backup og meta

Mulut Berbau Semasa Puasa? Jangan Risau, Ini Cara Jaga Nafas Kekal Segar

Mulut berbau sewaktu berpuasa adalah antara masalah yang sering dialami kebanyakan individu. Keadaan tersebut boleh membuatkan anda berasa tidak selesa dan mengganggu aktiviti harian.

Mulut Berbau Semasa Puasa? Jangan Risau, Ini Cara Jaga Nafas Kekal Segar

Tetapi apakah sebenarnya punca yang menyebabkan bau mulut ketika berpuasa dan adakah cara untuk mengatasinya?

Dapatkan maklumat lanjut tentang Kesihatan Mulut di sini.

Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

Semasa berpuasa, badan anda menggunakan lemak sebagai sumber tenaga utama kerana simpanan glikogen di dalam hati dan otot yang kebiasaannya menjadi sumber tenaga sudah habis digunakan.

Apabila lemak digunakan, tubuh akan menghasilkan sebatian yang dipanggil keton. Sebatian ini mempunyai bau khas yang dapat dihidu melalui nafas anda.

Selain itu, sewaktu berpuasa kita tidak dibenarkan minum air.

Keadaan mulut yang kering juga boleh menyebabkan bau mulut kerana apabila mulut kering, kadar air liur di dalam mulut berkurang.

Air liur berfungsi untuk meneutralkan asid yang dihasilkan daripada plak. Air liur juga berperanan untuk menghilangkan sel-sel mati yang terkumpul pada lidah, gusi, dan pipi.

Jika sel-sel mati ini dibiarkan, ia boleh menyebabkan mulut berbau.

Makanan dan minuman yang anda ambil sewaktu sahur dan berbuka juga boleh mempengaruhi bau mulut.

mulut berbau sewaktu berpuasa
Mulut kering dan tabiat pemakanan boleh menjadi punca bau mulut.

Makanan yang sudah dicerna akan diedarkan ke seluruh tubuh melalui darah, termasuk ke paru-paru.

Jika anda mengambil makanan atau minuman yang mempunyai aroma menyengat maka nafas anda mungkin berbau kurang enak.

Kurang memberus gigi juga boleh menjadi penyebab bau mulut ketika berpuasa.

Untuk membersihkan mulut, memberus gigi sahaja ternyata tidak mencukupi. Anda juga harus menggunakan benang gigi, membersihkan bahagian gusi, hingga membersihkan lidah.

Cara menghilangkan bau mulut untuk selamanya sepanjang berpuasa

1. Bersihkan mulut secara menyeluruh

  • Mulakan dengan memberus gigi menggunakan ubat gigi yang mengandungi florida. Ia berfungsi menghilangkan plak dan sisa makanan. Gosok gigi anda sekurang-kurangnya selama 2 minit.
  • Jangan lupa juga untuk membersihkan lidah. Anda boleh menggunakan alat yang direka khas untuk membersihkan lidah atau kebiasaannya di bahagian belakang berus gigi anda ada disediakan pembersihan lidah.
  • Selepas itu, gunakan benang gigi untuk membersihkan celah-celah gigi. Bahagian ini sering sukar dibersihkan hanya menggunakan berus gigi sehingga boleh mencetuskan pembentukan plak dan menyebabkan bau mulut.
  • Kemudian, anda boleh menggunakan ubat kumur anti bakteria.
mulut berbau sewaktu berpuasa
Berus gigi dengan teknik yang betul.

Lakukan kesemua langkah tersebut selepas makan sahur dan sebelum tidur malam, jangan hanya memberus gigi sahaja kerana memberus gigi hanya mampu membersihkan 60% bahagian mulut anda.

Rujuk doktor gigi anda untuk memilih jenis ubat gigi, berus gigi, dan ubat kumur yang sesuai untuk anda.

2. Kenapa mulut berbau? Merokok ketika sahur

Jika anda terbiasa merokok selepas makan sahur, anda harus mula membiasakan diri supaya menghentikan tabiat tersebut kerana tembakau boleh menyebabkan bau mulut.

Selain itu merokok juga meningkatkan risiko anda mengalami masalah pada gusi yamenyebng boleh menyebabkan bau mulut yang tidak menyenangkan.

3. Minum banyak air putih, bantu hilangkan mulut berbau sewaktu berpuasa

Sewaktu sahur, banyakkan pengambilan air dengan minum air putih. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, keadaan mulut yang kering boleh menyebabkan bau mulut.

Jadi pastikan pengambilan air harian anda mencukupi walaupun ketika berpuasa.

mulut berbau sewaktu berpuasa
Cara untuk memastikan pengambilan air harian mencukupi pada bulan Ramadan.

4. Perhatikan apa yang dimakan

Elakkan mengambil makanan yang berbau menyengat terutama sewaktu sahur.

Ini kerana selepas makanan selesai dicerna, ia akan diedarkan oleh darah ke seluruh tubuh termasuk ke paru-paru dan akhirnya boleh menyebabkan nafas anda berbau kurang enak.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Bad Breath (Halitosis)-Causes. Retrieved from NHS Choices: http://www.nhs.uk/Conditions/Bad-breath/Pages/Causes.aspx. Diakses pada Mac 9, 2016.

Causes and Ways to Overcome Bad Breath When Fasting. https://www.emc.id/en/care-plus/causes-and-ways-to-overcome-bad-breath-when-fasting/. Diakses pada Januari 22, 2026.

Fresh Breath During Ramadan: UNS Expert Shares Tips to Prevent Bad Breath While Fasting. https://uns.ac.id/en/fresh-breath-during-ramadan-uns-expert-shares-tips-to-prevent-bad-breath-while-fasting/. Diakses pada Januari 22, 2026.

Halitosis (Bad Breath). https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/halitosis-bad-breath. Diakses pada Januari 22, 2026.

Bad breath. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bad-breath/symptoms-causes/syc-20350922. Diakses pada Januari 22, 2026.

 

 

Versi Terbaru

22/01/2026

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Kenapa Mulut Rasa Pahit Waktu Puasa? Fahami 5 Punca Yang Sering Berlaku Di Bulan Ramadan

Puasa Tapi Nak Mulut Kekal Segar? Ikut 8 Cara Memberus Gigi Yang Betul Ini


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 3 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?