backup og meta

Cari Cara Bagi Haid Datang Cepat? Ini 5 Mitos Popular Mempercepatkan Haid, Usah Percaya!

Cari Cara Bagi Haid Datang Cepat? Ini 5 Mitos Popular Mempercepatkan Haid, Usah Percaya!

Peliknya apabila masih belum datang bulan lagi walaupun sudah cukup kitaran. Hmmm… Sebenarnya, mungkin ada cara cepat haid dalam 1 jam yang anda boleh cuba. Teruskan baca artikel ini untuk tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Wanita, anda boleh klik di sini.

Apa punca dan kesan lambat datang bulan?

Untuk pengetahuan anda semua, kitaran haid itu sering kali dikatakan normal jika ia terjadi sebulan sekali. Namun, kiraan ini tidak harus dihitung dengan cara bulanan tetapi tempoh kitaran menstruasi.

Kebanyakan wanita normal mempunyai kitaran menstruasi setiap 28 hari sekali, yang akan mula pada hari pertama keluar darah haid iaitu sekitar usia remaja sehingga memasuki usia menopaus.

Sebenarnya, wanita mungkin akan dikatakan lambat datang bulan apabila mereka tidak mengalami haid lebih dari 3 kitaran secara berturutan. Kondisi ini biasa digelarkan dengan nama amenorea.

cara cepat haid dalam 1 jam
Haid yang sudah lama tidak datang.

Terdapat beberapa punca haid datang lewat atau langsung tidak datang, antaranya adalah seperti yang berikut:

Kesannya, ia sudah tentu akan menjejaskan kesuburan sekali gus kehidupan wanita. Jadi, anda yang mengalaminya sudah tentu mahu tahu jika ada sebarang cara cepat haid dalam 1 jam bukan?

Cara cepat haid dalam 1 jam, adakah ia benar?

Adalah agak mustahil untuk mengatakan cara cepat haid dalam 1 jam itu wujud. Ini kerana mungkin hanya ada cara melancarkan haid yang terlambat 1 bulan, itupun masih belum dapat dipastikan keberkesanannya!

Buat wanita yang masih terfikir dan tertanya, berikut beberapa cara melancarkan haid yang terlambat 1 bulan:

#1. Hindari punca lewat datang bulan

Pertama dan paling penting, wanita perlu menghindari daripada punca-punca dan faktor risiko kelewatan haid seperti yang dinyatakan di atas tadi. Ini adalah usaha paling utama yang perlu dilakukan.

Dengannya, anda sudah tentu dapat mengurangkan risiko masalah ini berlaku dan berulang di masa akan datang. Di samping itu juga, ia dapat membantu melancarkan dan menyihatkan kitaran mentruasi!

cara cepat haid dalam 1 jam
Kaedah natural untuk mempercepatkan haid.

#2. Makanan agar haid cepat keluar

Ramai mungkin percaya bahawa ada jenis makanan agar haid cepat keluar. Antara menu yang paling popular adalah isi ikan salmon kerana ia dipercayai mampu memperbaiki keseimbangan hormon.

Pun begitu, menu ini bersama dengan pelbagai lagi makanan termasuk kekacang, sayur, buah dan lain-lain itu tidak wajar dijadikan senjata ajaib kerana ia cuma akan membantu tetapi tidak merawat masalah haid datang lambat.

#3. Cara cepat haid minum apa?

Lanjutan di atas, ada juga wanita yang gemar menyoalkan cara cepat haid minum apa? Di internet, kafein dipercayai sebagai minuman yang mampu merangsang estrogen lantas memicu haid datang cepat.

Lebih hebat lagi, turut ada minuman yang terjual di pasaran dengan poin jualan bagi mempercepatkan proses datang bulan. Sedangkan, ia juga sama seperti di atas yang hanya membantu tetapi bukan merawat.

#4. Vitamin C dengan dos yang tinggi

Menariknya, ramai orang masih percaya jika pengambilan vitamin C dengan dos yang tinggi mampu mempercepatkan haid. Benarkah? Persoalan ini masih lagi belum dapat dijawab sehingga ke hari ini.

Menurut kajian terbitan The Journal of Nutrition, vitamin ini mampu mencetus kontraksi dinding rahim lalu memicu menstruasi. Namun, cara ini juga masih belum dapat dibuktikan lagi secara klinikal.

cara cepat haid dalam 1 jam
Mitos untuk mempercepatkan haid.

#5. Seks boleh mempercepatkan haid?

Terakhir, ada yang mengatakan seks boleh mengawal datang bulan. Adakah ia juga cara cepat haid dalam 1 jam?

Alasannya, aktiviti seksual terutama penetrasi zakar ke dalam faraj itu dikatakan bakal membuat serviks melebar dan membesar secara semula jadi lalu menyebabkan berlakunya kontraksi dan menstruasi.

Dalam pada itu, ia turut dipercayai menyeimbangkan kembali hormon tubuh badan dan mengurangkan stres. Namun, cara ini juga hanya suatu kepercayaan yang belum terbukti berkesan atau berjaya.

Konklusinya, anda perlu dapatkan nasihat dan maklumat daripada doktor tentang cara cepat haid dalam 1 jam yang mungkin telah anda temukan di internet agar ia tidak mengelirukan.

Selepas itu pula, barulah kalian boleh menentukan sebarang rawatan atau ubatan klinikal yang mungkin diperlukan!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Menstrual cycle: What’s normal, what’s not, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/womens-health/in-depth/menstrual-cycle/art-20047186, Accessed Oct 4 2023.
  2. 8 Reasons Why Your Period Is Late, https://health.clevelandclinic.org/why-is-my-period-late/, Accessed Oct 4 2023.
  3. Busting Period Myths, https://familydoctor.org/busting-period-myths/, Accessed Oct 4 2023.
  4. The Truth About 5 Common Period Myths, https://www.chestercountyhospital.org/news/health-eliving-blog/2019/july/period-myths, Accessed Oct 4 2023.
  5. Menstrual Period – Missed or Late, https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/menstrual-period-missed-or-late/, Accessed Oct 4 2023.

Versi Terbaru

21/08/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Haid Berpanjangan Tapi Keluar Sikit-sikit? Ini 9 Puncanya, Ada Yang Disebabkan Penyakit Bahaya!

Wanita Tahu Tak, Ada Cara Nak Bagi Period Datang Cepat Tanpa Perlu Makan Ubat!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan