backup og meta

Period Selalu Tak Lawas? Boleh Cuba Petua Tradisional Lancarkan Haid Ini Di Rumah!

Setiap kitaran haid wanita bersifat unik dan berbeza-beza mengikut setiap individu. Ada wanita yang mempunyai kitaran period yang tidak dapat diramalkan dan ada juga yang memiliki kitaran haid yang lebih teratur. Sebenarnya, terdapat cara melancarkan haid secara tradisional yang anda boleh cuba selain menggunakan ubat-ubatan!

Period Selalu Tak Lawas? Boleh Cuba Petua Tradisional Lancarkan Haid Ini Di Rumah!

Jom ikuti kupasan ini untuk mengenal pasti petua tradisional melancarkan haid dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apakah pemicu kepada kelewatan haid wanita?

Sebelum kita mengulas dengan lebih mendalam mengenai cara melancarkan haid, mari kita fahami penyebab kitaran haid wanita terganggu terlebih dahulu supaya masalah ini dapat diatasi dengan lebih berkesan.

Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal adalah antara 21 hingga 35 hari. Haid anda mungkin akan terjadi seperti diramalkan dengan tepat atau sebaliknya.

Manakala, aliran menstruasi pula boleh berlaku antara 2 hingga 7 hari. Walau bagaimanapun, haid anda boleh berubah dari semasa ke semasa, disebabkan faktor yang berbeza.

Untuk makluman anda, perubahan gaya hidup boleh mempengaruhi kitaran haid wanita.

Berikut merupakan beberapa faktor yang menyebabkan tanda2 period tersumbat berlaku:

Apa cara cepat haid dalam 1 jam yang berkesan?

Dalam kebanyakan kes, punca-punca haid tidak teratur sebenarnya boleh diatasi secara semula jadi selain daripada menggunakan ubat-ubatan.

Namun perlu diingatkan, sebelum anda mencuba petua tradisional melancarkan haid ini, sebaik-baiknya dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Berikut merupakan beberapa cara melancarkan haid yang anda boleh cuba:

#1. Menguruskan tekanan dengan baik

punca haid lambat
Cara mengurangkan stres di tempat kerja.

Walaupun kesan stres dan tekanan perasaan adalah berbeza bagi setiap wanita, stres adalah salah satu punca utama perubahan hormon dan haid mereka menjadi tidak teratur.

Kajian menunjukkan bahawa senaman yoga, meditasi dan latihan pernafasan dapat mengurangkan stres, mengawal hormon, dan mengembalikan haid yang teratur.

Cara melancarkan haid #2. Mengekalkan berat badan yang ideal

Cuba kekalkan berat badan anda dalam julat berat badan/ Body Mass Index (BMI) yang sihat secara berperingkat.

Untuk makluman anda, lemak yang berlebihan akan menyebabkan kitaran haid anda terganggu kerana sel lemak yang terkumpul di dalam badan menganggu hormon reproduktif dan insulin wanita.

#3. Dapatkan tidur yang secukupnya, antara petua tradisional melancarkan haid

Tidur lewat boleh mengganggu tahap hormon wanita dan menjejaskan kitaran haid mereka. Walaupun begitu, kesannya juga berbeza-beza terhadap setiap individu.

Secara keseluruhan, pakar telah mengesyorkan golongan wanita untuk mendapatkan waktu tidur sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam untuk kesihatan yang optimal.

#4. Amalkan diet yang lebih sihat

Diet yang seimbang adalah sangat penting kerana ia menyediakan nutrien yang diperlukan untuk kesihatan yang baik dan fungsi tubuh yang optimal.

Jadi, anda disyorkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan anti-radang dengan sifat antioksidan kerana ia dapat membantu memastikan kitaran haid anda kembali teratur.

#5. Ambil vitamin C

buah untuk cepatkan haid
Kelebihan buah oren.

Pengambilan vitamin C dapat membantu meningkatkan tahap hormon wanita dan sekali gus menyelesaikan masalah haid tidak teratur.

Antara buah sitrus dan sayur-sayuran yang boleh diambil adalah:

  • Oren
  • Buah beri
  • Kiwi
  • Bayam
  • Lada benggala merah dan hijau
  • Tomato
  • Brokoli

Cara cepat haid dalam 1 jam #6. Bersenam secara sederhana

Cara melancarkan haid dengan mudah adalah dengan melakukan senaman ringan.

Bersenam secara sederhana dapat merembeskan hormon endorfin sekali gus membantu mengurangkan masalah kemurungan yang dialami.

Namun perlu diingatkan bahawa senaman yang berlebihan akan menyebabkan kitaran haid anda terganggu. Jadi, anda boleh mencuba bersenam dengan senaman yang ringan seperti berjalan kaki, merengangkan badan, berbasikal, dan senaman ping pong.

Bila perlu jumpa doktor?

Dapatkan bantuan profesional jika anda mengalami simptom seperti berikut:

  • Haid anda berhenti sebelum anda berusia 45 tahun
  • Berlaku pendarahan di antara haid atau selepas hubungan seksual
  • Haid anda lebih lama daripada 7 hari
  • Anda tidak mengalami haid lebih daripada 3 kali dalam masa setahun
punca haid terlalu banyak
Penyebab aliran haid terlalu banyak.

Kesimpulan

Kini, anda telah mengetahui cara melancarkan haid dengan cepat. Setiap wanita mempunyai kitaran haid yang unik dan boleh berbeza dari satu individu ke individu yang lain. Faktor-faktor seperti genetik, gaya hidup, pemakanan, dan stres boleh mempengaruhi kitaran haid anda.
Walau bagaimanapun, jika haid anda tidak teratur secara berterusan, rujuklah kepada doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How to Get Regular Periods Naturally. https://fertilityscience.org/how-to-get-regular-periods-naturally/. Accessed on March 17, 2024.

Irregular Periods. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/14633-abnormal-menstruation-periods. Accessed on March 17, 2024.

Exercise, diet & periods. https://www.thewomens.org.au/health-information/periods/healthy-periods/exercise-diet-periods. Accessed on March 17, 2024.

Irregular Periods. https://kidshealth.org/en/teens/irregular-periods.html. Accessed on March 17, 2024.

Haid (Menstruasi). http://www.myhealth.gov.my/haid/. Accessed on March 17, 2024.

Versi Terbaru

21/09/2026

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Malu Aset Kecil, Ini 4 Cara Untuk Besarkan Payudara Tanpa Pembedahan!

5 Punca 'Period' Lambat Datang, No. 2 Penyakit Wanita Paling Merisaukan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan