home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Persoalan Dalam Mencari Makna Hidup

Persoalan Dalam Mencari Makna Hidup

Pencarian makna hidup adalah seperti bayang-bayang. Ia selamanya bersama kita walaupun kita tidak pernah berpaling melihatnya. Kita semua ingin mengetahu tujuan kehidupan dan ingin tahu bahawa semuanya bukan sekadar kebetulan.

Menjawab persoalan “bagaimana untuk mencari makna hidup?” adalah tidak pernah mudah. Berikut 3 persoalan bagi penyelesaian kepada persoalan itu.

Apa pentingnya kepada saya?

Bagi kebanyakan orang, ini adalah antara tiga soalah yang paling susah. Sebenarnya, untuk keseluruhan kehidupan, kita menunggu orang lain untuk menyatakan perkara yang penting. Semasa kita kanak-kanak, ibu bapa akan memberitahu apa yang perlu kita lakukan. Apabila dewasa, kita dipengaruhi oleh rakan, rakan sekerja, pasangan, bahkan media. Bagaimana dengan kita, adakah kita pernah mempertimbangkan nilai-nilai kita?

Anda boleh bahagikan persoalan ini kepada kebanyakan orang berbeza dalam pelbagai peringkat. Apakah masalah yang paling penting di dunia? Apakah sebabnya? Siapakah yang paling penting bagi anda? Apakah impian dan aspirasi anda untuk mereka? Apakah nilai-nilai anda? Sejauh manakah gaya hidup semasa anda bersesuaian dengan nilai-nilai itu?

Persoalan ini mungkin tidak terjawab dalam masa sehari. Malah, mungkin tidak dapat diselesaikan seumur hidup. Bagaimanapun, ia terus kembali lagi dan lagi. Ini kerana kadangkala hasilnya, bukannya proses yang diambil kira.

Apakah kelebihan saya?

Jika anda ingin mencari makna hidup, anda harus mencari bakat diri anda sendiri. Apabila anda menyedari apa yang benar-benar baik, bukan sahaja dapat memperbaiko kehidupan sendiri, anda juga boleh mengubah dunia menjadi tempat yang lebih baik.

Kita semua unik dengan cara tersendiri. Cuba menggambarkan bakat dan personaliti anda sendiri. Adakah anda baik dalam komunikasi? Adakah anda suka mengajar orang lain? Adakah anda analitis, kreatif, prihatin atau berdisiplin?

Jangan biarkan pertimbangan masyarakat menghalang anda daripada mengikuti impian anda. Lebih unik bakat yang anda ada, semakin besar kemungkinan ia mendorong anda kepada makna hidup anda.

Apakah potensi saya?

Dua soalan pertama menentukan siapa diri anda, Soalan terakhir ini memberi tumpuan kepada hasil diri anda. Setiap daripada kita mempunyai potensi untuk mencapai yang terbaik, dengan cara tersendiri.

Kehidupan penuh dengan kemungkinan. Terdapat perjalanan biasa yang anda kenal? Terdapat juga perkara yang tidak pernah anda temui? Apa yang anda akan pilih? Adakah akan mencari potensi diri yang mendorong anda mencari kesempurnaan dalan perjalanan itu?

Apa yang anda ingin capai dalam dekad yang akan datang? Anda ingin menjadi siapa? Apakah kejayaan yang anda mahu capai? Apa yang akan membuatkan anda bangga dengan diri anda?

Jawapannya kepada soalan “Apa makna hidup saya?” Tidak akan datang seperti kilat. Ia akan menjadi cabaran yang bergema dengan kisah hidup yang baik.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

how to find the meaning of your life http://my.happify.com/hd/how-to-find-the-meaning-of-your-life/ Accessed October 1, 2016

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 08/12/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x