home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Luka Kanker

Definisi|Simptom-simptom|Punca|Faktor-faktor Risiko|Diagnosis dan Rawatan|Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Definisi

Apakah itu luka kanker?

Luka kanker, atau ulser aphthous, adalah ulser mulut atau luka yang disekelilingnya kecil, warna putih, kuning atau merah. Ia wujud pada tisu lembut di dalam mulut atau di pangkal gusi anda. Tidak seperti luka-luka biasa, luka kanker tidak berlaku di permukaan bibir anda dan ia tidak merebak.

Apakah kekerapan luka kanker?

Luka kanker adalah perkara yang biasa berlaku dan boleh terjadi pada mana-mana individu di semua peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risiko anda. Berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah tanda-tanda luka kanker?

Tanda-tanda biasa bagi luka kanker adalah:

  • Ulser berbentuk bujur dan kecil yang berwarna putih atau kuning;
  • Kawasan merah yang menyakitkan di dalam mulut anda;
  • Rasa kebas di mulut anda.

Mungkin terdapat beberapa tanda yang tidak di senaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai simptom, sila rujuk doktor anda.

Bilakah saya patut berjumpa dengan doktor?

Anda boleh menghubungi doktor jika anda mengalami perkara-perkara berikut:

  • Luka besar;
  • Kewujudan luka-luka;
  • Kesakitan yang luar biasa;
  • Demam tinggi;
  • Cirit-birit;
  • Ruam;
  • Sakit kepala.

Punca

Apakah penyebab luka kanker?

  • Kecederaan ringan pada mulut anda seperti memberus gigi, kecederaan sukan, gigitan pipi yang tidak sengaja;
  • Sensitif pada makanan, terutamanya coklat, kopi, strawberi, telur, kacang, keju, dan makanan pedas atau berasid;
  • Kurang vitamin B-12, zink, folat (asid folik) atau besi;
  • Tindak balas alahan pada bakteria tertentu di dalam mulut anda;
  • Helicobacter pylori, bakteria yang sama yang menyebabkan ulser peptik;
  • Perubahan hormon semasa haid;
  • Tekanan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang boleh meningkatkan risiko saya pada luka kanker?

Terdapat banyak faktor risiko untuk luka kanker, seperti:

  • Sejarah keluarga;
  • Remaja dan orang muda;
  • Wanita

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah luka kanker didiagnosis?

Doktor atau doktor gigi anda boleh mengenalpasti luka kanker melalui pemeriksaan visual memandangkan ujian-ujian tidak perlu dilakukan untuk mendiagnosis luka kanker. Dalam kes-kes yang teruk, anda mungkin akan menjalani ujian-ujian seperti ujian darah, biopsi untuk memeriksa masalah kesihatan yang lain.

Bagaimanakah luka kanker dirawat?

Luka kanker biasanya sembuh dengan sendirinya tanpa rawatan. Jika kesakitan itu teruk, rawatan-rawatan seperti berikut akan diberi:

  • Bilasan mulut antimikrob;
  • Suplimen pemakanan (folat, vitamin b6, vitamin b12, zink);
  • Ubat sapu (benzocaine, fluocinonide, hidrogen peroksida);
  • Pencuci mulut kortikosteroid (dexamethasone).

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah beberapa perubahan gaya hidup atau rawatan sampingan yang boleh membantu saya menguruskan luka kanker?

Berikut merupakan gaya hidup dan rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi luka kanker:

  • Bilas mulut anda menggunakan air garam atau serbuk penaik;
  • Letakkan sejumlah kecil susu magnesia;
  • Elakkan makanan kasar, berasid atau pedas;
  • Letakkan ais pada luka kanker anda;
  • Berus gigi dengan perlahan-lahan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, berunding dengan doktor anda bagi mendapatkan penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria Disemak pada 27/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel