backup og meta

3 Minuman yang Menyebabkan Nafas Berbau

3 Minuman yang Menyebabkan Nafas Berbau

Sekiranya anda berbual  dengan rakan anda dan mendapati bahawa mereka sedang menjauhkan diri, ia mungkin menandakan sesuatu yang agak memalukan. Bau mulut anda. Semua orang tahu bahawa makanan tertentu seperti bawang putih boleh menyebabkan nafas berbau, tetapi terdapat juga minuman tertentu yang boleh memberi kesan kepada bau mulut anda.

Mulut adalah rumah kepada pelbagai spesies bakteria yang menumpang pada makanan yang anda makan, dan apabila bakteria mencerna makanan anda, mereka menghasilkan sebatian sulfur yang berbau, yang seterusnya bertanggungjawab terhadap nafas berbau.

Sebahagian daripada cara mengelakkan nafas berbau adalah dengan kekal terhidrasi tetapi tidak semua cecair sama. Sesetengah minuman sebenarnya akan memberi makan kepada bakteria yang menghasilkan sulfur dan menyebabkan nafas berbau. Ketahui minuman mana yang paling teruk untuk nafas anda, disamping minuman yang boleh membuat bau nafas lebih baik.

Kopi

Jutaan orang mungkin menyukainya, tetapi kebanyakan kita tidak begitu suka tentang satu kesan sampingan yang tidak disukai: nafas kopi. Kopi itu sendiri kaya dengan sulfur berbau, yang menyumbang kepada nafas berbau.

Jika anda berfikir untuk bertukar kepada teh, fikir semula. Terlalu banyak kafein boleh mengeringkan mulut anda, yang meningkatkan bau, kerana air liur membantu membersihkan bakteria dan zarah makanan yang menyebabkan nafas berbau.

Alkohol

Dalam kajian April 2018 yang diterbitkan dalam jurnal Microbiome, para penyelidik meneliti komuniti bakteria contoh daripada air liur lebih daripada 1,000 sukarelawan yang sihat antara umur 55 dan 84. Mereka mendapati kepekatan bakteria “buruk” yang dikaitkan dengan penyakit gusi – antara penyebab nafas berbau- lebih banyak pada mereka yang minum alkohol.

Di samping mengubah bakteria di mulut anda, alkohol juga boleh mencetuskan refluks asid, yang menyebabkan asid perut memasuki tekak, dan asid tersebut mendatangkan bau.

Minuman berkarbonat

Terdapat asid dalam minuman berkarbonat yang menyebabkan asid -tapi asidnya adalah penyebab utama dalam nafas berbau. Asid mengeringkan mulut anda, membolehkan bakteria dan makanan kekal, akhirnya menyebabkan nafas berbau.

Apa yang perlu diminum untuk melawan nafas berbau

Air adalah pilihan terbaik anda. Jadikan tabiat minum air sekadarnya selepas makan. Ini boleh membantu membasuh zarah makanan yang boleh menyumbang kepada nafas berbau.

Air liur adalah 99% air, jadi kekal terhidrat memastikan anda menghasilkan lebih banyak air liur. Air juga tidak berbau dan tidak menyediakan makanan untuk dimakan bakteria, bermakna ia tidak boleh menghasilkan sulfur yang berbau. Semasa anda minum air, ia membersihkan lidah anda daripada bakteria dan sulfur.

Jika air terlalu membosankan untuk anda, tambah beberapa daun pudina untuk kesegaran. Untuk pilihan yang lebih sedap, lakukan infusi dengan sepotong tembikai dan masukkannya ke dalam bekas air dengan beberapa daun basil. Isikan minuman dengan air, dan biarkan dalam peti sejuk selama beberapa jam.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

http://www.health.com/oral-health/drinks-bad-breath

Versi Terbaru

29/11/2019

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Artikel Berkaitan

Selain Gunakan Ubat Farmasi, Ada 7 Lagi Cara Efektif Hilangkan Ulser Lidah Tradisional!

Lelangit Bengkak Dan Merah? 5 Perkara Ini Mungkin Penyebabnya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan