home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bagaimana Menangani Tekanan

Bagaimana Menangani Tekanan

Tekanan adalah sesuatu yang akan dihadapi setiap hari dalam kehidupan. Setiap individu menangani tekanan dalam cara yang berbeza. Bagi sesetengah daripada kita, tekanan boleh menjadi sesuatu diluar jangkaan sehingga kita tidak dapat mengawalnya.

Ia boleh menjejaskan kualiti tidur dan keupayaan untuk menguruskan aktiviti seharian anda. Jadi, jika anda tertekan dan merasakan segalanya membebani anda, jangan bimbang. Tidak kira walau seteruk mana tekanan anda hadapi, terdapat cara untuk mengatasinya.

Kenali tekanan anda

Tekanan boleh berlaku apabila terjadi perubahan dalam kehidupan seperti menukar pekerjaan, berpindah rumah, atau kehilangan individu tersayang. Tetapi untuk menentukan punca kepada tekanan harian, adalah sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan.

Simptom yang boleh berlaku apabila anda mengalami tekanan adalah termasuk gangguan mental, sosial dan fizikal, seperti keletihan, kehilangan atau peningkatan selera makan, sakit kepala, menangis, hilang rasa mengantuk, atau tidur yang melampau.

Memilih alkohol, dadah, atau tingkah laku kompulsif adalah antara penunjuk kepada tekanan. Rasa kecewa dan sikap tidak peduli adalah antara impak dari tekanan.

Kekal aktif

Ini adalah antara cara untuk menghindari rasa keletihan dan tekanan. Ia membantu membuatkan anda melupakan perkara yang membuatkan anda tidak selesa. Malah, ia menjadikan anda lebih bertenaga kesan dari pelepasan endorfin dalam tubuh.

Anda tidak perlu menghabiskan masa berjam-jam di gim atau melakukan senaman berat. Mulakan dengan regangan ringan selama 10 minit setiap hari. Ia dapat meningkatkan kadar degupan jantung anda dan membuatkan anda berpeluh.

Senaman boleh mengurangkan tekanan dan memberikan lebih banyak tenaga. Ia mengalakkan kimia otak untuk menghasilkan hormon positif. Dari masa ke masa, anda boleh mempertingkatkan senaman anda. Selain melakukan senaman, mendengar muzik dan tarian atau bersiar-siar juga boleh membantu. Keluar berjalan dan nikmati kehidupan seharian, dapat membantu melegakan tekanan.

Uruskan masa

Antara punca tekanan datang dari “senarai melakukan” yang dibuat. Anda mungkin boleh melakukan semuanya tetapi anda tidak boleh melakukan semuanya dalam masa yang sama. Tentukan mana yang lebih penting dalam setiap senarai tugasan yang ingin anda lakukan. Anda harus memiliki perancangan, utama apa yang perlu terlebih dahulu.

Menguruskan tugasan dan jadual dapat membantu anda menyelesaikan masalah tepat pada masanya, dan juga memberikan anda lebih banyak masa terluang. Secara tidak langsung mengurangkan tekanan yang dirasai.

Tidur yang cukup

Tidur yang mencukupi amat penting dalam mengatasi tekanan. Tetapi, tekanan dapat menjejaskan tidur anda apabila tekanan itu kerap bermain di fikiran. Jangan terlalu bergantung kepada ubatan.

Cuba ikuti tip ini pada bilik tidur anda; elak meletakkan perkara yang boleh membuatkan anda tertekan di dalam bilik. Cuba mandi dengan air panas atau baca bahan bacaan ringan untuk membantu mencapai ketenangan sebelum tidur dan elakkan sebarang minuman kafein atau alkohol. Hentikan sebarang tugasan kerja. Anda digalakkan untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.

Belajar menerima

Anda perlu belajar untuk menerima sesuatu keadaan dan tidak menunggu perubahan. Ia sukar untuk menerima perubahan, tetapi penerimaan adalah lebih mudah berbanding penolakan. Sentiasa ingat bahawa tidak semua perkara dalam kehidupan boleh dikawal. Belajar untuk menerima dengan hati yang terbuka. Belajar untuk memaafkan dan melupakan juga antara perkara yang dapat melepaskan anda dari tekanan.

Tekanan membuatkan anda lebih bersedia secara psikologi untuk keadaan kecemasan. Ini bermakna keupayaan untuk bertindak balas secara semulajadi ini memberikan manfaat kepada anda. Walau bagaimanapun, berhati-hati dalam menangani tekanan dan pastikan ia sentiasa berada dalam kawalan anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

20 interesting facts about stress 2  http://examinedexistence.com/20-interesting-facts-about-stress-2/ Accessed September 13, 2016

Stress management  http://www.helpguide.org/articles/stress/stress-management.htm Accessed September 13, 2016

Stress tips  http://www.studygs.net/stress.htmhttp://www.skillsyouneed.com/ps/stress-tips.html Accessed September 13, 2016

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 24/06/2020
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x