home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bagaimana Mengendalikan Kemurungan?

Bagaimana Mengendalikan Kemurungan?

Kemurungan adalah gangguan emosi yang boleh menjejaskan pemikiran, perasaan dan tugasan serta aktiviti harian. Anda mungkin merasai kesukaran untuk mendapatkan bantuan daripada individu lain atau profesional. Berikut adalah beberapa tip berkesan dan selamat untuk membantu anda mengendalikan kemurungan yang dihadapi.

Kekal aktif

Bersenam dengan betul adalah baik untuk kesihatan. Apabila anda mengalami kemurungan, anda mungkin tidak menyukai aktiviti yang anda sukai sebelum ini. Malah, anda mungkin merasakan anda tidak menyukai sebarang aktiviti lain. Walau bagaimanapun, secara perlahan-lahan, anda pasti akan mula menyukai dan merasa seronok dengan sesuatu aktiviti.

  • Catatkan aktiviti yang anda gemari sebelum anda mengalami kemurungan. Adakah anda berfikir anda boleh menyukainya lagi?
  • Anda boleh mula melakukan satu aktiviti setiap hari, dan hari demi hari, anda mungkin boleh mempertingkatkan jumlah masa yang anda luangkan untuk melakukan aktiviti tersebut.
  • Setelah melakukan aktiviti tersebut, anda boleh mencatat atau berkongsi dengan individu lain tentang apa yang anda sukakan tentangnya. Kongsikan kegembiraan anda dengan individu di sekeliling anda.

Teruskan kekal aktif dan tahap kesihatan anda akan bertambah baik, sama ada dari aspek fizikal atau mental.

Fikir positif

Apabila anda kemurungan, anda cenderung untuk berfikir secara negatif. Pemikiran negatif ini boleh menyebabkan kemurungan anda menjadi lebih teruk dan memberi kesan negatif kepada emosi. Berikut adalah tip untuk berfikir secara positif:

  • Kenal pasti bahagian atau perkara yang menyebabkan wujudkan pemikiran negatif. Perhatikan pada hal berkaitan pekerjaan anda, tempat belajar atau kehidupan seharian yang membuatkan anda merasa negatif. Cuba cari cara terbaik untuk menyelesaikannya.
  • Semak cara anda berfikir. Anda perlu berhenti dan menilai apa yang anda fikirkan. Jika pemikiran anda kebanyakannya bersifat negatif, hentikan dan tukarkan kepada sesuatu yang positif.
  • Senyum. Cari bahan jenaka atau komedi untuk ditonton atau humor dalam kisah seharian anda. Ia boleh membantu anda untuk lebih tersenyum.
  • Bersama individu positif. Emosi boleh berjangkit. Pemikiran anda mungkin dipengaruhi oleh pemikiran individu di sekeliling anda.

Miliki matlamat

Apabila kemurungan, anda mungkin merasakan tiada apa yang dapat membantu. Anda akan merasakan diri anda tidak bernilai. Tetapi, ingatlah, setiap insan adalah berharga. Anda boleh memperbaiki situasi ini dengan memiliki dan menetapkan matlamat harian.

Mulakan matlamat anda dengan sesuatu yang kecil sebelum anda menetapkan matlamat yang lebih besar.

Tidur

Kemurungan boleh mengganggu tidur anda. Anda perlu berusaha untuk menjaga dan mengekalkan tidur anda untuk memastikan tahap kesihatan mental anda sentiasa dalam keadaan baik dan sihat.

  • Cuba untuk tidur awal dan bangun awal pada waktu yang sama setiap hari.
  • Berhenti dari melakukan sebarang tugasan atau pekerjaan berat sekurangnya 30 minit sebelum anda tidur. Ini boleh membantu anda menjadi lebih tenang dan menukar mod anda daripada bekerja ke tidur.
  • Elakkan minum minuman seperti kopi atau alkohol. Ia boleh mengganggu tidur anda. Pilih untuk minum susu panas. Ia lebih baik dan dapat membantu anda untuk lebih mudah tidur.
  • Pakai pakaian yang selesa, sediakan bantal dan selimut yang dapat memberikan keselesaan pada anda. Ini boleh membantu untuk memberikan anda tidur yang lebih baik.

Walaupun masalah kemurungan adalah satu penyakit mental yang serius, namun, terdapat rawatan yang boleh membantu anda mengawal situasi ini. Tip di atas boleh membantu anda untuk mengendalikan kemurungan secara semulajadi. Cuba dan anda pasti dapat melihat keberkesanannya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

10 Natural Depression Treatments. http://www.webmd.com/depression/features/natural-treatments#1 / Accessed December 3, 2016.

Depression Treatment & Care. http://www.webmd.com/depression/guide/depression-treatment-care. Accessed December 3, 2016.

Recognizing and Treating Depression. http://www.webmd.com/depression/symptoms-depressed-anxiety-12/treating-depression. Accessed December 3, 2016.

Depression – treatment and management. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/depression-treatment-and-management. Accessed December 3, 2016.

Depression. https://www.nimh.nih.gov/health/topics/depression/index.shtml#part_145399. Accessed December 3, 2016.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 24/06/2020
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x