backup og meta

Tanda-tanda Kemurungan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    Tanda-tanda Kemurungan

    Kemurungan adalah gangguan emosi yang menyebabkan perasaan sedih dan kehilangan minat yang berterusan. Ia juga dipanggil gangguan kemurungan utama atau kemurungan klinikal yang mempengaruhi bagaimana perasaan anda, cara anda berfikir dan kelakuan yang membawa kepada pelbagai masalah emosi dan fizikal. Kemurungan bukan sekadar masalah emosi semata, malah ia mungkin memerlukan rawatan jangka panjang. Berikut adalah tanda-tanda kemurungan yang mungkin anda tidak sedar:

  • Pelupa
  • Kajian menunjukkan kemurungan atau tekanan boleh meningkatkan tahap kortisol tubuh. Ia boleh mengecut atau melemahkan bahagian otak yang berkaitan dengan ingatan dan pembelajaran. Masalah ingatan yang berkaitan dengan kemurungan ini boleh menjadi satu masalah yang teruk terutamanya bagi individu dewasa yang berusia.

    1. Sakit belakang

    Mendapat masalah sakit belakang yang tidak pernah hilang? Terdapat kajian yang mengatakan kemurungan boleh menjadi faktor untuk masalah sakit belakang yang kronik. Satu penyelidikan menunjukkan 42 % individu yang berhadapan dengan masalah sakit belakang mempunyai masalah kemurungan sebelum mula merasai sakit belakang. Malahan masalah kemurungan sering kali di pandang remeh kerana ia jarang di kaitan dengan kesakitan.

    1. Boros

    Mengalami masalah perbelanjaan yang tidak terkawal? Mungkin ada merasai ia sebagai ‘terapi runcit’, namun, ia hanyalah penyelesaian jangka pendek yang tidak akan menyelesaikan masalah kemurungan yang dihadapi.

    1. Makan secara keterlaluan

    Kemurungan yang dihadapi mungkin menyebabkan anda berasa tertekan. Dan makanan kebiasaannya menjadi pilihan disaat mengalami tekanan. Dan perlakuan ini cenderung untuk menimbulkan masalah kesihatan lain seperti obesiti.

    1. Keinginan seksual

    Kemurungan mungkin menyebabkan anda kehilangan keinginan seksual. Namun terdapat juga individu yang menggunakan seks sebagai cara untuk menghadapi kemurungan atau tekanan. Peningkat pergaulan, obsesi seksual dan tingkah laku berisiko tinggi seperti seks tidak selamat boleh menjadi tanda kemurungan.

    1. Keletihan dan masalah tidur

    Punca yang menyebabkan anda hilang keinginan untuk melakukan apa yang anda gemari adalah kerana anda berasa letih. Kemurungan biasanya menyebabkan kehilangan tenaga dan keletihan yang melampau yang akhirnya mengakibatkan berlakunya masalah tidur berlebihan. Malahan, kemurungan juga mempunyai kaitan dengan insomnia atau sebaliknya, yang boleh menjadikan keadaan semakin buruk.

  • Bunuh diri
  • Berkeinginan untuk membunuh diri atau mempunyai fantasi tentang kematian adalah satu petanda serius yang perlu diberikan perhatian. Keinginan ini kerap timbul dalam kalangan individu lelaki dewasa. Kemurungan dan keinginan untuk membunuh diri adalah satu masalah berkaitan emosi yang tidak normal dan tidak boleh diambil mudah. Jika timbul pemikiran seperti ini, cara yang terbaik adalah dengan mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.

    Jika anda mengalami kemurungan, merawat masalah ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia bukanlah satu isu yang dapat dihindari dalam masa sehari. Sebaliknya, untuk merawat kemurungan memerlukan bantuan dan sokongan dari psikoterapi atau dengan pengambilan ubatan, yang dapat membantu membuatkan anda merasa lebih baik.

    Seandainya anda mengalami simptom kemurungan, sila berjumpa doktor atau pakar kesihatan profesional untuk mendapatkan khidmat nasihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan