backup og meta

Ini Komplikasi Berkaitan Pelvis Yang Berisiko Terjadi, Wanita Perlu Ambil Tahu!

Ini Komplikasi Berkaitan Pelvis Yang Berisiko Terjadi, Wanita Perlu Ambil Tahu!

Masalah berkaitan otot pelvik banyak berlaku dalam kalangan wanita. Mengapa? Ini kerana bahagian otot ini terletak berhampiran dengan organ-organ pembiakan yang penting.

Ingin ketahui komplikasi berkaitan tulang pelvik wanita dengan lebih mendalam? Mari ikuti kupasan ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Rahim retrovertedanteverted

Posisi rahim berbeza mengikut wanita. Secara amnya, organ rahim akan condong ke arah pundi kencing yang berada di hadapan.

Rahim terbalik (retroverted)

Rahim terbalik berada pada kedudukan belakang serviks dan bukannya di hadapan.

Bagi pemilik rahim retroverted pula, mereka boleh mengalami simptom seperti:

  • Sakit semasa haid
  • Sukar menggunakan tampon
  • Kerap kencing
  • Mudah mendapat jangkitan saluran kencing
  • Kencing tidak lawas
  • Abdomen bawah tertonjol
  • Sakit faraj atau belakang semasa melakukan hubungan seks

Rahim condong ke depan (anteverted)

Jika anda didiagnosis dengan rahim anteverted, ini bermaksud, rahim berada pada kedudukan condong ke depan pada serviks dan ke arah perut.

Ini adalah posisi normal rahim yang tidak mendatangkan sebarang komplikasi.

Namun, sekiranya kecondongan sangat teruk, anda mungkin akan merasakan tekanan atau kesakitan di bahagian depan pelvis.

Sakit bahagian pelvis

Masalah berkaitan otot pelvik lain adalah kesakitan di bahagian pelvis yang mempengaruhi bahagian bawah perut, yang terletak di antara pusat dan pangkal paha.

Pada sesetengah wanita, sakit pelvis mungkin petanda kekejangan haid, ovulasi atau masalah gastrousus seperti intoleransi makanan. Ia juga berisiko berkembang menjadi masalah yang lebih serius.

Ada ketikanya, sakit pelvis boleh menjadi petanda jangkitan atau masalah berkaitan sistem pembiakan lain di sekitar kawasan tersebut.

Prosedur pembedahan (RASPA)

Prosedur dilation and curettage atau raspa adalah sejenis pembedahan di mana serviks dibuka dan sejenis alatan iaitu curette, dimasukkan ke dalam rahim.

Kemudian, curette digunakan untuk mengikis atau mengeluarkan tisu dari lapisan rahim (curettage).

Mengapa ia dilakukan?

#1 Untuk mendiagnosis keadaan pesakit

Doktor mungkin mengesyorkan sejenis D&C yang disebut sebagai pensampelan endometrium untuk mendiagnosis keadaan berikut:

  • Mengalami pendarahan rahim yang tidak normal
  • Mengalami pendarahan selepas menopaus
  • Doktor menemui sel-sel endometrium yang tidak normal semasa ujian rutin kanser serviks

#2 Untuk merawat keadaan berikut

Semasa melakukan D&C, doktor akan membuang kandungan dalam rahim dan bukan sekadar sampel tisu kecil.

Doktor juga boleh melakukan perkara ini untuk:

  • Membersihkan sisa tisu di rahim selepas keguguran untuk mengelakkan jangkitan atau pendarahan berat
  • Keluarkan kehamilan anggur (molar pregnancy)
  • Rawat pendarahan berlebihan selepas bersalin dengan membersihkan plasenta yang masih ada di dalam rahim
  • Keluarkan polip serviks atau rahim, yang biasanya tidak bersifat kanser (jinak)

Penyakit radang pelvis

Antara komplikasi tulang pelvik wanita yang lain merangkumi penyakit radang pelvis (PID), jangkitan pada organ pembiakan wanita.

Ia selalunya berlaku apabila bakteria menular secara seksual merebak dari faraj ke rahim, tiub fallopio atau ovari.

Gejala-gejala

  • Sakit (bermula daripada tahap yang ringan hingga parah) di bahagian bawah perut dan otot pelvik
  • Keputihan yang tidak normal atau banyak berserta bau yang tidak menyenangkan
  • Pendarahan rahim yang tidak normal, terutamanya semasa atau selepas hubungan seksual, atau antara kitaran haid
  • Sakit semasa persetubuhan
  • Demam menggigil
  • Kesulitan atau kerap kencing

Endometriosis

haid

Endometriosis adalah kondisi di mana tisu yang melapisi bahagian dalam rahim iaitu endometrium tumbuh di luar rahim.

Ia paling kerap melibatkan ovari, tiub fallopio dan tisu yang melapisi pelvis. Dalam kes yang jarang berlaku, tisu endometrium boleh merebak di luar organ pelvis.

Selain menyebabkan kesakitan, masalah kesuburan juga mungkin timbul.

Simptom-simptom

  • Haid yang menyakitkan (senggugut)
  • Sakit saat bersenggama
  • Sakit dengan pergerakan usus atau membuang air kecil
  • Pendarahan berlebihan
  • Kemandulan
  • Tanda dan gejala lain seperti keletihan, cirit-birit, sembelit, kembung atau loya

Sekiranya, ada di antara pembaca yang mengalami kesakitan di bahagian abdomen atau belakang, cuba semak gejala-gejala yang telah penulis kupaskan.

Dikhuatiri simptom yang sedang dialami adalah petanda kepada penyakit-penyakit di atas, yang memerlukan perhatian serius.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/endometriosis/symptoms-causes/syc-20354656
  2. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pelvic-inflammatory-disease/symptoms-causes/syc-20352594
  3. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/dilation-and-curettage/about/pac-20384910#:~:text=Female%20reproductive%20system,-The%20ovaries%2C%20fallopian&text=Dilation%20and%20curettage%20(D%26C)%20is,after%20a%20miscarriage%20or%20abortion.
  4. https://www.mayoclinic.org/tilted-uterus/expert-answers/faq-20058485
  5. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/female-infertility/multimedia/tipped-uterus/img-20008147
  6. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/retroverted-uterus
  7. https://www.cdc.gov/std/pid/stdfact-pid-detailed.htm
  8. https://www.nichd.nih.gov/health/topics/pelvicpain/conditioninfo/causes

Versi Terbaru

25/07/2021

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Keliru Antara Fibroid Dengan Sista Rahim, Nampak Sama Tapi Banyak Beza!

Apa Itu Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS)? Ini Info Lengkap Yang Anda Perlu Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 25/07/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan