backup og meta

Wanita PCOS Boleh Cuba Terapi Ayurveda, Bantu Baik Pulih Masalah Kesuburan Juga!

Wanita PCOS Boleh Cuba Terapi Ayurveda, Bantu Baik Pulih Masalah Kesuburan Juga!

Perubatan Ayurveda sering dikaitkan dengan pengambilan ubat berasaskan herba. Hakikatnya, fokus rawatan ini lebih daripada sekadar diet herba. Ia juga mementingkan kehidupan sihat untuk cegah atau mengatasi pelbagai kondisi perubatan, termasuklah sebagai cara menyeimbangkan hormon PCOS ( sindrom ovari polisistik).

Wanita yang tercari-cari cara semula jadi untuk memperoleh kelegaan daripada PCOS, boleh mencuba pendekatan rawatan alternatif, Ayurveda.

Ia merangkumi gabungan ramuan, terapi, dan gaya hidup sihat, yang dapat mengawal dan baik pulih simptom berkaitan.

Lanjutkan pembacaan untuk ketahui kesan pengamalan perubatan Ayurveda terhadap wanita PCOS!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.

Sindrom ovari polisistik (PCOS), apa itu?

cara menyeimbangkan hormon

Sebelum penulis kupas mengenai rawatan alternatif ini dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kalian memahami PCOS dengan lebih terperinci.

Sindrom ovari polisistik adalah gangguan hormon yang kerap menjejaskan wanita dalam usia reproduktif.

Selalunya, ia dicirikan oleh kehadiran androgen berlebihan (paras hormon lelaki) dan haid yang tidak teratur atau berlangsung lebih lama daripada kebiasaan.

Apabila wanita memiliki PCOS, ovari mungkin membentuk folikel, sejenis koleksi kecil yang mengandungi cecair dan boleh menggagalkan usaha pelepasan telur (ovum) secara berkala.

Cara menyeimbangkan hormon PCOS melalui perubatan Ayurveda

Rawatan Ayurveda untuk wanita PCOS biasanya merangkumi gabungan ramuan, terapi, dan perubahan gaya hidup, seperti diet.

Penggunaan herba Ayurveda untuk PCOS

Walaupun cara menyeimbangkan hormon PCOS melalui perubatan ini mungkin berbeza-beza dalam kalangan pengamal, namun ia sering melibatkan penggunaan ramuan khusus yang merangkumi:

  1. Kunyit: Kunyit memperolehi warna kuning daripada bahan aktifnya, iaitu kurkumin. Dalam kajian 2017 yang dijalankan pada tikus, kurkumin menunjukkan potensi sebagai agen antiradang dan cara menyeimbangkan hormon untuk mengurangkan daya rintangan insulin.
  2. Ashwagandha: Ashwagandha adalah herba yang turut dikenali sebagai ginseng India atau winter cherry. Ia dapat mengimbangkan paras kortisol untuk membaik pulih stres dan gejala PCOS, menurut kajian 2016 terhadap 52 peserta yang mengalami tekanan kronik.
  3. Kayu manis: Kegunaan kayu manis melebihi sebagai rempah-ratus yang digunakan dalam masakan. Menurut kajian kecil pada tahun 2007, ia secara positifnya dapat mempengaruhi parameter rintangan insulin pada wanita PCOS. 1 kajian pada tahun 2014 pada 45 wanita pula menunjukkan kayu manis mungkin berperanan dalam mengatur kitaran haid penderita PCOS.

Cara menyeimbangkan hormon: Diet Ayurveda

Kebiasaannya, amalan pola pemakanan yang disyorkan oleh pengamal Ayurveda kepada pesakit PCOS adalah serupa dengan diet yang mungkin dicadangkan oleh doktor sebagai cara menyeimbangkan hormon, termasuk:

Terapi Ayurveda

Kajian yang diadakan pada tahun 2012 telah menunjukkan bahawa program yoga berdurasi selama 12 minggu bantu mengurangkan simptom kegelisahan dalam kalangan gadis remaja yang memiliki masalah PCOS.

Justeru, pengamal Ayurveda mengesyorkan gaya yoga, juga digelar sebagai ‘asanas’, seperti:

  • Putaran Bharadvaja (Bharadvajasana)
  • Gaya Mill Churning (Chakki Chalanasana)
  • Gaya Corpse (Shavasana)
  • Gaya Reclining Butterfly (Supta Baddha Konasana)

Tambahan itu, pengamal juga mengesyorkan latihan meditasi dan pernafasan, yang dikenali sebagai ‘pranayamas’ untuk bantu menghilangkan tekanan.

Perubatan Ayurveda untuk masalah kesuburan PCOS

cara menyeimbangkan hormon

Subfertility adalah berbeza dengan infertility (kemandulan).

Untuk pengetahuan pembaca, subfertility didefinisikan ‘kelewatan’ dalam menimang cahaya mata walaupun telah berusaha untuk hamil dan ia boleh menjadi antara gejala PCOS!

Oleh itu, beberapa penyelidikan klinikal telah fokus pada perubatan Ayurveda terhadap subfertility.

Misalnya, kajian pada tahun 2017 terhadap 15 orang pesakit PCOS telah memerhatikan Vamana Karma (muntah terapeutik), bersama dengan pemberian  Yoga-Ikshwaaku seed powder, diikuti oleh Shatapushpadi Ghanavati (formulasi gabungan).

Para penyelidik menentukan bahawa proses ini mungkin berkesan dalam meningkatkan peluang persenyawaan dalam kalangan pesakit PCOS.

Menurut kajian tahun 2010 terhadap 40 peserta yang mengalami subfertility pula, masalah kesuburan yang disebabkan PCOS dapat diselesaikan dengan program 6 bulan:

  • Shodhana (prosedur detoksifikasi dan penyucian)
  • Shamana (rawatan paliatif untuk mengurangkan ketidakselesaan dan melegakan simptom)
  • Tarpana (tawaran yang dibuat untuk entiti yang ‘berkuasa’)

Dapatkan khidmat nasihat doktor sebelum mencuba!

perubatan Ayurveda

Sekiranya anda sedang mempertimbangkan Ayurveda atau opsyen rawatan alternatif lain untuk PCOS, rujuk doktor atau pakar sakit puan terlebih dahulu ya!

Mereka mengetahui perincian kesihatan anda dan sebarang risiko interaksi yang mungkin berlaku dengan ubat-ubatan yang sedang diambil.

Doktor juga boleh menyesuaikan rancangan perubatan PCOS dengan kemungkinan untuk menggabungkan Ayurveda, menghasilkan rawatan yang bersesuaian untuk anda.

Di sini, dapat kita lihat rawatan Ayurveda untuk wanita PCOS biasanya fokus kepada:

  • Terapi, seperti yoga dan senaman pernafasan
  • Ramuan herba, seperti ashwagandha dan kunyit
  • Gaya hidup, meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, dan biji-bijian di samping mengurangkan pengambilan lemak tepu, garam, dan gula halus

Ayurveda boleh menjadi rawatan yang dapat bantu melegakan simptom PCOS, yang melibatkan penggunaan herba untuk meningkatkan kesuburan dan sebagai cara menyeimbangkan hormon.

Jika dilihat, pengamalan rawatan alternatif ini tidak kurang bezanya dengan saranan para doktor berkaitan gaya hidup dan pola pemakanan yang sihat.

Jadi, tiada salahnya mencuba, kan? Namun sebelum itu, dapatkan keizinan daripada doktor bertauliah dahulu okey!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Polycystic ovary syndrome (PCOS). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pcos/symptoms-causes/syc-20353439. Accessed on June 7, 2022.
  2. Clinical efficacy of Vamana Karma with Ikshwaaku Beeja Yoga followed by Shatapushpadi Ghanavati in the management of Artava Kshaya w. s. r to polycystic ovarian syndrome. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6153915/. Accessed on June 7, 2022.
  3. Body Weight Management in Adults Under Chronic Stress Through Treatment With Ashwagandha Root Extract: A Double-Blind, Randomized, Placebo-Controlled Trial. https://dx.doi.org/10.1177%2F2156587216641830. Accessed on June 7, 2022.
  4. Clinical efficacy of Ayurveda treatment regimen on Subfertility with polycystic ovarian syndrome (PCOS). https://dx.doi.org/10.4103%2F0974-8520.68203. Accessed on June 7, 2022.
  5. Clinical Efficacy Of Ayurveda Treatment On Polycystic Ovarian Syndrome. http://www.iosrphr.org/papers/v3i4/Part.3/D0343021025.pdf. Accessed on June 7, 2022.
  6. Effect of holistic yoga program on anxiety symptoms in adolescent girls with polycystic ovarian syndrome: A randomized control trial. https://dx.doi.org/10.4103%2F0973-6131.98223. Accessed on June 7, 2022.

Versi Terbaru

07/06/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Makanan yang Tidak Sesuai Dimakan Bersama Menurut Perubatan Ayurveda

Rupanya Punca Penyakit Wanita PCOS Adalah Faktor Keturunan? Betul Ke?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 07/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan