormon tidak seimbang:
-
Insomnia dan kualiti tidur yang rendah
Ini berlaku terutamanya ketika dalam fasa perimenopaus dan menopaus, ovari secara beransur-ansur akan menghasilkan jumlah estrogen dan progesteron yang lebih sedikit.
Perkara ini akan mengakibatkan kualiti tidur anda terganggu dan juga akan menyumbang kepada kekurangan tenaga dan kelesuan.
Tahap estrogen yang rendah turut boleh menyumbang kepada badan berpeluh pada waktu malam yang mengganggu tidur anda.
Apa yang boleh dilakukan?
Langkah pertama adalah dapatkan diagnosis yang tepat. Jika anda sedang melalui perimenopaus atau menopaus, mungkin anda boleh pertimbangkan terapi penggantian hormon (HRT).
HRT akan memulihkan tahap hormon estrogen dan progestogen dalam badan anda.
Anda juga boleh melakukan perubahan dalam perkara harian anda seperti memakai baju tidur yang diperbuat daripada kapas, memastikan bilik tidur anda selesa dan sejuk, bersenam, mengurangkan pengambilan kafein dan sebagainya.
-
Haid yang banyak atau menyakitkan
Ketahuilah bahawa jika haid anda mempunyai ciri-ciri berikut, anda mungkin mempunyai fibroid:
- Kerap kencing
- Sakit di bahagian bawah belakang
- Terasa sakit ketika bersenggama
- Sakit pada bahagian perut
Fibroid ialah ketumbuhan yang tumbuh di sekitar dan di dalam rahim namun ia kebiasaannya tidak mempunyai risiko kanser.
Punca-punca fibroid masih belum diketahui, walaupun ia sering dikaitkan dengan jumlah estrogen dan sejarah keturunan keluarga.
Apa yang boleh anda lakukan?
Sekiranya anda menderita akibat simptom-simptom ini, dapatkan khidmat nasihat pakar kesihatan agar dapat diberikan preskripsi ubat bagi mengecutkan fibroid.
Namun jika ubat-ubatan tidak mampu menyelesaikan masalah ini, pembedahan mungkin terpaksa dilakukan bagi membuang fibroid tersebut.
-
Mood swings:
Hormon seks wanita iaitu estrogen mempunyai kesan pada neurotransmiter di otak dan ini termasuk serotonin, sejenis bahan kimia yang meningkatkan mood.
Perubahan dalam estrogen boleh menyebabkan sindrom pramenstruasi atau lebih dikenali sebagai PMS.
Selain itu, mood depresi juga boleh terjadi ketika dalam fasa perimenopaus dan menopaus, ia menyebabkan berlakunya hormon tidak seimbang.
Apa yang boleh dilakukan?
Jika perubahan emosi ini menyulitkan anda daripada melakukan aktiviti dalam rutin harian, mungkin anda harus mengubah beberapa aspek dalam kehidupan anda.
Perubahan gaya hidup dapat dilakukan seperti mengambil diet pemakanan yang seimbang, berhenti merokok, bersenam dan sebagainya.
-
Masalah libido rendah:
Mempunyai libido yang rendah akan menjadi perkara yang biasa dilalui oleh para wanita terutamanya ketika sedang melalui fasa perimenopaus dan menopaus.
Ini kerana tahap estrogen dan testosteron (wanita juga memiliki hormon ini, bukan lelaki sahaja) yang semakin sedikit.
Selain menopaus, kelesuan, tiada mood, kegelisahan mahupun berpeluh pada waktu malam juga akan memberikan impak kepada kehidupan anda terutamanya terhadap hubungan seks anda.
Apa yang boleh anda lakukan?
Jika anda sedang melalui fasa menopaus ini, berunding dengan pakar kesihatan wanita untuk menjalani HRT, ini mungkin merupakan idea yang baik.
HRT akan dapat meningkatkan libido anda berserta mood dan tahap tenaga seseorang individu.
Ia diberikan dalam dos yang amat rendah apabila gel tersebut diletakkan di permukaan kulit dan ia akan membantu masalah hormon tidak seimbang yang anda lalui.
[embed-health-tool-ovulation]