Penyebab bau mulut sewaktu berpuasa
Semasa berpuasa, badan anda menggunakan lemak sebagai sumber tenaga utama kerana simpanan glikogen di dalam hati dan otot yang kebiasaannya menjadi sumber tenaga sudah habis digunakan. Apabila lemak digunakan, tubuh akan menghasilkan sebatian yang dipanggil keton. Sebatian ini mempunyai bau khas yang dapat dihidu melalui nafas anda.
Selain itu, sewaktu berpuasa kita tidak dibenarkan minum air. Keadaan mulut yang kering juga boleh menyebabkan bau mulut kerana apabila mulut kering, kadar air liur di dalam mulut berkurang. Air liur berfungsi untuk meneutralkan asid yang dihasilkan daripada plak. Air liur juga berperanan untuk menghilangkan sel-sel mati yang terkumpul pada lidah, gusi, dan pipi. Jika sel-sel mati ini dibiarkan, ia boleh menyebabkan mulut berbau.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen