backup og meta

Kaki Game, Ini 11 Tanda Anda Sedang Alami Ketagihan Game! Sila Berpada-pada

Kaki Game, Ini 11 Tanda Anda Sedang Alami Ketagihan Game! Sila Berpada-pada

Permainan video atau video game merupakan salah satu daripada aktiviti yang banyak dimainkan oleh ramai orang pada masa lapang termasuklah orang dewasa.

Namun, pada tahap manakah permainan video ini mula dikategorikan sebagai ketagihan game? Ikuti jawapannya di bawah ini.

Apakah ketagihan permainan video?

Ramai yang tidak sedar bahawa kebanyakan daripada mereka mungkin sedang mengalami ketagihan terhadap permainan video.

Permainan yang pada mulanya hanyalah sebagai satu cara mengisi masa lapang, kini telah banyak menjejaskan keadaan kesihatan mental pemainnya.

Walaupun American Psychiatric Association (APA) tidak mengelaskan ketagihan game ini dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM), namun WHO ada menyatakan ‘gaming disorder‘ dalam International Classification of Diseases (ICD-11).

Menurut WHO, ‘gaming disorder’ adalah corak tingkah laku permainan yang berterusan atau berulang, yang mungkin dilakukan dalam talian atau luar talian.

Tingkah laku tersebut ditunjukkan oleh gangguan kawalan terhadap permainan, peningkatan keutamaan yang diberikan kepada permainan sehinggalah mainan lebih diutamakan daripada kepentingan hidup dan aktiviti harian yang lain.

Selain itu, terdapat kesinambungan atau penerusan permainan walaupun berlakunya kesan-kesan yang negatif ke atas pemainnya.

Walaupun kebanyakan daripada pemain video game ini tidak mengalami ketagihan game, WHO menganggarkan terdapat antara 3% – 4% pemain yang mengalaminya.

Perbezaan ketara yang menentukan sama ada video game tersebut sihat atau sebaliknya adalah bagaimana permainan tersebut menjejaskan kehidupan seseorang secara negatif. 

Apakah tanda-tanda jika seseorang itu alami ketagihan permainan video?

permainan video

Menurut kriteria yang dinyatakan melalui DSM-5, anda perlu memiliki sekurang-kurangnya 5 atau lebih tanda-tanda yang dinyatakan di bawah ini dalam tempoh 1 tahun untuk dikategorikan sebagai mengalami ketagihan.

Antara tanda-tanda ketagihan tersebut ialah:

  • Selalu berfikir berkenaan gaming sepanjang masa
  • Rasa sedih sekiranya anda tidak dapat bermain video game
  • Perlu habiskan banyak masa bersama video game untuk mendapatkan kepuasan
  • Tidak mampu untuk menghentikan permainan tersebut atau mengurangkannya
  • Tidak mahu melakukan perkara-perkara lain yang pernah dinikmati sebelum ini
  • Mempunyai masalah sama ada di sekolah, di rumah atau di tempat kerja disebabkan oleh permainan video tersebut
  • Terus tetap bermain permainan video walaupun sedar mengalami masalah atau gangguan disebabkan oleh permainan video
  • Menipu orang lain berkenaan jumlah masa yang dihabiskan untuk bermain permainan video
  • Menggunakan video game sebagai medium untuk melegakan emosi dan perasaan
  • Berasa bosan, resah atau sedih jika tidak dapat bermain video game (simptom withdrawal)
  • Bermain permainan video sehingga memutuskan hubungan dengan pasangan, kehilangan pekerjaan, atau pelajaran terjejas dan merudum

Cara untuk mengawal ketagihan game yang dialami

ketagihan game

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang mengalami ketagihan ini, atau diri anda sendiri yang mengalaminya, cuba lakukan beberapa tip yang dinyatakan di bawah ini:

Jaga-jaga, ini kesan yang mungkin terjadi kepada kanak-kanak jika alami ketagihan

American Academy of Pediatrics (AAP) menyatakan, pendedahan terhadap keganasan yang ditonjolkan dalam media termasuklah video game boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut mempunyai tingkah laku yang agresif.

Selain itu, kanak-kanak juga mungkin akan lebih mudah menerima tingkah laku keganasan yang ditonjolkan dalam game dan menganggapnya sebagai satu yang normal.

Oleh sebab itu, ibu bapa atau penjaga amat perlu mengawal dan memerhatikan sebarang game yang dimainkan oleh anak-anak di rumah. 

Ketagihan bergantung kepada sikap seseorang

Ada yang berpendapat bahawa video game lebih memberikan kesan negatif kepada pemainnya. Ini termasuklah menggalakkan keganasan, seksisme, kelucahan dan mengelakkan pergaulan sosial sesama manusia.

Ada juga yang melihat bahawa video game ini mampu menjadi satu medium pembelajaran untuk kanak-kanak, merangsang kreativiti dan membangunkan karakter seseorang.

Sebenarnya,video game ini mempunyai kedua-dua kebaikan dan keburukan.

Kesan negatif yang mempengaruhi seseorang individu tersebut akibat daripada ketagihan video adalah berpunca daripada sikap pemain terhadap game itu sendiri dan juga kehidupannya. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

King, D. L., Herd, M. E., & Delfabbro, P. H. (2017). Tolerance in Internet gaming disorder: A need for increasing gaming time or something else?, Journal of Behavioral Addictions J Behav Addict, 6(4), 525-533. Retrieved Aug 26, 2020, from https://akjournals.com/view/journals/2006/6/4/article-p525.xml

https://americanaddictioncenters.org/video-gaming-addiction

https://www.unitypoint.org/livewell/article.aspx?id=ce341f2d-1bdc-49d1-9a4b-b524e782cbbe

Versi Terbaru

07/10/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Ketagihan Permainan Video

Maut Diserang Strok Akibat Ketagihan Permainan Video


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan