backup og meta

4 Tip Merawat Gigi Sensitif

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/09/2019

    4 Tip Merawat Gigi Sensitif

    Tidak boleh makan aiskrim atau minum air sejuk disebabkan gigi sensitif? Jangan bimbang, anda tidak keseorangan. Masalah gigi sensitif adalah antara masalah gigi yang paling kerap berlaku.

    Agar selepas ini anda boleh menikmati makanan sejuk dengan tenang, ikuti 5 tip merawat gigi sensitif di bawah.

    1. Gunakan ubat gigi untuk gigi sensitif

    toothpaste

    Beberapa jenama ubat gigi di pasaran memang direka khas untuk merawat gigi sensitif. Potassium nitrate yang terkandung di dalam sesetengah ubat gigi membantu mengurangkan gigi sensitif.

    Ia walau bagaimanapun tidak berkesan ke atas semua orang tapi belum cuba belum tahu.

    2. Tukar cara anda memberus gigi

    tooth development

    Tip ni khas untuk mereka yang menggunakan berus gigi keras atau memberus dengan terlalu kasar. Dua tabiat memberus ini boleh menghilangkan enamel pada gigi anda dan menambahkan sensitiviti gigi.

    Mengubah tabiat ini bukanlah sesuatu yang mudah apabila sudah terbiasa selama bertahun-tahun. Namun, kesannya besar.

    3. Elakkan makanan dan minuman berasid

    Buah sitrus, tomato atau air berkarbonat, semuanya adalah berasid. Makanan berasid ini boleh merosakkan enamel yang melindungi gigi anda.

    Hadkan pengambilannya dan berus gigi sekurang-kurangnya 20 minit selepas mengambilnya. Jika anda memberus gigi terlalu awal, ia akan menambahkan lagi kerosakan gigi anda.

    4. Rawat masalah gusi susut

    Kebiasaannya, bahagian akar gigi anda akan dilitupi oleh gusi. Jika anda mengalami gusi susut disebabkan oleh penyakit gusi atau memberus terlalu kasar, akar gigi akan terdedah. Bahagian yang penuh dengan urat safaf ini sangat sensitif.

    Buat temu janji dengan doktor gigi anda.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan