Haid datang lewat merupakan masalah yang boleh mencetuskan panik dalam kalangan wanita sehingga ada yang sanggup mengambil ubat untuk turun haid dengan cepat. Walau bagaimanapun, tahukah anda sebenarnya ubat turun haid boleh gugurkan kandungan jika anda sedang positif hamil?
Baca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui jenis ubat turun haid dengan cepat dan bagaimana ia juga boleh mengugurkan kandungan anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Kenapa haid tidak menentu?
Haid yang tidak teratur sebenarnya merupakan masalah yang boleh memberi tekanan kepada golongan ‘Hawa’. Haid datang lambat ini bukan sahaja boleh terlewat dalam beberapa hari, malah boleh juga tidak muncul berbulan lamanya!
Masalah ini juga dikenali sebagai oligomenorrhea di mana jumlah bilangan haid yang anda alami hanya empat hingga sembilan kali sahaja dalam setahun. Darah haid yang keluar juga lebih sikit dari biasa (hipomenorea).
Berikut merupakan beberapa punca haid anda menjadi lambat atau tidak menentu:
- Kehamilan – jika anda positif hamil, anda tidak akan mengalami haid
- Menyusukan anak – prolaktin adalah hormon yang biasanya dihasilkan oleh badan semasa penyusuan dan boleh menjejaskan haid
- Tekanan mental dan fizikal – kekurangan hormon gonadotropin-releasing (GnRH) apabila stres akan menjejaskan proses menstruasi anda
- Sindrom ovari polikistik (PCOS) – tubuh wanita menghasilkan lebih banyak hormon lelaki iaitu adrogen yang boleh menyebabkan ovulasi terjejas dan terhenti.
- Ubat-ubatan – sesetengah ubat yang diambil bagi merawat masalah kesihatan lain juga boleh menyebabkan period anda lambat. Contohnya ubat sawan dan ubat kemurungan.
- Menopaus – fasa berakhirnya period anda

Jenis ubat turun darah period yang anda perlu tahu
Pengambilan ubat turun darah merupakan salah satu langkah untuk anda mengalami haid dengan cepat. Anda boleh menggunakan pil perancang Mercilon (oral contraceptive pill) untuk melancarkan kitaran haid anda.
Untuk makluman anda, pil ini mengandungi dua jenis hormon wanita iaitu ethinyestradiol (estrogen) dan juga desogestrel (progesteron).
Mercilon dianggap sebagai pil perancang dos rendah kerana kandungan hormonnya yang sedikit. Pil ini digunakan juga digunakan untuk mencegah daripada berlakunya kehamilan kerana ia dapat menyekat pelepasan telur dari ovari. Sekiranya tidak ada telur yang dilepaskan, anda tidak boleh hamil.
Pil ini juga boleh menyebabkan lendir pada pangkal rahim anda menjadi lebih pekat yang boleh menghalang sperma daripada masuk ke dalam rahim.
Ubat turun haid boleh gugurkan kandungan seperti mercilon ini akan dapat mencegah kehamilan 99% sekiranya diambil mengikut arahan.
Ubat sunolut boleh gugurkan kandungan juga?

Sunolut adalah sejenis ubat perancang yang kebiasaannya diberikan kepada wanita yang tidak datang haid agar haid dapat dikeluarkan. Ia berbeza dengan pil perancang yang lain kerana hanya mengandungi satu jenis hormon sahaja iaitu hormon progesteron.
Ubat turun haid boleh gugurkan kandungan seperti sunolut ini juga digunakan untuk merawat penyakit lain seperti pendarahan rahim abnormal dan juga endometriosis. Pil ini boleh memberi kesan sampingan juga kepada anda seperti berikut:
Walau bagaimanapun, anda tidak disarankan untuk segera mengambil ubat turun darah ini kerana dikhuatiri sebenarnya punca anda tidak datang period adalah disebabkan anda sedang hamil. Ini kerana ubat sunolut ini juga merupakan ubat turun haid boleh gugurkan kandungan anda.
Kenapa makan ubat turun darah tapi tak period?

Pengambilan ubat untuk turun haid ini memerlukan masa untuk memberikan kesan kepada anda.
Anda disarankan untuk meneruskan jadual pengambilan ubat tersebut disamping memastikan gaya hidup yang sihat dan kurang stres.
Jika anda mengambil ubat turun darah tetapi anda masih juga tidak period, ia berkemungkinan anda sedang positif hamil. Pengambilan pil perancang seperti ubat turun darah harus dihentikan sebaik sahaja anda positif hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, anda disarankan untuk ke klinik berdekatan bagi mendapat konsultasi medikal untuk mengetahui dengan lebih lanjut serta pemeriksaan fizikal sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Jadi, persoalan anda mengenai ubat turun haid boleh gugurkan kandungan ataupun tidak sudah pun terjawab bukan? Namun begitu, anda disarankan untuk merujuk gejala yang anda alami kepada doktor terlebih dahulu untuk pemeriksaan dan penyelidikan lebih lanjut dan rawatan ubat-ubatan yang sesuai untuk anda ambil.