home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kehilangan Pekerjaan: Bagaimanakah Individu Perlu Menghadapinya?

Kehilangan Pekerjaan: Bagaimanakah Individu Perlu Menghadapinya?

Pernahkah terlintas di fikiran jika anda kehilangan pekerjaan yang merupakan satu-satunya mata pencarian untuk anda dan keluarga, bagaimanakah anda menghadapinya? Sudah pasti keadaan seperti ini akan menggangu emosi lalu mengakibatkan pelbagai lagi kondisi kesihatan yang lain. Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui bagaimana untuk menghadapi keadaan kehilangan pekerjaan dengan betul.

Apakah risiko terhadap kesihatan jika seseorang itu kehilangan pekerjaan?

Selain daripada kehilangan punca pendapatan dan kemusnahan karier, individu yang kehilangan pekerjaan sangat berisiko untuk mengalami depresi. Menurut kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat oleh National Institutes of Health, 6.7 peratus daripada individu dewasa yang kehilangan pekerjaan akan mengalami depresi yang mana puratanya adalah sekitar berusia 32 tahun. Menurut kajian lagi, wanita adalah 70 peratus lebih berisiko daripada lelaki untuk mengalaminya sekiranya mereka kehilangan pekerjaan.

Kadangkala, depresi agak sukar untuk dinilai. Berikut merupakan simptom yang mungkin dialami oleh individu yang mengalami depresi.

  • Berasa diri tidak mempunyai nilai
  • Berasa diri tidak mempunyai harapan dan masa depan
  • Keletihan yang melampau
  • Sukar menumpukan perhatian
  • Hilang minat terhadap semua perkara
  • Gangguan tidur seperti insomnia atau hipersomnia
  • Gemar mengasingkan diri
  • Hilang selera makan dan berat badan menurun dengan mendadak

Dalam beberapa kes yang lebih teruk, individu yang mengalami depresi akan mula berfikir untuk membunuh diri. Bukan itu sahaja, mereka juga cenderung untuk mengalami simptom psikotik yang lain seperti delusi dan halusinasi.

Apakah yang boleh dilakukan oleh seseorang yang kehilangan pekerjaan untuk menghadapinya?

1. Bersabar

Ya. ia mungkin agak klise namun bersabar ketika menempuhi kesusahan adalah perkara yang paling betul untuk dilakukan. Dengan bersabar, anda dapat menahan diri daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya dan mula merancang apakah yang perlu dilakukan seterusnya.

2. Bertafakur

Selain bersabar, anda juga perlu bertafakur untuk mencari ketenangan jiwa. Ia boleh dilakukan dengan mencari ruang dan masa untuk anda bersendiri. Ini bertujuan merehatkan fizikal dan mental anda sekali gus menggalakkan pengeluaran endorfin yang mampu membantu dalam proses baik pulih tubuh badan anda yang rosak akibat tekanan.

3. Beribadat

Setiap agama mempunyai kaedah beribadatnya yang tersendiri. Ia merupakan satu pertalian suci di antara anda dengan tuhan yang anda percayai. Ia juga dipercayai mempunyai hubungan yang rapat dengan aspek kehidupan seperti akhlak, rumah tangga, ekonomi, politik malahan juga pekerjaan. Apa yang anda boleh lakukan ketika ini adalah menguatkan kerohanian anda untuk cabaran pada masa akan datang.

4. Berfikiran Positif

Anda juga sebenarnya perlu sentiasa kekal positif. Tanamkan dalam diri bahawa jika anda hilang pekerjaan, anda pasti akan mendapat pekerjaan yang lebih baik daripada yang sebelum ini. Dalam pada itu lagi, hadiri setiap temuduga pekerjaan baru dengan minda yang positif. Ini sangat perlu dalam meningkatkan kembali keyakinan diri anda.

5. Mendapatkan sokongan

Akhir sekali, setiap individu pasti memerlukan individu yang lain untuk menyokongnya. Selain sokongan daripada segi kewangan, yang paling penting sebenarnya adalah sokongan mental. Oleh itu, jika individu yang rapat dengan anda baru sahaja kehilangan pekerjaan, segera berjumpa mereka untuk membantu. Sekiranya perkara ini berlaku pada anda pula, jangan sesekali malu atau segan untuk meminta bantuan dan sokongan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Emosi Individu Yang Kehilangan Pekerjaan. https://www.healthline.com/health/depression/job-loss#1. Accessed on April 3, 2019.

Depression After a Job Loss: Statistics and How to Cope. http://www.myhealth.gov.my/emosi-individu-yang-kehilangan-pekerjaan/. Accessed on April 3, 2019.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak pada 03/04/2019
x