backup og meta

Haid Yang Luar Biasa Mungkin Petanda Penyakit Cyst? Ini Yang Wanita Kena Tahu!

Penyakit cyst atau juga dikenali sebagai sista ovari sememangnya akan menimbulkan kebimbangan kepada para wanita. Namun begitu, tahukah anda bahawa pendarahan haid yang luar biasa juga merupakan salah satu tanda tanda cyst pada wanita?

Haid Yang Luar Biasa Mungkin Petanda Penyakit Cyst? Ini Yang Wanita Kena Tahu!

Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Tanda tanda cyst pada wanita sebenarnya bahaya atau tidak?

Cyst atau sista wanita adalah kantung yang terbentuk pada kulit di dalam atau di luar badan.

Sista ini juga boleh dipenuhi dengan cecair di dalamnya sama ada air, cecair bercampuran protein atau darah, darah beku, darah haid, minyak atau lemak.

Untuk makluman anda, ia sebenarnya boleh terbentuk pada bahagian badan dan kebiasaannya akan muncul pada kulit ovari, buah dada atau buah pinggang.

Kebanyakan sista pada wanita ini adalah bukan penyakit kanser, namun pemeriksaan dengan perubatan diperlukan bagi menolak kebarangkalian risiko kanser ovari.

Sista wanita ini sebenarnya bersifat ketumbuhan yang tidak berbahaya, tetapi ia boleh memudaratkan pesakit jika saiznya menjadi semakin besar dan melebihi enam sentimeter.

Ini kerana keadaan tersebut boleh menyebabkan kitaran haid anda terganggu dan tidak teratur.

Walaupun penyakit ini tidak berbahaya, anda disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor apabila ia semakin membesar hingga empat sentimeter.

Ini bagi membantu anda untuk mengenal pasti ia merupakan kanser ovari ataupun tidak dengan lebih awal lagi kerana kanser juga ada kalanya boleh menyerupai sista.

Sebenarnya terdapat beberapa jenis sista pada wanita yang anda boleh kenali seperti berikut:

  • Functional cyst
  • Endometriosis
  • Corpus luteal
  • Dermoid

tanda tanda cyst pada wanita

Apa simptom cyst dalam rahim?

Tanda tanda cyst pada wanita perlu diambil perhatian dengan teliti supaya anda dapat mengambil langkah pencegahan dari awal lagi.

Sekiranya tanda tanda di bawah ini sering anda alami, sila dapatkan pemeriksaan lanjut bersama doktor. Berikut merupakan beberapa simptom cyst yang perlu anda semak:

Tanda tanda cyst pada wanita #1. rasa sakit pada pelvis

Anda akan berasa sakit pada pelvis iaitu sekitar bahagian kanan atau kiri pelvik di mana terletaknya ovari anda. Ia boleh berlaku dalam tempoh masa yang panjang atau pendek dan kebiasaannya akan makin teruk semasa anda datang haid.

Hormon yang terhasil semasa anda datang haid boleh menyebabkan sista terbentuk dan semakin membesar.

#2. Perut kembung tetapi tidak hamil

Sista ovari juga sebenarnya boleh menyebabkan perut anda kembung dan buncit. Ini kerana cyst sedang membesar di dalam perut anda dan menyebabkan berat badan anda juga bertambah.

#3. Sakit ketika membuang air kecil

simptom cyst wanita

Sukar untuk membuang air kecil juga merupakan salah satu tanda tanda cyst pada wanita. Ini kerana cyst yang wujud telah menyekat saluran air kencing anda.

Tetapi besar kemungkinan juga anda akan kerap kencing apabila cyst menolak pundi kencing anda.

#4. Sakit ketika melakukan seks mungkin tanda tanda cyst pada wanita

Anda mungkin mengalami sista sekiranya anda berasa sakit dan tidak selesa semasa melakukan seks.

Sebenarnya, cyst yang semakin membesar akan berada di belakang rahim iaitu pada kedudukan serviks anda. Ia menyebabkan anda rasa sakit apabila berlaku penetrasi yang dalam.

#5. Pendarahan yang luar biasa ketika haid

Ada kalanya, sista boleh menyebabkan anda mengalami pendarahan yang abnormal sewaktu datang bulan.

Namun begitu, sesetengah wanita juga mengalami pendarahan yang lebih serius, dan anda juga yang tidak datang haid langsung.

Apa makanan penyebab cyst?

makanan penyebab cyst

Berikut merupakan beberapa jenis makanan yang boleh mengaktifkan penyakit cyst yang perlu anda kenali supaya anda dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit cyst ini.

  • Minuman soya dan evening primrose – Kaya dengan kandungan phyto estrogen yang mengalakkan pertumbuhan dan pembesaran cyst.
  • AyamAyam yang disuntik dengan hormon estrogen sebenarnya mempercepatkan kadar pembesaran cyst. Oleh itu, anda disarankan untuk mengambil ayam kampung berbanding ayam biasa yang disuntik dengan hormon estrogen.
  • Gula halus – Menyebabkan ketidakseimbangan hormon utama yang boleh mencetuskan pembetukan sista yang baharu atau yang sedia ada.

Cara check cyst

Jika anda khuatiri anda mengalami sista, anda boleh melakukan beberapa ujian  berikut untuk tujuan diagnosis.

  • Buat ujian kehamilan – sekiranya keputusan anda positif, anda mungkin mengalami sista corpus luteum
  • Ujian ultrasound– ujian untuk memeriksa sista di kawasan rahim menggunakan gelombang bunyi yang tinggi. Doktor akan menganalisis imej yang terhasil dan menentukan lokasi serta jenis sista yang wujud.
  • Laparoskopi – sejenis instrumen kecil yang akan dimasukkan ke dalam abdomen yang membantu doktor untuk melihat ovari dengan lebih jelas.
  • Ujian darah – doktor dapat mengukur tahap hormon seperti hormon perangsang folikel (FSH), hormon lutein (LH), estrogen dan juga progesteron melalui sampel darah yang diambil.

Kesimpulan

Jika anda sering mengalami tanda tanda cyst pada wanita ini, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor.

Jangan sesekali melengahkan masa dan mengabaikan simptom ini kerana penyakit kanser ovari juga menyerupai penyakit ini.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ovarian Cysts. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ovarian-cysts/symptoms-causes/syc-20353405. Accessed on October 20, 2023.

Ovarian Cysts. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9133-ovarian-cysts. Accessed on October 20, 2023.

Ovarian Cysts. https://www.pennmedicine.org/for-patients-and-visitors/patient-information/conditions-treated-a-to-z/ovarian-cyst. Accessed on October 20, 2023.

Ovarian Cysts. https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/o/ovarian-cyst.html. Accessed on October 20, 2023.

Ovarian Cysts. https://www.plannedparenthood.org/learn/health-and-wellness/ovarian-cysts. Accessed on October 20, 2023.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Haid Dua Kali Sebulan? Ini 4 Punca Paling Lazim Berlaku Pada Wanita

7 Punca Pendarahan Selepas Seks, Paling BAHAYA No. 5!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 20 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan