Semua Tentang Pedofilia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Pedofilia adalah daya tarikan seksual terhadap kanak-kanak prepubertal. Individu yang mempunyai pedofilia disebut pedofil. Kini terdapat banyak tanggapan yang salah mengenai keadaan ini. Artikel ini akan memberikan anda maklumat asas tentang pedofilia dan orang yang memilikinya.

Pedofilia dan pencabulan kanak-kanak

Pedofilia ditakrifkan sebagai orientasi seksual yang kuat dan berterusan terhadap kanak-kanak, secara umumnya yang berumur 13 tahun atau lebih muda, kedua-dua lelaki dan perempuan. Terdapat lebih banyak lelaki yang mempunyai pedofil berbanding wanita.

Masyarakat biasanya terkeliru perbezaan antara pedofilia dengan pencabulan kanak-kanak. Walaupun pencabulan kanak-kanak ditakrifkan sebagai perbuatan, pedofilia dicirikan oleh keinginan mereka. Secara saintifiknya dianggarkan bahawa kira-kira separuh daripada penculik kanak-kanak tidak secara seksualnya tertarik kepada mangsa. Sebaliknya, seorang pedofil mungkin tidak melakukan perbuatan seksual terhadap anak-anak. Faktanya, terdapat banyak pedofil yang tidak mengganggu kanak-kanak dalam bentuk seksual dan menganggap sebarang jenis hubungan seksual dengan anak-anak adalah perbuatan yang tidak bermoral.

Pedofilia bukan satu pilihan

Kajian terbaru menunjukkan bahawa pedofilia mungkin mempunyai kaitan dengan neurologi. Mereka menyimpulkan bahawa keadaan ini boleh terjadi akibat kegagalan otak dalam mengenal pasti rangsangan alam sekitar untuk merangsangkan tindak balas seksual. Penemuan yang menyokong kenyataan ini adalah bahawa lelaki yang hidup dengan pedopfilia mempunyai peluang tiga kali lebih tinggi untuk menjadi kidal atau ambidextrous. Bukti lain menunjukkan bahawa gangguan neuro di dalam utero atau pada peringkat awal fasa kanak-kanak menyumbang kepada peningkatan risiko pedofilia. Apabila ujian keupayaan visual-spatial dan ingatan verbal dijalankan, secara puratanya, lelaki dengan pedofilia mempunyai skor yang lebih rendah berbanding lelaki normal.

Apakah itu gangguan pedofilia?

Gangguan pedofilia berlaku apabila pedofilia berubah menjadi gangguan mental yang menyebabkan masalah pedofilia tertentu ataupun masalah peribadi. Untuk menjalankan diagnosis penyakit pedofilia, terdapat beberapa syarat termasuk:

  • Individu tersebut mempunyai sekurang-kurangnya enam bulan mengalami fantasi seksual yang kerap, kuat, dan mendesak yang melibatkan aktiviti seksual dengan kanak – kanak lelaki yang khusus
  • Individu tersebut bertindak berdasarkan pendorong atau mengalami tekanan yang ketara atau mengalami masalah dalam aspek sosial, pekerjaan, atau aspek kehidupan mereka
  • Individu tersebut mestilah berusia sekurang-kurangnya 16 tahun dan 5 tahun lebih tua daripada kanak-kanak itu

Hidup dengan gangguan pedofilia boleh menyebabkan banyak masalah psikologi lain seperti kemurungan, kegelisahan, keterasingan. Pedofil yang didiagnosis dengan gangguan ini biasanya mengalami rasa kekecewaan, terasing dan kesukaran untuk mencapai matlamat peribadi mereka

Apakah rawatan pedofilia?

Kebanyakan ahli pakar berpendapat bahawa adalah mustahil untuk menyembuhkan pedofilia; Namun, terapi boleh membantu para pedofil untuk mengendalikan perasaan mereka dan tidak bertindak terhadapnya. Gabungan psikoterapi dinamik, teknik tingkah laku, pendekatan kimia, dan kaedah pembedahan boleh dilaksanakan sekiranya pedofil sanggup mengakui dan menerima masalah mereka dan mengambil sebarang bentuk rawatan.

Bagi mereka yang berisiko tinggi untuk melakukan kesalahan seksual, ubat-ubatan boleh digunakan untuk mengurangkan keinginan kehidupan seks mereka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jom Kenali Personaliti Introvert, Extrovert Dan Ambivert! Anda Kategori Mana Satu?

    Sifat introvert dan ekstrovert adalah dua jenis yang paling umum diketahui. Bagaimana pula jika kalian gabungan kedua-duanya? Jom klik artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Isu Kesihatan Mental Lain, Kesihatan Mental 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    Kerap Buang Air Kecil, Pundi Kencing Terlalu Aktif- Orang Muda Pun Boleh Kena Tau!

    Masalah buang air kecil ternyata bukanlah isu yang hanya dialami oleh warga tua. Orang muda pun mempunyai risiko yang sama tau! Jom baca...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Masalah Pundi Kencing, Urologi 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    Dah Muak Dengan Toksik Media Sosial? Tak Perlu Padam Akaun, Amalkan 5 Perkara Ini!

    Ya, media sosial di malaysia memang wujud pro dan kontranya. Disebabkan itu, kita perlu gunakannya dengan bijak. Jom klik untuk tahu caranya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan Mental, Ketagihan 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    8 Perkara Penting WAJIB Tahu Jika Alami Serangan Jantung Ketika Memandu

    Serangan jantung sememangnya sesuatu yang menakutkan lebih-lebih lagi jika ia berlaku semasa kita sedang memandu. Ikut 8 tip ini jika ia terjadi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kesihatan Jantung, Sakit Jantung 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jam tidur

    Sering Mengantuk Kerana Tidak Cukup Tidur? Ini Cara Nak Kira Jam Tidur Ikut Peringkat Usia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
    faraj miss v basah

    Faraj Yang Lembap Adalah Tanda Miss V Sihat & Normal, Tapi Bagaimana Pula Jika Terlalu Basah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah pancut awal

    PANCUT AWAL, Berapa Lama Tempoh Yang Dikira Sebagai Ejakulasi Pramatang? Anda Pasti TERKEJUT!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    rasa gelisah

    Alami Kegelisahan Setiap Kali Nak Period? Usah Bimbang, Ada Cara Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 4 minit bacaan